Wednesday, May 11, 2011

BUAH TANGAN SEBELUM KE MATRIK !

HEYYA ! NEY KARYA KE EMPAT . BUAH TANGAN SEBELUM AKU KE MATRIK , SAMBUNG BELAJAR . ADE 3 KISAH DALAM SATU CERITA NEY . KISAH SUAMI ISTERI , PENGORBANAN DAN TIDAK MUDAH PUTUS ASA . SEMUA BERTEMAKAN CINTA . SO, ENJOY LHA .........,, 


3 CERITA , 3 CINTA


"Nabil.. come to mama, sayang.. kita pergi jalan-jalan jom."
"ma.. Nabil nak jalan-jalan dengan papa.. jom lah jalan-jalan dengan papa pulak."
Kanak-kanak 5 tahun itu membantah sambil memeluk Syazwan yang dulunya pernah tinggal sebumbung dengannya. mamanya, Hada tertunduk lantas berjalan ke arah bekas suaminya yang sedang mendukung Nabil.
"Nabil, sayang.. jom lah! kita jalan-jalan kejap. asyik main kat taman ney je, mesti Nabil bosan, kan sayang?"
Hada lantas mengambil Nabil daripada dukungan Syazwan. Syazwan merelakan. Hada berkata.
"kita da takde apa-apa, Syaz. please! jangan ganggu saya dan Nabil lagi."
"tapi, saya masih papa dia. sayang, maafkan abang. abang masih sayangkan Hada. sayangkan Nabil jugak."
"cukup, Syaz! tak mungkin Hada boleh terima Syaz semula. hati Hada ney da cukup terluka. tak payah lah Syaz nak tambah luka lagi."
Hada berkata lantas berlalu pergi sambil memimpin Nabil.
"mama! mama! kenapa papa tak ikut? papa! cepatlah!"
Syazwan hanya tersenyum tatkala Nabil memandangnya. Hada hanya membisu. di dalam hati Syaz terdetik 'Ya Allah! menyesalnya aku.. apa yang da aku buat kat Hada ney.. Hada.. maafkan Syaz.."

**********

"assalamualaikum.."
"walaikumsalam.. asal lambat hari ney?"
Zira menjawab salam Shah lantas bertanya. Shah yang baru melabuhkan punggung di kerusi depan Zira menjawab dengan tenang.
"sori, sayang.. hehe.. "
"sayang?! ko ney nak kena siku dengan aku ke?"
"haha.. tak nak.. tak nak.. sori, tadi aku pergi jumpa prof jap."
"okay.."
Zira tersenyum dengan jawapan selamat Shah itu. dia menundukkan semula kepalanya menelaah buku. keadaan library yang senyap membuatkan Zira malas nak bercakap banyak dengan Shah. Shah yang dari tadi tak lepas memandang Zira berkata lagi.
"weyh, asal ko tak nak couple dengan aku?"
Shah masih tak jemu-jemu menanyakan soalan itu walaupun dia sememangnya sudah mengetahui jawapannya. Zira mengangkat muka.
"Shah! ko tengok buku ney. dia kata, jantung perokok tegar akan lebih teruk jika tidak berhenti merokok selama 5 tahun."
Zira mengubah topik. Shah mengerti. dia melayankan Zira.
"ala.. aku baru 4 tahun smoke. rilex laa.."
"ok! kalau ko nak berkawan lama dengan aku, please lah stop smoking.."
Zira menasihati. Shah kemudian membalas.
"ok.. kalau ko nak aku berhenti smoking, ko couple dengan aku dulu. boleh?"
tergamam Zira mendengar kata-kata Shah. dia lantas menundukkan muka menatap buku tadi. tidak sanggup dia memandang wajah mengharap di hadapannya. di dalam hatinya berbisik, 'apa lah masalah mamat ney.. tak paham-paham agaknya..'
"Go out at night and count the stars. That’s how many years I’ll wait for you."
Shah berkata dengan nada yang perlahan. Zira mengetap bibir, geram. 
"Shah.. bagi aku, ko cuma kawan aku je. tak lebih, tak kurang. tolong lah paham.. aku da banyak kali cakap dengan ko, kan?!"
"but for me, u are my special girlfriend. Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart. "
Shah tersenyum. Zira menghela nafas panjang.
"hmm.. lantak ko lah. aku da malas nak layan ko."

**********

"awak.. jangan lah pergi race lagi malam ney.. saya risau lah.."
"ala... bukannya ada apa-apa pown. rilex la.. saya ney profesional, okey.. tak payah risau.."
"awak.. tolong lah..."
"ala.. awak ney tak payah risau sangat. takde apa-apa lah. ok lah.. saya gerak dulu. bye!"
Iqbal memakai helmet, menekan gear dan terus berlalu meninggalkan halaman rumah Ninie. Ninie memandang Iqbal yang semakin hilang dari pandangan. hatinya berkata, 'awak ney degil lah. saya cuma tak nak apa-apa berlaku kat awak.' Ninie hanya mampu mengeluh di dalam hati. sudah menjadi kebiasaan bagi Iqbal, selepas menghantar Ninie pulang dari kerja, dia akan terus ke tapak perlumbaan haram yang diadakan oleh rakan-rakannya.
"hmm.. cik, maaf menganggu. saya nak memeriksa pesakit. cik, sila tunggu di luar, ya."
Ninie tersentak daripada lamunannya. peristiwa malam semalam terus terpadam tatkala mendengar suara jururawat itu.
"ouh.. ok. hmm.. bila saya boleh melawat dia lagi?"
"esok petang boleh, cik."
Ninie kemudian memandang Iqbal yang terlantar di atas katil di depannya. hatinya berbisik, 'kan saya da cakap, jangan race lagi. awak degil. hm.. saya pergi dulu ea. esok saya datang lagi. awak cepat-cepat lah sedar. bye!' . satu kucupan lembut singgah di pipi Iqbal. Ninie berlalu meninggalkan Iqbal yang sedang diperiksa oleh jururawat tadi.

**********

"mama.. kenapa papa da lama tak balik rumah?"
"papa kerja, sayang.."
Hada berdalih  sambil mengusap kepala Nabil. baginya, Nabil masih kecil untuk memahami apa yang dirasai. Nabil bertanya lagi.
"semalam kenapa papa tak ikut kita jalan-jalan?"
 "ouh.. papa cakap dengan mama, papa ada kerja sikit kat office. so, papa kena pergi office."
Hada berdalih lagi. tanpa disedari, air jernih dari matanya bercucuran membasahi pipi. fikirannya menerjah ke memori dulu.
"abang da nampak semuanya.. abang tak sangka, ini yang sayang buat kat belakang abang."
Hada tercengang mendengar kata-kata Syazwan.
"apa yang abang cakap ney? Hada tak paham."
"huh! tak paham atau buat-buat tak paham?!"
"betul sayang tak paham apa yang abang cakap ney. apa maksud abang?"
"da lah tu. tak payah nak tunjuk baik kat depan abang. tapi, kat belakang abang, sayang bertepuk tampar dengan jantan lain, kan?! 2 minggu abang da perhatikan sayang dengan jantan tu. abang da nampak kemesraan korang. abang da nampak kecurangan isteri abang!"
"abang.. apa abang cakap ney. mana ada sayang buat semua tu.."
"argh! mulut cakap lain, hati kat dalam tu lain. da lah.. abang da tak tahan lagi. sekarang jugak abang nak ceraikan Hada dengan talak 1!!"
hati Hada bagai dipanah petir tatkala mendengar perkataan yang sememangnya tidak pernah diingini oleh mana-mana isteri. air mata Hada mengalir di pipi.
"abang! selama ney abang mesra-mesra berdua-duaan dengan Nadia, sayang tak pernah marah. sayang pendam je dalam hati. sayang tak nak rumahtangga kita terjejas.. tapi, ini balasan abang? sayang keluar dengan lelaki lain pown pasal kerja, bang.. tak lebih dari tu.."
Hada tertunduk menjelaskan perkara sebenarnya. namun, keegoan Syazwan tak luntur dek air mata Hada.
"argh! alasan!!"
Syazwan terus beredar dari bilik lantas menghempas pintu menunjukkan perasaan marahnya.
"eh, mama! kenapa mama menangis?"
suara manja Nabil menghentikan lamunan Hada.
"takde apa-apa, sayang.. aaa... mata mama masuk habuk ney. sayang tiupkan mata mama."
Hada menarik tubir matanya. Nabil hanya mengikut arahan mamanya itu.
"mata mama da ok?"
"ok! ok da.. terima kasih, Nabil. sayang anak mama sorang ney."
Hada berkata kemudian memeluk Nabil.

**********

"awak.. bawak moto slow sikit boleh tak?!"
Ninie menjerit di atas moto yang ditunggang laju oleh Iqbal. sudah banyak kali dia memberi nasihat sedemikian namun tidak diendahkan oleh Iqbal. Ninie merungut di dalam hati, 'hish... awak ney degil lah..' . sikap keras kepala Iqbal sememangnya tidak disenangi oleh Ninie. tiba di sati simpang, lampu isyarat merah menyala. Iqbal memberhentikan motosikalnya. Ninie menyindir.
"laa.. pandai pown berhenti. selama ney kalau lampu merah, awak jalan je kan?!"
"ouh.. awak nak suruh saya jalan ea? ok! no hal.."
Iqbal menekan gear dan terus memecut laju motosikalnya. dia sempat mengelak 2 buah kereta yang hampir melanggar sisi motosikalnya. dia tersenyum puas apabila kereta-kereta tersebut tidak melanggarnya. aksinya berjaya. Ninie kemudian menjerit dari belakang.
"awak!! bawak slow sikit!! saya takut lah awak bawak laju-laju ney!! please! slow sikit.."
Iqbal memperlahankan motosikalnya.
"hah! puas hati?!!"
Iqbal berkata tanpa menoleh kepada Ninie. Ninie terdiam. 20 minit kemudian, mereka sampai di depan rumah Ninie. Ninie membuka helmet dan memberikannya kepada Iqbal.
"awak ney.. lain kali saya tak nak balik dengan awak lah. bawak moto tak ingat dunia.."
"ala.. awak ney bising lah. takde lah laju mana pown saya bawak."
"tak laju awak kata?! tadi kita da hambpir kena langar dengan kereta tu. saya tak kira, lepas ney awak da tak payah hantar ambil saya. saya naik teksi je."
"ok lah.. ok lah.. jangan macam ney. ok, saya janji lepas ney, saya bawak awak slow-slow."
Iqbal menepuk-nepuk bahu kanan Ninie. Ninie hanya tersenyum tawar.
"ok lah! saya gerak dulu. malam ney ada race besar.."
terdengar saja perkataan 'race' dari mulut Iqbal, Ninie terus menarik tangan Iqbal.
"awak nak race lagi?"
Iqbal terhenti daripada menyarung helmet tatkala tangannya terasa haba dari tangan Ninie. Ninie kemudian terus berkata.
"kalau awak sayang saya, awak janji jangan race lagi.."
TUK! TUK!TUK!
lamunan Ninie terhenti apabila mendengar ketukan pintu dari luar. cepat-cepat dia memandang Iqbal yang terbaring masih tidak sedarkan diri. Ninie kemudian bangun dan pergi membuka pintu.
"eh! Dato'.. Datin.."
Ninie mempersilakan papa dan mama Iqbal masuk. Dato' Saufi dan Datin Shue baru pulang dari luar negara setelah mendapat berita kemalangan anak mereka. Datin Shue tersenyum kepada Ninie.
"Iqbal ok, Ninie?"
"hm.. macam tu lagi, Datin.. tak sedar lagi.. da 4 hari macam ney."
Ninie membalas pertanyaan Datin Shue yang telah duduk di tepi katil. Dato' Saufi pula bertanya.
"Ninie yang jaga dia 4 hari ney?"
"ye, Dato'. saya ambil cuti sebulan kat syarikat tu."
"erm.. terima kasih, ye."
seketika kemudian, Doktor Zaher datang. Datin Shue terus bertanya kepada Doktor Zaher.
"Doktor.. macam mana anak saya?"
"sabar, Datin. hmm.. sila ikut saya ke bilik. kita bincang di sana."
"baiklah. Ninie ikut Auntie sekali. aaa... abang, tolong tengok-tengok kan Iqbal, ea."
Dato' Saufi mengangguk. Datin Shue dan Ninie berjalan mengikut langkah Doktor Zaher. hati mereka masing-masing berdebar-debar.

**********

Zira meraba-raba laci meja untuk mencari buku Pathology. namun, sekeping surat pula yang dia jumpa. dia membelek-belek surat itu. tiada nama pengirim.
'sape pulak main surat-surat ney?' hatinya menyoal. dia terus membuka surat tersebut dan membacanya.

'hai.. saya taw awak tak kenal saya. takpe.. saya kenal awak. hm.. just nak cakap, saya minat kat awak. da lama saya usha awak. boleh kita kenal?
_0132043125_'

berkerut wajah Zira apabila selesai membacanya.
"woi! apsal muka berkerut seribu ney?"
sergahan Shah membuatkan Zira yang sedang memikirkan pasal surat tadi terperanjat.
"astagfirullah.. terkejut aku.."
"haha.. ouh.. baca surat.. dari sape?"
"entah. ko baca ney. kenal tak tulisan sape?"
Zira menghulurkan surat tersebut kepada Shah. Shah membacanya ala kadar.
"ouh.. secret admirer.. mana lah aku nak cam tulisan orang."
"entah apa-apa lah manusia ney."
"apsal lak cakap camtu?"
"yela.. tak gentleman langsung. main-main surat pulak."
"weyh.. orang laki ada macam-macam cara nak ngurat awek tau. surat tu salah satu daripadanya."
"okey.. apa-apa lah.."
"ala.. ko try lah layan dia. siap bagi nombor. beriya benar dia nak kenal ko tu. mana lah taw, kowt-kowt dia ney jodoh ko."
Zira memandang Shah. dia berfikir sejenak dan berkata.
"ha ah lah. lebih baik aku couple dengan mamat tak gentleman ney daripada aku couple dengan ko. huh!"
Zira menjeling Shah. Shah hanya tersenyum. ada udang di sebalik batu sebenarnya.

**********

Hada termenung sambil megacau-ngacau jus epal dengan penyedut minuman. keadaan di Mister Coffee yang damai itu membuatkan dia lebih jauh mengelamun. mindanya memikirkan perkahwinan yang dibina kini sudah roboh. masjid yang dibina hanya mampu bertahan selama 6 tahun saja. tidak mungkin dia dapat melupakan Syazwan. lelaki yang dicintai, lelaki yang disayangi. lelaki yang pernah menjadi suaminya. berputar ligat peristiwa malam penceraian mereka. hatinya berbisik, 'Syaz.. Hada masih cintakan Syaz. kenapa Syaz buat Hada macam ney?'
"ehem.. assalamualaikum.. boleh Syaz duduk sini?"
suara garau yang sangat dikenali itu mengejutkan dirinya. Syazwan tersenyum lantas melabuhkan punggung di depan Hada. Hada berpaling ke tempat lain.
"hmm.. boleh Syaz join minuk?"
"takpe lah. Hada da nak balik office."
"aik?! waktu lunch baru start."
"hmm.. Hada ada banyak kerja kat office."
Hada cepat-cepat bangun mahu beredar dari situ. malangnya, tangan Syazwan lebih pantas menarik tangannya.
"Hada.. nanti dulu. Syaz nak cakap ney."
"Syaz! please.."
"Syaz nak cakap something ney. tolong lah dengar."
Hada duduk semula apabila mendapati beberapa pelanggan di situ sedang memandang mereka.
"Syaz! tak sesuai nak bincang kat sini."
"okey.. kalau macam tu, malam ney Syaz jemput Hada kat rumah. Kita dinner sama-sama."
"hmm."

**********

"keadaan pesakit kurang stabil. selepas hentakan kuat yang dialami semasa kemalangan, tulang rusuknya telah tercucuk ke jantung pesakit. kami da buat pembedahan untuk mengeluarkan tulang tersebut dan selepas pembedahan, keadaan jantung pesakit.... sangat lemah."
tergamam Ninie dan Datin Shue selepas mendengar penjelasan dari Doktor Zaher.
"pesakit tak akan sedarkan diri selagi jantungnya tak berfungsi seperti biasa. buat masa sekarang ney, jantungnya sangat lemah. dan saya harap anda semua bersabar. harapan pesakit untuk pulih hanya lah 50%.."
Datin Shue terus meraung mendengar ayat terakhir itu lantas memeluk Ninie. air mata Datin Shue membasahi bahu Ninie. 
"sabar, Datin. saba.."
Ninie cuba menenangkan Datin Shue yang menangis, meraung. 
"sabar, Datin.. kami akan cuba menyelamatkan anak Datin. sekarang ney apa yang penting, kita berdoa, berserah kepada Allah."
kata-kata semangat keluar dari mulut Doktor Zaher. Ninie dan Datin Shue kemudian berjalan keluar selepas mengucapkan terima kasih kepada Doktor Zaher. Datin Shue terus berjalan ke bilik yang menempatkan Iqbal sementara Ninie masih bersama Doktor Zaher.
"erm.. doktor, takde cara lain ke?"
"selalunya dalam kes begini, jantung pesakit akan digantikan dengan jantung yang lain. tapi, masalah besarnya , kita takde jantung yang sesuai."
"perlu derma jantung?"
"ya! kita perlukan penderma jantung yang sesuai untuk menggantikan jantung pesakit yang semakin teruk."
"doktor............"

**********

"papa!!!"
suara kegirangan Nabil kedengaran apabila Syazwan memberhentikan keretanya di hadapan rumah. dia terus melulu ke arah Syazwan yang baru keluar dari kereta. Hada yang masih berada di muka pintu tersenyum dengan gelagat Nabil
"mama!! jom lah, cepat! papa cakap papa da lapar."
Nabil menjerit selepas Syazwan berbisik kepadanya. Hada terus mengunci pintu dan pagar rumah. dia kemudian berdiri di hadapan Syaz.Syaz tersenyum dan membukakan pintu kereta. Hada membalas senyuman dan masuk ke alam kereta. di dalam kereta, hanya suara kanak-kanak Nabil yang menceriakan suasana. kemudian, Syazwan memulakan bicara.
"kenapa senyap je ney?"
"Syaz nak bawak Hada pergi mana?"
"tempat special."
"kat mana? cakap lah betul-betul."
"ada lah.."
Hada yang tidak berpuas hati dengan jawapan Syazwan terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap. suara manja Nabil pula yang menyapanya.
"mama! mama! kita nak pergi mana?"
"mama pown tak tau, sayang.. cuba Nabil tanya papa."
"papa! papa! kita nak pergi mana?"
"kita nak pergi makan kat restoran. lepas tu papa bawak Nabil ngan mama jalan-jalan. ok?"
"orait.. erm.. papa! kenapa papa da lama tak balik rumah?"
"ouh.. papa kerja lah, Nabil."
Syazwan berkata lantas meleretkan senyuman kepada Nabil. Hada di sebelah tersenyum di dalam hati.

*********

'bosannya hari ney.. nak tengok tv, takde citer bez.. nak hang out dengan Shah, dia busy.. bosan.. bosan..' Zira kebosanan. tiba-tiba datang satu idea di mindanya.'hah! apa kata aku mesej mamat yang bagi surat aritu.' dia lantas mencapai henponnya dan meneruskan tujuannya tadi.
"hi.."
ringkas mesej yang dihantar. 10minit kemudian, peti masuk telefonnya menerima balasan. 
"hi.. hm.. sudi jugak u reply surat i."
"haha.. actly tgh bosan. anyway, u ney sape?"
"hm.. i Niezam. pggl Iejam je la."
"ouh.. oke. knape bg surat?"
"i nak kenal dgn u. boleh?"
"oke, boleh tapi kenapa la u main surat-surat? jumpa terus kan gentleman."
"kalau i jumpa u, nanti mamat yg slalu dgn u tu marah pulak."
"sape? Shah tu ?"
"yup! dia tu your boyfie ke?"
"what?! Shah?! haha.. no la. he's my BESTFRIEND. i knal dia sejak zaman skola dulu. so, kitorang mang rapat."
"ouh.. i ade chance la ney, kan?"
"chance?! haha.. merepek.. u amek course ape?"
"IT. u?"
"ouh.. MLT.."
"sama dgn Shah tu, kan?"
"yup!. satu klas pown.."
"yah, i noe.."
"then, tnye lg buad ape?"
"saje.. hehehe.."
Zira terus melayan mesej-mesej seterusnya dengan lelaki yang dikenali sebagai Iejam itu. kebosanannya hilang setelah mendapat teman untuk berborak walaupun secara mesej.

**********

"Iqbal.. awak nak bawak saya pergi mana ney?"
"ala... awak ikut je.."
"kalau ye pown, tak payah tutup mata saya. da lah kena naik tangga."
"shhh.. awak diam je lah."
Ninie hanya berjalan mendaki tangga sambil dipimpin Iqbal. mereka kemudian sampai di satu set meja makan yang sudah tersedia sebiji kek chocolate moist, secret recipe. Iqbal berkata kepada Ninie.
"ok, da sampai. awak duduk."
"awak.. kat mana ney? saya rasa berangin je.."
Iqbal terus membuka kain yang diikat menutupi mata Ninie sambil menyanyi.
"happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to, Ninie.. happy birthday to you.."
Ninie teruja mendengar Iqbal menyanyikan lagu itu. bertambah teruja apabila melihat teddy bear besar memakai tuxedo sedang memeluk sejambak bunga ros merah di depannya. dia kemudian berpaling kepada Iqbal di belakangnya.
"awak.. so sweet.. thank you.."
Iqbal tersenyum dan duduk di sebelah Ninie. dia menarik jemari Ninie, mengucupnya dan berkata.
"happy birthday, honey.. i love you.."
"love you too, sayang.."
Ninie tersenyum lantas menyambut pisau potong kek yang dihulurkan Iqbal. dia memotong satu potongan kek dan menyuapnya kepada Iqbal.
"hmm.. birthday girl la yang patut makan dulu. nah, saya suap."
Iqbal mengambil kek tadi menyuapnya kepada Ninie pula.mereka bergembira bersama menyambut ulang tahun Ninie di atas bumbung bangunan syarikat papa Iqbal.
"uhuk! uhuk! uhukk!!"
Ninie tersentak tatkala Iqbal yang dari tadi diam terlantar mula tersedak-sedak. nafasnya tersekat-sekat dan ECG menunjukkan jantungnya kini tidak stabil. Ninie cemas. dia keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan. kebetulan, Doktor Zaher sedang lalu di situ. 
"doktor! doktor! Iqbal! tolong, doktor!"
tanpa banyak soal, Doktor Zaher bergegas masuk ke bilik Iqbal. tidak lama kemudian, dua orang jururawat pula terkedek-kedek berlari sambil menolak mesin tindak balas jantung. Doktor Zaher terus mengambil alat yang berbentuk seperti iron itu dan melekapkannya ke dada Iqbal. badan Iqbal terangkat menunjukkan reaksi. Doktor Zaher melakukan tindakan yang sama berulang kali sehingga ECG menunjukkan jantungnya kembali seperti biasa. Ninie berdiri di sudut bilik menahan sebak melihat Iqbal. di dalam hatinya tidak putus berdoa semoga Iqbal pulih segera.

**********

"mama! Nabil nak tengok ikan kat sana.."
"hm.. baik-baik taw.."
Nabil terus berlari ke arah kolam ikan meninggalkan Syazwan dan Hada yang masih diam.
"aaa... kita duduk situ, jom! berbual sekejap. sambil-sambil boleh tengok Nabil tu."
Syazwan mengajak Hada. Hada hanya menuruti. mereka duduk di sebuah bangku di bawah pokok rendang. keadaan di taman rekreasi itu sungguh damai dan tenang pada waktu malam-malam begitu. Syazwan memulakan bicara.
"perut Syaz kenyang sangat la. makanan kat restoran tu sama sedap macam dulu, kan?"
Hada tidak mengendahkan kata-kata Syazwan. dia hanya memandang Nabil yang sedang khusyuk melihat ikan. Syazwan tidak berputus asa. 
"ingat tak kenangan kita kat restoran tu?"
Syazwan memandang mesra wajah Hada yang sedang memerhatikan Nabil. Hada hanya mendiamkan diri. ketika itu juga, Nabil berlari ke arah Syazwan.
"papa! papa! jom tengok ikan kat situ. besar, papa!"
Nabil menarik tangan Syazwan. Syazwan mengikut anak kecil itu. dia bangun dan sebelum berlalu dia melemparkan senyuman penuh makna kepada Hada. Hada membalas senyuman itu.

**********

"weyh! ko ingat tak mamat yang bagi surat aritu?"
"surat? hmm.. ouh.. kenapa?"
"minggu lepas aku try mesej dia.."
"dia reply tak?"
"haruslah.. hahaha.."
"hahaha.. sape nama dia?"
"dia just bagitau nama dia Niezam. macam nama ko, kan? cara dia mesej pown macam ko."
Shah tergamam. kelu lidah untuk membalas kata-kata Zira. tapi nasibnya baik kerana Zira tidak perasaan keadaannya. jika tidak, kantoilah apa yang dirancang. Zira berkata.
"weyh! malam ney Starbuck, jom!"
"hah! aa..."
"alaa.. jomlah. ko da lama tak lepak dengan aku."
"laa.. kalau aku lepak dengan ko, budak Niezam tu jeles pulak.. hahaha..."
"hah! takde maknanya.. weyh, ko tau.. dia pikir yang aku dengan ko ney couple tau."
"ea? alahai.. bagusnya kalau betul-betul.."
"banyak lah kau. da.. malam ney kita pergi lepak ea.. jom lah, Shah.. lama tak lepak dengan ko.."
"yela.. yela.. sape lagi nak join?"
"lah.. selalunya kalau lepak memang ko dengan aku je kowt."
"yelah.. mana lah tau ko nak ajak Niezam tu keluar skali.. hahah.."
"Niezam tu? haha.. tak mungkin lah. mamat tu tak gentleman langsung tau. sepanjang 2 minggu ney, aku asyik main mesej je dengan dia.. takde pernah dia ajak keluar pown."
"dia pemalu kowt.."
"hahaha... lawak lah. takde lah, at least aku nak tengok lah jugak dia tu macam mana orangnya. hensem ke, buruk ke, baik ke, jahat ke.."
"kalau orangnya macam aku?"
"kalau macam kau? hah! lagi bagus. terus aku couple je dengan dia.. hahhaha..."
Shah hanya tersenyum mendengar kata-kata Zira. dia tahu Zira sekadar bergurau saja. dalam diam, ada sesuatu bermain di benaknya. strategi untuk meneruskan langkah kedua.

**********

Iqbal kini berada di satu tempat yang asing baginya. apa yang ada di sekelilingnya hanyalah pemandangan putih tanpa penghujung. dia memandang awan yang sedang bergerak perlahan. dia hairan melihat keadaan itu. tiba-tiba, awan-awan tadi berkumpul dan mem bentuk satu layar besar. Iqbal terkejut. dia terus merenung awan itu. dan kemudian, terpapar satu adegan dirinya sedang berlumba dengan rakan-rakannya yang lain. Iqbal tersenyum bangga melihat aksinya sebagai juara di layar itu. kemudian, adegan diganti dengan wajah sayu Ninie menulis sesuatu di dalam diarinya. dari tempat dia berdiri, Iqbal dapat membaca dengan jelas apa yang ditulis oleh Ninie. dia membacanya sepatah demi sepatah.
"satu hari nanti, Ninie harap sangat Iqbal berhenti race. Ninie sayangkan Iqbal. Ninie tak nak apa-apa jadi kat Iqbal."
Ninie menutup diarinya dan adegan bertukar lagi. kali ini, aksi Iqbal berlumba dengan salah seorang musuhnya. Iqbal ketinggalan di belakang. namun, kekalahan bukanlah sesuatu yang ada di dalam kamus hidup Iqbal. dia terus memulas minyak naik ke 180km/j. ketika dia hendak memintas, satu taktik kotor dilakukan oleh lawannya itu. musuhnya menuangkan minyak hitam di atas jalanraya membuatkan jalan tersebut licin. Iqbal tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan. kepalanya terhantuk kuat dan dia terus terbaring di atas jalanraya. tidak semena itu, sebuah kereta datang melanggar jasadnya. Iqbal yang menyaksikan kemalangan yang menimpa dirinya itu menjerit seakan merasai kesakitannya. layar tadi menukar adegan. Iqbal masih menjadi penonton setia. kali ini, dia melihat Ninie sekali lagi. Ninie di dalam sebuah bilik bersama dirinya yang sudah terbaring dengan balutan dan luka di serata badan. pada ketika itu, dia berasa sayu melihat Ninie yang masih setia di sisinya. Ninie menggengam jemarinya lantas berkata.
"Iqbal.. cepatlah baik.. saya tak sanggup tengok awak macam ney.."
Ninie menitiskan air mata menyebabkan Iqbal berasa amat sebak menonton di layar itu. barulah datang penyesalan dalam dirinya. dia menyesal kerana tidak pernah sesekali mendengar nasihat Ninie dulu. Iqbal tertunduk.
"saya mintak maaf, Ninie. saya salah. saya tak pernah dengar nasihat awak.. saya mintak maaf.."
"hmm.. doktor.. takde cara lain ke?"
tiba-tiba suara Ninie kedengaran lagi. Iqbal mengangkat mukanya memandang layar tadi. adegannya sudah bertukar lagi. kini, Ninie bersama Doktor Zaher. Iqbal menonton dengan teliti.
"sepatutnya dalam kes begini, jantung pesakit akan digantikan dengan jantung yang lain. tapi, masalah besarnya, kita takde jantung yang sesuai."
"perlu derma jantung?"
"ya! kita perlukan penderma jantung yang sesuai untuk menggantikan jantung pesakit yang semakin teruk."
"doktor...... kalau macam tu, saya nak dermakan jantung saya.."
"hmm.. bertenang, Cik Ninie.. selalunya kami akan membuat pemindahan jantung daripada orang yang da mati. kalau Cik Ninie nak dermakan jantung cik, risikonya amat tinggi."
"saya tanggung risiko tu, doktor."
"cik.. ney bukan perkara main-main. ini soal hidup dan mati. kalau cik dermakan jantung cik, risikonya cik akan meninggalkan dunia ini."
Ninie tertunduk. Iqbal yang melihat adegan tersebut tersentak dengan tindakan Ninie.
"Ninie!! awak tak payah korbankan nyawa awak untuk saya."
di layar tersebut, Ninie yang lama berdiam di hadapan doktor itu mengangkat mukanya. dia mengesat air mata dengan jarinya. dengan tenang, dia berkata.
"doktor.. saya.. saya sedia tanggung risiko tu. saya sanggup, doktor."
Iqbal yang menonton layar itu terkejut lantas menjerit.
"NINIE!!!"

**********

Hada sedang duduk menatap laptop menyiapkan proposal untuk syarikatnya. sesekali matanya menjeling ke arah Nabil yang sedang rancak berbual dengan Syazwan di talian. melihat keadaan itu, bibirnya tersenyum dan mula berfikir, 'aku masih cintakan Syaz. aku tau aku perlukan dia. Nabil pown perlukan papanya. tapi kenapa semakin hari semakin susa aku nak terima Syaz semula?'
"mama! mama!"
suara Nabil membuatkan Hada terhenti berfikir perkara tadi. Hada memandang Nabil yang telah menamatkan panggilan dengan Syazwan. 
"ada apa, sayang?"
"papa cakap kirim salam kat mama. papa kata nanti cuti sekolah papa bawak kita pergi holiday.. yeay! yeay! holiday dengan papa!"
Hada hanya tersenyum melihat Nabil terlompat-lompat kegembiraan. dari situ dia mulai sedar bahawa Nabil benar-benar memerlukan Syazwan sebagai papa yang selalu di sampingnya. 'ya Allah.. bukakanlah hati aku untuk menerima Syazwan semula jika dia adalah orang yang benar-benar ditakdirkan untuk aku.' Hada berdoa di dalam hati.

**********

"weyh! nak pergi mana ney? kan kita nak pergi Starbuck. jalan pergi Starbuck kat sana, kan?"
"eh! aku lupa nak bagitau ko. malam ney tak jadik lah pergi Starbuck. ney, member aku ade perform kat kelab. diorang ajak aku pergi sana tengok diorang. so, kita lepak kat sana je lah. okey?"
"erm.. tak cakap awal-awal pown."
"sorry.. sorry.. aku busy lately. lupa nak bagitau ko."
Zira hanya diam. baginya, tidak kisah di mana saja tempat untuk melepak asalkan boleh lepak bersama dengan kawan baiknya itu. pada waktu sekarang, memang susah untuk keluar bersama dengan Shah memandangkan Shah merupakan budak tahun akhir di universiti. sememangnya banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah. tidak lama kemudian, kereta Shah berhenti di depan sebuah kelab. Shah dan Zira jalan beriringan masuk ke dalam kelab tersebut. Shah mengajak Zira duduk di meja depan pentas dengan alasan dia dapat melihat rakannya membuat persembahan dengan lebih jelas. Zira menuruti. mereka duduk dan memesan minuman apabila seorang pelayan lelaki datang. 
"weyh! ko okey tak aku bawak pergi sini? kalau ko tak suka, kita boleh pergi Starbuck."
"okey lah. tak kisah la kat mana pown.. asalkan dapat lepak dengan ko. sekarang ney da susah nak ajak ko keluar. busy je."
"erm.. takpe.. takpe.. walaupun da susah nak jumpa, sayang aku tetap kat ko lah.. haha.."
"alah.. banyak la ko punya sayang. geli lah aku dengar.."
"ouh.. geli konon.. dengan Niezam tu ko boleh pulak sayang-sayang.."
"hello! cakap baik sikit. nanti free-free je ko dapat tapak kasut aku kat muka ko. tak pernah ea nak cintan-cintan, sayang-sayang dengan mamat tu. kenal pown tak.." 
Shah tersenyum kemudian memandang pentas yang sudah dipenuhi sekumpulan lelaki. Shah kemudian berkata kepada Zira.
"hah! tu lah band member aku. Gaban, gitaris. Rafiz main bass. Lak, drummer and Naz vokalis. nama band ney Entitled."
"Naz?! erm.. hensem.."
"ehem.. ehem.."
"lah.. kenapa? jeles sudah?"
"harus lah.. ko tu awek aku.."
"ah! berangan lah ko!"
kumpulan Entitled terus memperkenalkan diri dan mendendangkan lagu mereka. Shah dan Zira mendengar lagu yang pertama kali dimainkan itu. habis saja lagu pertama, semua orang bertepuk tangan dan Naz selaku vokalis kumpulan itu berkata sesuatu.
"thank you so much. so, tadi tu lagi kitorang yang baru. erm.. kitorang kat sini happy sangat coz dapat buat show kat kelab ney. dan kitorang bertambah happy sebab penyanyi sebenar Entitled pown ada kat sini support kitorang. jadi, sebagai tanda penghargaan, kami nak jemput penyanyi sebenar kami untuk menyanyi. silakan, Shah....!"
spotlight disuluh ke arah Shah.
"weyh! weyh! aku da pencen lah. tak nak lah."
"ala.. come on.. satu lagu je.."
Shah tetap menggeleng. namun, dia tetap akur apabila didesak oleh Naz. Shah melangkah ke atas pentas. Naz memberikan gitar akustik kepada Shah. semua orang di kelab itu bersorak nama Shah dan bertepuk tangan. Shah tersenyum dan mencapai mikrofon lantas berkata.
"sebenarnya, saya nak terangkan dulu lah. saya penyanyi kumpulan ney masa dulu. sekarang saya da pencen. saya da bagi takhta saya kat Naz. so, saya bukan penyanyi sebenar. saya penyanyi dulu. hahaha.. okey lah. erm.. saya da lama tak menyanyi macam ney.. so, kalau nak menyanyi ney, saya perlukan seseorang temankan saya. erm.. saya nak ajak Zira naik pentas.. silakan Zira.."
spotlight dihalakan ke arah Zira pula. Zira terkejut. seisi kelab sedang memandangnya. Shah pula tersenyum di atas pentas. budak-budak Entitled pergi ke arah Zira dan menarik Zira ke atas pentas. dia berdiri kaku di sebelah Shah. Shah menghulurkan mikrofon kepada Zira. Zira menyambut dan memandang Shah sambil berkerut dahi bermaksud 'apa nak buat ney?' Shah mengenyitkan mata lantas memetik gitar. satu melodi tercipta. Shah memainkan lagu yang amat sinonim dengan telinga pendengar-pendengar muzik.Shah memulakan nyanyian.
"Do you hear me, I’m talking to you. Across the water across the deep blue ocean under the open sky, oh my, baby I’m trying."
Zira memandang Shah dan entah macam mana, perasaan malunya hilang. dia terus menyambung nyanyian itu. muzik pula dibantu kemas oleh kumpulan Entitled tadi.
"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea.. I keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard.."
Zira dan Shah berpandangan dan menyanyi bersama.
"I’m lucky I’m in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh... They don’t know how long it takes. Waiting for a love like this. Every time we say goodbye. I wish we had one more kiss. I’ll wait for you I promise you, I will... I’m lucky I’m in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Lucky we’re in love every way. Lucky to have stayed where we have stayed. Lucky to be coming home someday.."
dalam keadaan mereka masih berpandangan, Zira menghalakan mikrofonnya ke mulut Shah. Shah tersenyum dan menyanyikan lirik seterusnya.
"And so I’m sailing through the sea. To an island where we’ll meet. You’ll hear the music fill the air. I’ll put a flower in your hair.."
tangan Shah membelai rambut Zira. kemudian, Shah pula menghalakan mikrofonnya ke mulut Zira. Zira tersenyum dan menyanyi sambil memegang tangan Shah tadi dan mengalihkannya.
"Though the breezes through trees. Move so pretty you’re all I see. As the world keeps spinning round. You hold me right here right now.."
mereka saling berpegangan. serentak mereka memandang penonton, dan menyanyikan rangkap akhir bersama-sama.
"I’m lucky I’m in love with my best friend.. Lucky to have been where I have been.. Lucky to be coming home again.. I’m lucky we’re in love every way.. Lucky to have stayed where we have stayed.. Lucky to be coming home someday... Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh... Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh..."

**********

TIT! TIT! TIT! TIT!
mesin ECG berbunyi kuat dan pantas. Ninie memandang Iqbal di atas katil yang sedang tersedak-sedak bernafas. Ninie semakin cemas lantas menekan butang 'EMERGENCY' untuk memanggil doktor. sejurus kemudian, Doktor Zaher datang bersama tiga orang jururawat.
"doktor! doktor! Iqbal.. tolong, doktor..."
"bertenang. awak sila tunggu di luar."
Ninie dibawa keluar oleh seorang jururawat. di situ, Ninie ditenangkan oleh jururawat itu pula.
"cik... bertenang.. doktor akan mencuba yang terbaik."
ketika itu, air mata Ninie bercurahan. difikirannya kini hanya memikirkan perkara negatif yang akan berlaku kepada Iqbal. 
"Iqbal.."
"hm..."
"kalau parents saya ada lagi sekarang ney, mesti diorang gembira sangat."
"eh! kenapa lak?"
"sebab diorang da tau sape orang yang boleh buat saya bahagia."
"ouh.. hm.. sayang parents awak tak dapat tengok kita bertunang nanti kan. takpe lah."
"Iqbal.."
"hm.."
"kalau saya pergi dulu ikut parents saya, awak....."
"ish! apa awak cakap ney.. janganlah merepek.. jangan cakap macam tu."
"hm.. sorry.. saya cuma rasa kalau..."
"ok! ok! cukup. walau apa pown jadi, saya tetap sayang awak, ok.. saya tak kan tinggalkan awak. dan awak tak kan tinggalkan saya."
"Cik Ninie... Cik Ninie..."
Ninie tersedar dari lamunan memorinya. dia terus memandang Doktor Zaher yang memanggilnya tadi. 
"doktor! Iqbal macam mana, doktor?"
"Cik Ninie...... Iqbal....."
belum habis Doktor Zaher berkata, Ninie terus masuk ke dalam bilik dan menyerbu ke arah Iqbal.
"Iqbal.... jangan tinggalkan saya... awak... saya da takde sape-sape lagi kat sini. awak jangan tinggalkan saya.."
"sa.. saya tak.. tak kan ting.. galkan awak...."
suara Iqbal yang lemah dan tersekat-sekat  tadi membuatkan Ninie yang tertunduk menggenggam tangan Iqbal berhenti menangis. Ninie mengangkat muka, memandang wajah Iqbal. Iqbal tersenyum.
"Iqbal??!!!"
Ninie terus memeluk Iqbal. air mata kesyukuran bercucuran dari matanya.
"Iqbal... awak da sedar.. thank God..."
"Cik Ninie.. pesakit baru sedar. so biarlah dia berehat dulu. Cik Ninie ikut saya ke bilik.. saya nak bincang sikit."
Doktor Zaher berkata dan terus melangkah. Ninie menoleh semula kepada Iqbal.
"saya pergi jumpa doktor kejap, ya. awak rehat lah dulu."
Ninie mengusap lembut kepala Iqbal. Iqbal tersenyum dan tatkala Ninie ingin melangkah pergi, Iqbal menarik tangan Ninie. Iqbal tersenyum dengan wajah yang tidak bermaya. Ninie membalas senyuman itu dan mengangguk lantas keluar dari bilik itu.

**********

"hai! Nabil mana?"
"ouh.. Nabil da tidur tu. penat dia menolong pasang khemah tadi."
Syazwan duduk di sebelah Hada. Hada yang sedang minum secawan kopi itu berasa kaku apabila Syazwan melabuhkan punggung di sebelahnya. Syazwan memulakan kata.
"minum apa?"
"coffee.. Syaz nak?"
"boleh jugak."
Hada menuangkan secawan kopi panas kepada Syazwan.
"baik-baik. coffee tu panas lagi. Hada baru buat."
"okay.. erm.. Hada tak kisah Syaz bawak holiday kat sini?"
"erm.. kenapa pulak?"
"yela.. patutnya holiday mestilah kat tempat percutian ke.. hotel, resort..."
"hutan macam ney pown tempat percutian jugak, Syaz.. Hada tak kisah, asalkan Nabil tu seronok. tengok lah tadi, bila Syaz cakap nak bawak dia mandi air terjun, terus melompat, happy sangat."
"yelah.. macam mama dia. mama dia pown melompat jugak tadi, kan.."
"hish.. Syaz ney.. bila pulak Hada melompat. hm.. Nabil tu memang seronok sangat kalau dengan papa dia. even kalau Syaz call, dia boleh tersenyum lebar tau."
"oh, really? haha.. hm.. kalau macam tu, apa kata kalau papa dia tinggal dengan dia, dengan mama dia, sama-sama.. macam dulu.. mesti dia lebih gembira and rasa lebih sempurna. ada mama, ada papa."
"Syaz.. Hada.."
"Hada.. Syaz still sayangkan Hada. bagilah Syaz peluang. kita...."
"mama....! mama.....!"
belum habis kata-kata dari mulut Syazwan, Nabil yang sedang tidur di dalam khemah terjerit-jerit. Syazwan dan Hada meluru ke arahnya. Hada masuk ke dalam khemah dan memeluk Nabil. 
"kenapa, sayang? mama kat sini.. Nabil??"
"mama... mama... papa... papa..."
Nabil bersuara dengan mata yang tertutup. Hada tersenyum kepada Syazwan yang berada di pintu khemah.
"penat sangat lah ney.. sampai mengigau da."
"haha.. yah.. memang ikut perangai mama dia.."
"helloo.. Hada tak mengigau, okey.."
"yelah.. Hada mana tau. Hada yang mengigau, mana Hada sedar. Syaz yang kat sebelah tu da nak pecah perut tahan gelak tengok Hada mengigau."
"yelah tu.. macam lah Syaz tak pernah mengigau. Hada pernah dengar jugak Syaz mengigau, okey.."
mereka berdua tertawa apabila mengenangkan semula cerita-cerita lama. pelbagai cerita lucu terbongkar di situ. tentang Syaz berdengkur tak ingat dunia. perihal Hada yang baru belajar masak masakan kegemaran Syaz, masak lemak cili api. lima kali percubaan barulah masakan itu menjadi.
"haha.. kelakar kan kita dulu-dulu.."
"yah.. paling kelakar, ada satu hari tu, Hada da terlewat pergi kerja. terus bangun masuk bilik air, pulas shower sampai ke 'hot'. menjerit dalam bilik air tu kena air panas. tu lah, gopoh sangat. mujur Syaz belum pergi kerja lagi."
"haha.. masa tu Hada da tak pikir apa, Hada da lambat sangat. hm.. nasib baik kan, Syaz ada.."
Syazwan tersenyum sambil memandang tepat ke mata Hada. tatkala itu, Hada merasakan ada satu perasaan di dalam dirinya. perasaan seperti pintu hatinya sudah terbuka. terbuka untuk menerima Syazwan kembali. dia perlukan Syazwan.
"err.. Syaz.. erm.. da malam ney. Hada nak tidur dulu lah.."
"ouh.. yah.. berbual dengan Hada, tak perasan pulak da lewat malam ney. ok lah.. nite.."
Hada hanya tersenyum. Syazwan membalas senyuman. dia kemudian menzipkan pintu khemah Hada dan berjalan ke khemahnya.

**********

Zira berjalan menuju ke tempat parkir kereta dan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. dia mengambil telefon bimbit tersebut di dalam poket jeansnya. 'ouh.. Iejam.. hai, lama tak mesej.. tiba-tiba hari ney hidup plak..' Zira membebel di dalam hatinya sebelum membalas mesej 'hai' daripada Niezam itu. seketika kemudian, mesej masuk lagi.
"haha.. macam mana semalam?"
Zira membaca lantas keningnya berkerut. 'semalam? kenapa dengan semalam?' pantas dia menaip balasan untuk soalan Niezam itu.
"semalam?"
kemudian, dia terus masuk ke dalam perut keretanya. dia duduk seketika sebelum meneruskan perjalanan. satu lagi mesej diterima.
"hm.. semalam kat kelab.. u keluar dengan Shah kan? haha.. i saw u with him. i ade kat kelab tu jugak. u menyanyi best!"
"u ada kat situ? laa.. apsal tak cakap?"
"tak nak ganggu u dengan Shah laa.."
"tak ganggu pown.. cakap je lah. boleh lepak sama-sama.."
"takpe la. anyway, u menyanyi sedap. u pernah masuk audition mana-mana ke?"
"OMG! u tengok i nyanyi tu. malu nye.. ney semua Shah punya pasal. paksa i naik pentas tu. i rasa macam nak siku je dia kat atas pentas tu."
"haha.. tapi, u happy with him, right?"
"ape maksud u?"
"yah.. i nampak u happy je dengan dia kat atas pentas tu."
"hm.. i've no idea bout that. tapi kan, i rasa sumtinx diff dengan dia malam tadi."
"sumtinx diff? macam mana tu?"
"erm.. i dont noe. i rasa happy.. erm.. bahagia.. i rase rapat sangat dengan dia malam tadi."
"u all memang rapat pown."
"yah! but malam tadi, it was totally diff.."
"i noe.."
"what?"
"u're falling for him.. haha.."
Zira terhenti seketika apabila membaca mesej itu. dia tersenyum. 
"hm.. it might be.."
"i dont think so.."
"hah?"
"coz u MEMANG love him. ok what. dia pown da lama suka kat u."
"haha.. whatever.. gtg. i nak drive balik uma ney."
"oke.."
Zira kemudian terus menghidupkan enjin dan bergerak menuju ke jalan raya. di dalam perjalanan, dia asyik teringatkan apa yang berlaku malam tadi. dia dan Shah di atas pentas, menyanyi bersama di depan orang ramai. pada mulanya Zira berasa agak malu dan kekok tapi bila matanya tepat memandang mata Shah, terus hilang perasaan tadi. dia beraksi selamba di atas pentas, menyanyi dengan gembira bersama Shah. sesuatu yang tidak mungkin berlaku lagi. sesuatu yang menjadi kenangan paling manis baginya. dia tersenyum.
"Shah.. Shah.. hm.. aku rase betul jugak apa yang Iejam cakap tu. i'm falling for u.."

**********

"syukur alhamdulillah pesakit da mula sedar. tapi keadaannya masih kurang stabil. dalam kes begini, selalunya pesakit mengambil masa yang lama untuk sedar dan sembuh. tambahan lagi, jantung pesakit berada di tahap kritikal."
"erm.. saya faham, doktor. tapi, sekarang macam mana, doktor? Iqbal masih memerlukan penderma jantung?"
"erm.. ya. pesakit masih memerlukannya. jantung pesakit masih perlu diganti."
Ninie terdiam mendengar kata-kata Doktor Zaher itu. Doktor Zaher menyambung lagi.
"jadi, saya harap Cik Ninie fikirkan tentang hal ney masak-masak. pembedahan tersebut perlu dibuat dalam masa terdekat. dalam masa yang sama, pihak kami juga akan mencari penderma yang sesuai."
Ninie mengangguk.
"terima kasih, doktor."
dia bangun dan terus keluar dari bilik Doktor Zaher. Ninie berjalan menuju ke bilik Iqbal. sepanjang perjalanan, mindanya ligat berfikir tentang Iqbal. apa yang perlu dia buat kalau tiada penderma yang sesuai? perlukah dia berkorban untuk menyelamatkan Iqbal? kemudian, dia mengambil telefon bimbitnya di dalam tas tangan yang tersangkut di bahunya. pantas jemarinya mendail nombor Datin Shue.
"hello, Auntie.."
"hello, Ninie.. ada apa?"
"Auntie, Iqbal da sedar.."
"Iqbal da sedar? really?"
"hm.. baru tadi dia sedar tapi dia still lemah la."
"hm.. okey. takpe.. Auntie ke sana sekarang."
panggilan ditamatkan. Ninie kini berada di hadapan bilik Iqbal. langkahnya terhenti untuk masuk ke dalam bilik tersebut. dia duduk di kerusi yang ada di luar bilik itu. 'apa saya nak buat ney, Iqbal? saya sayang awak.. saya nak hidup dengan awak. saya.. saya tak kan dapat hidup dengan awak kalau saya dermakan jantung saya. tapi, saya nak selamatkan awak. saya tak nak tengok awak menderita macam tu. apa saya nak buat ney, Iqbal?' hatinya terus bertanya.

**********

Hada duduk seorang diri di kafe. dia menyelak satu fail projek baru syarikat. sepatutnya, pada waktu makan tengah hari begini, dia tidak perlu membawa urusan kerja bersama. tetapi, tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana Hada merupakan seorang yang 'workaholic'. dengan teliti, dia membaca surat tender projek baru itu sambil sesekali dia menyedut jus epal di depannya. keadaan sekeliling langsung tidak diendahkan sehinggalah ada satu suara menyapanya.
"hai.."
"eh! Syaz.. hai.."
"lunch time, kenapa kerja jugak ney.."
"boring lah kalau tak buat apa-apa."
"yah.. i know you. so, boleh Syaz duduk lunch kat sini?"
"Syaz memang da duduk pown."
Syazwan tersenyum lamtas memanggil seorang pelayan kafe. dia memesan minuman dan makanan. selepas pelayan itu beredar, dia memandang Hada dan berkata.
"Hada tak nak makan?"
"tak nak lah. Hada kenyang lagi. tadi breakfast nasi goreng. sampai sekarang kenyang."
"ouh.. Syaz tak breakfast pown. yelah.. takde orang nak buatkan breakfast."
Hada tersenyum mendengar kata-kata Syazwan itu, kata-kata yang penuh bermakna.
"hm.. kenapa tak nak cari orang yang boleh masak kan untuk Syaz?"
"cari? buat apa nak cari? memang da ada depan mata."
Hada tersenyum lagi. malas dia hendak memanjangkan topik tersebut.
"Nabil sekolah?"
Syazwan bertanya selepas pelayan kafe tadi menghantar makanan dan minumannya.
"hm.. malam tadi dia macam tak sihat tau. badan dia macam panas-panas sikit. tapi pagi tadi okey pulak."
"ouh.. penat camping tu. yela. masa kat dalam hutan tu, ligat betul dia. tak penat-penat."
"agaknya lah."
"so, macam mana dengan cadangan Syaz hari tu?"
"cadangan? cadangan apa? bila?"
"masa kita kat dalam hutan tu."
Hada berkerut dahi, kurang memahami maksud sebenar Syazwan. Syazwan berkata.
"masa dalam hutan tu, kan Syaz cadangkan kalau kita sama-sama hidup bawah satu bumbung macam dulu. Nabil ada mama, ada papa.. Syaz ada Hada."
Hada hanya berdiam. sebenarnya dia tidak tahu apa yang patut dia jawab. di mindanya sedang berfikir ayat yang betul.
"macam ney lah. Syaz memang betul-betul sayangkan Hada. Syaz memang menyesal dengan apa yang Syaz buat. tu lah kesilapan terbesar yang Syaz buat dalam hidup Syaz. Syaz harap sangat kita boleh bersatu balik. kita, suami isteri macam dulu."
mata Syazwan tepat memandang Hada. Hada yang tadinya hanya berdiam diri, kini dia tersenyum. Syazwan bertanya.
"senyum? bak kata orang tua-tua, senyum tandanya setuju."
"Syaz, kita sama-sama buat silap."
"maksud Hada?"
"Hada memang tak boleh lupakan Syaz. Hada da cuba.. lupakan apa yang berlaku antara kita, lupakan Syaz, tapi semua tak menjadi bila Hada tengok Nabil. at the same time, Hada da keraskan hati Hada untuk terima Syaz. itu silap Hada. sebab sebenarnya hati Hada terbuka untuk Syaz."
Syazwan tersenyum memandang Hada. 
"kita ney nampak je macam da dewasa, tapi perangai macam budak-budak kan?"
Hada ketawa kecil.
"haha.. Syaz lah macam budak-budak."
"hm.. so, macam mana?"
"macam mana?"
"kita bersatu balik, okey?"
Hada yang mendengar kata-kata Syazwan terus bangun dan berkata.
"bagi Hada perasaan cinta Hada untuk Syaz, tak pernah berubah. kalau Syaz pown rasa benda yang sama kat Hada, kita ikut adat. Syaz datang jumpa parents Hada."
Hada terus berlalu pergi. Syazwan tersenyum gembira mendengar jawapan Hada.

**********

Zira duduk seorang diri di dalam biliknya. dia memikirkan tentang Shah. minggu depan Shah akan menamatkan pengajian di universiti tempat mereka sama-sama belajar. selepas itu, mesti dia tidak dapat berjumpa Shah lagi. tidak tahu bagaimana boleh berlaku, terselit perasaan cinta dan rindunya terhadap Shah. lantas dia mencapai telefon bimbitnya.
"hi Iejam."
tidak lama kemudian, mesejnya dibalas.
"hi.."
"erm. please help me?"
"what wrong?"
"i will miss him."
"him? who? Shah?"
"hm.. he'll leave me next week."
"pergi jumpa dia."
"dia really busy rite now."
"hm.."
"u love him, right?"
"yah. now i admit it."
"go and tell him."
"how?"
"erm.. sekarang dia busy, i ada plan?"
"apa?"
"u jumpa dia after majlis konvo."
"macam mana la i nak jumpa."
"jumpa i lepas majlis konvo."
"jumpa u?"
"hm.. kat library tingkat 3."
"hah? hm. ok."
"dont worry. u sure jumpa dia kat situ."
"macam mana u tau?"
"ade lah. ok la. gtg. i ada hal."
"ok. thanks alot."
Zira berbaring di katilnya. dia terfikir, 'kenapa dengan aku ney? Shah, aku tak tau apsal ney jadi. apsal aku boleh cinta kau pulak? cinta.. huh! hm.. hope Iejam bole settle kan prob ney. Iejam.. Shah.. asal aku rasa lain macam ea? aa.. biarlah.. yang aku tau, aku na cakap kat Shah.'

**********

"awak.. Iqbal..'
Iqbal membuka mata perlahan-lahan. di depannya ada Ninie yang sedang tersenyum.
"kita kat mana ney?"
Iqbal bertanya memandangkan dia sedang berada di tempat yang amat asing bagi dirinya. Ninie tersenyum.
"kita ada kat tempat special saya. awak...."
Ninie menggenggam tangan Iqbal. Iqbal memandang tepat ke mata Ninie, menunggu apa yang akan dikatakan.
"awak.. saya da nak pergi.. jauh dari sini.."
"awak nak pergi mana?"
"jauh.. tempat yang awak tak boleh ikut."
Ninie menunjukkan ke arah cahaya putih yang tiba-tiba ada tidak jauh dari tempat mereka duduk. Ninie bangun dan genggaman tangan tadi terlerai.
"awak nak pergi mana?! jangan tinggalkan saya.."
Ninie duduk semula di hadapan Iqbal.
"awak.. saya da tolong awak.. sekarang, awak tolong saya pulak ea. awak tolong lepaskan saya pergi. saya sayang awak.. tapi sekarang, saya da kena pergi. selamat tinggal, Iqbal."
"Ninie.. saya ikut."
"kalau awak nak ikut, awak pejamkan mata."
Iqbal memejamkan matanya.
"saya kira sampai 3 baru buka."
Iqbal mengangguk.
"satu.. dua.. tiga.."
Iqbal membuka matanya. dia ternampak syiling bilik. dia menoleh ke sekeliling.
"Ninie..."
"Iqbal?"
Datin Shue yang mendengar suara Iqbal terus mendapatkan Iqbal yang terlantar di atas katil.
"Iqbal.. Iqbal da sedar.. alhamdulillah.."
"mama.. Ninie.. Ninie mana?"
nada suara Iqbal perlahan kerana masih sakit.
"Ninie? erm.. Iqbal.. Iqbal rehat lah dulu. Iqbal masih sakit."
Datin Shue meletakkan tangan Iqbal yang digenggamnya tadi di atas badan Iqbal. namun, Iqbal menangkap semula tangan Datin Shue.
"Ninie... mana, ma?"
Datin Shue masih diam. air matanya sudah pown bergenang.
"ma.. jawab soalan Iqbal, ma. Ninie mana?"
Iqbal mula menangis, mendesak Datin Shue. 
"jawab, ma.. Ninie mana, ma?? Iqbla nak jumpa Ninie.. mana, ma?"
"Iqbal.. Ninie.... Ninie.... Ninie da selamatkan kamu, Iqbal.."
"mana dia sekarang, ma?"
"Iqbal.. Ninie... da takde."
"ma......"
air mata Iqbal laju mengalir ke bantal tempat dia meletakkan kepalanya.
"Ninie da dermakan jantungnya kat Iqbal. dia selamat kan Iqbal. dia da pergi selamanya.."
Iqbal terus menangis. dia kehilangan orang yang disayangi kerana sikap degilnya. penyesalan bertubi-tubi datang kepadanya. dia memejamkan mata mahu membayangkan Ninie. di dalam hati, dia berkata, 'Ninie.... jangan tinggalkan Iqbal.. Iqbal sayangkan Ninie..."
"eh! Iqbal?!"
Iqbal membuka mata apabila mendengar suara Ninie.
"Ninie?!"
"apa awak buat kat sini?"
"Ninie.. Iqbal nak ikut Ninie.."
"awak nak ikut saya?"
"awak da janji tak kan tinggalkan saya, kan?"
Ninie tertunduk, bisu. Iqbal menolak dagu, mengangkat muka Ninie.
"saya tak akn tinggalkan awak. saya akan ikut awak mana pown awak pergi. saya janji, saya tak degil lagi. saya sayang awak.."
Ninie tersenyum kepada Iqbal lantas memandang ke arah cahaya putih di belakangnya.
"Iqbal... jom!!"
Ninie dan Iqbal berdiri menghadap cahaya putih itu. mereka berpandangan, berpimpin tangan dan berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam cahaya tadi.
sementara itu, di dalam bilik hospital...
mesin ECG Iqbal berbunyi kuat. denyutan jantungnya tidak stabil. Datin Shue yang tadinya tertunduk di sisi Iqbal mula panik. segera dia menekan butang EMERGENCY. tidak lama kemudian, Doktor Zaher datang. Doktor Zaher pantas mencuba melakukan apa yang patut. memeriksa kornea mata, kadar nadi dan mengenakan tindak balas jantung ke atas dada Iqbal. namun, mesin ECG itu masih sama.
TIT... TIT... TIT................TITTTTT....................................
Doktor Zaher menghelakan nafas.
"innalillah..."
Datin Shue meraung apabila Doktor Zaher mengucapkan kata-kata tersebut.
"maaf, Datin.. Iqbal da takde.."
makin kuat Datin Shue meraung. Dato' Saufi memeluk isterinya, cuba menenangkan. 
namun, di alam lain, Iqbal dan Ninie saling berpandangan dan tersenyum. mereka bahagia di alam itu.

**********

"aku nikah akan dikau dengan Nur Syuhada Binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM$$$, tunai.."
"aku terima nikahnya, Nur Syuhada Binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM$$$, tunai..."
"sah?"
"sah.."
"alhamdulillah.. bismillahirahmannirahim.."
jurunikah tersebut mengangkat tangan membaca doa diikuti oleh orang yang ada di ruang tamu yang menjadi tempat pernikahan Syazwan dan Hada. senyuman terukir di bibir Syazwan. dengan sekali lafaz, Hada sudah sah menjadi miliknya semula. doa selesai dibaca.
"amin ya rabbalamin.."
majlis berjalan dengan lancar di rumah ibu Hada itu. selesai majlis akad nikah, tetamu yang hadir mula beredar mahu pulang ke rumah. mereka bersalaman dengan Syazwan dan Hada. setelah semua pulang, tinggal Hada dan Syazwan di ruang tamu itu.
"hm.. penatnya.."
Syazwan mengeluh lantas bersandar di sofa.
"Syaz penat? Hada buatkan air nak? Syaz nak air apa?"
"Hada.. sini kejap. tak payah buat air tu."
Hada tersenyum dan berjalan menghampiri Syazwan. dia melabuhkan punggung di sebelah Syazwan.
"kata penat, rest lah dulu."
"Syaz nak rest dengan Hada lah ney. Hada pown mesti penat, kan?"
"Hada penat tapi, Hada tak nak rest dengan Syaz lah.. haha.."
Syazwan turut tersenyum dengan gurauan Hada.
"Nabil mana?"
"hm.. tadi dia dengan mama. kat belakang kowt."
"ouh.. Hada.."
Syaz memeluk bahu kanan Hada membawa Hada ke dakapannya.
"Hada.. Syaz sayang family kita. Syaz mintak maaf atas kesilapan Syaz yang dulu. Syaz menyesal.."
Hada memandang Syaz kemudian tersenyum.
"da lah, Syaz. yang da lepas tu, kita lupakan. kita buka buku baru sekarang."
Hada tersenyum lantas bersandar di dada Syazwan. 
"terima kasih, Hada. Hada bagi peluang kedua untuk Syaz."
"semua orang patut terima peluang kedua masing-masing."
"hm.. Syaz janji, Syaz tak kan sia-sia kan hidup Hada. Syaz akan jaga family kita."
tiba-tiba, Nabil datang ke arah Hada dan Syazwan.
"mama! papa!"
Nabil terus duduk di pangkuan papanya.
"papa.. lepas ney papa tinggal dengan Nabil, kan?"
"ye, sayang.."
"papa jangan pergi kerja lama-lama tau. nanti Nabil rindu kat papa."
"iye.. papa pown rindu kat Nabil. malam ney, papa tidur dengan Nabil ea."
"yeay !"
Nabil terus melompat dari pangkuan Syazwan. dia berdiri di depan Hada dan Syazwan yang tersenyum memandangnya.
"ok.. papa janji ea. hm.. papa dengan mama nampak penat sangat. nenek pesan, kalau penat, pergi masuk bilik, tidur."
Hada dan Syazwan berpandangan.
"ok lah. Nabil nak pergi dekat nenek. papa dengan mama pergi tidur kat bilik tau."
Nabil terus berlari meninggalkan Hada dan Syazwan.
"hm.. Hada letih?"
"hm.. penat jugak."
"jomlah tidur dulu."
Syazwan terus bangun lantas mengangkat Hada. dia berjalan membawa Hada ke bilik.
"berat jugak Hada ney.. nampak je kecik."
"sape suruh Syaz angkat Hada?! padan muka.. haha.."
"erm.. Hada.. Nabil tu da nak masuk enam tahun, kan?"
"ha ah.. nape?"
"erm.. Syaz rasa, Nabil tu da patut ade adik tau.. err.."
"eh! Syaz.. jangan nak mengada.. Hada tengah penat ney.."
"ea? ouh... hm.."
Hada tersenyum memandang Syazwan. dia faham maksud Syazwan itu. Hada kemudian mengucup pipi Syazwan dan berkata.
"sayang.. not now.. nanti, okey? Hada penat sangat.."
Hada berkata dengan manja sebagai memujuk Syazwan. Syazwan tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik, menutup pintu dan berjalan ke arah katil. dia membaringkan Hada dan kemudian dia turut baring di sebelah Hada.
"semalam Syaz tak tidur pown.. nervous untuk akad nikah ney."
"hm.. Hada tau.. da lah. semua da lepas. tidurlah."
Hada merangkul pinggang Syazwan. Syazwan tersenyum. seketika kemudian, mereka terlena.

**********

Zira mendaki tangga perpustakaan universiti. dia melihat jam tangannya, 5.16 petang. semestinya Niezam sudah sampai di tempat yang dijanjikan. di dalam hatinya, dia masih tertanya, 'macam mana aku nak luahkan kat Shah? apa reaksi Shah nanti? Iejam, siapa Iejam ney? kenapa dia nak tolong aku sangat?' dan macam-macam lagi yang difikirkan. Zira sudah sampai di tingkat 3 perpustakaan. dia terus berjalan mengambil tempat di sudut perpustakaan. 5 minit kemudian, satu mesej masuk.
"hai.. da sampai?"
"yah ! u kat mana?"
"u kat mana? i tak nampak awak pown."
"i kat tepi rak language department."
tidak lama kemudian, satu panggilan masuk, Niezam memanggil. Zira menekan butang "Answer".
"hello, Iejam?"
"hey. okey . sekarang u jalan pergi rak buku English Poem."
Zira menuruti. dia berjalan menuju ke situ sambil memandang sekitar untuk mencari Niezam. namun, dia tidak nampak kelibat seseorang yang memegang telefon.
"Iejam.. i da kat English Poem. u kat mana ney? i tak nampak awak pown."
tiba-tiba talian diputuskan oleh Niezam. Zira pelik.
"hello? Iejam?! Iejam?!"
Zira berkerut dahi, tidak memahami keadaan sebenar. tiba-tiba, ada satu suara memanggilnya dari rak sebelah.
"Zira.."
"Iejam?"
"hm.."
Zira mengangkat kaki mahu ke rak sebelah memandangkan dia tidak dapat melihat wajah Iejam kerana buku-buku di rak tersebut menghalang pandangannya. tapi suara Iejam terkebih dahulu memberi arahan.
"jangan! jangan datang kat i."
langkah Zira terhenti. suara tadi terus berkata lagi.
"Can you see me? no? Turn around, can you see me now? no? Turn again, can you see me now? I can see you because you have a special place in my heart!"
"Iejam? apa ney? kenapa saya tak boleh pergi kat awak, jumpa awak?"
"Go out at night and count the stars. That’s how many years I’ll wait for you."
Zira tersentak. seperti ada sesuatu yang baru dia perasan. suara tadi. suara seperti seseorang yang dia kenal sangat dan ayat yang dikatakan seperti pernah didengarnya sebelum ini. suara itu berkata lagi.
"Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart. "
"Shah?!"
"hm.. ingat lagi ayat ney.. aku pernah bagitaw kat kau, kan?"
"Shah?! itu...."
"Sometimes words are hard to find, to form that perfect line to let you know you're always on my mind!"
"Shah.. Iejam.."
"aku sanggup buat apa yang orang lain tak buat untuk katakan yang aku cinta kau dan untuk mengetahui kau juga rasa benda yang sama. In my heart, I can clearly detect these feelings to cherish and protect a woman whom I can connect. and who has given me more than I expect. I’m certainly beginning to suspect that as a lover you are simply perfect, making me love you in every respect. can’t help but smile whenever I stop to reflect."
"Shah... apa kau buat ney? Iejam tu.."
"haha.. mesti kau konfius, kan?"
tiba-tiba Shah muncul dari belakang Zira. Zira terkejut. dia memandang tepat ke arah Shah. Shah hanya tersenyum.
"okey, aku nak buat pengakuan, aku orang yang bagi surat kat kau. aku lah orang yang kau kenal as Iejam. dan aku lah Iejam yang melayan mesej kau. dan sebab tu lah, Shah macam da tade masa layan kau kerana Iejam selalu ade dengan kau."
muka Zira mula kemerahan. hatinya berkata,' kalau Iejam tu Shah, maknanya dia tau semuanya." Shah berkata lagi.
"hm.. aku harap kau tak marah. erm. aku tau apa yang kau nak kata."
"kenapa lah kau buat semua ney, Shah?"
"kenapa? sebab aku betul-betul sayang kau."
"kau ney, gila lah."
Zira tersenyum. Shah mendekatkan dirinya kepada Zira.
"The first time I saw you, I knew you were the one. There was no question in my mind, after having that much fun. There's just something about you, that I've never found before. And now that we're good friends, I find myself wanting more."
Shah berjalan melepasi Zira sambil berkata lagi.
"I never thought it possible, to care for one so much. But everyday that passes, I long to feel your touch. Everything I'd wished for, every dream I'd hope come true, I never thought would happen, until the day that I met you."
Shah berjalan semula ke arah Zira.  dari belakang, dia membisik ke telinga Zira.
"I know that your not ready, for the kind of commitment that I am, but for you I'd wait forever, there's nothing I can't stand."
Zira berpaling ke Shah.
"Shah.. sejak bila kau pandai berpuitis jiwang sangat-sangat ney?"
"erm.. sejak aku kenal kau.."
"erm.. Shah.. Shah..."
"haha.. so?"
"so? what?"
"kau tade apa nak cakap kat aku?"
"erm.. aku? aku tak pandai lah nak bermadah-madah macam kau tu. so, let make it short and simple..  Shah, i love you.."
dengan lancar kata-kata itu keluar dari mulut Zira. Shah tersenyum. 
"tak sia-sia apa yang aku buat selama ney. i love you, forever."
Zira tersenyum memandang Shah yang juga tersenyum. tiba-tiba Shah membuka mulut, menyanyi dengan nada yang perlahan.
"Do you hear me, I’m talking to you. Across the water across the deep blue ocean under the open sky, oh my, baby I’m trying."
Zira tersenyum dan menyambung.
"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea.. I keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard.."
mereka berdua tersenyum. akhirnya, sebuah persahabatan bertukar menjadi sebuah percintaan.


>TAMAT<

NINIE & IQBAL
HADA , SYAZWAN & NABIL
ZIRA & SHAH