Friday, January 21, 2011

KARYA PERTAMA!

salam~
hm. ney la karya pertama aku. aku buat time form 3. memang nampak budak budak sangat tapi ney la aku [kowt]. so, kalaw sudi bace la yea. kalaw ta sudi sila tumbuk lappy o pc anda dengan quad.^_^ 




HANTU

 BAB 1

ding...! ding...! ding...!
jam usang di sudut rumah berbunyi. Aishah kehairanan. 'kat mana aku ney?' bisik hatinya. dia sendiri tidak tahu di mana dia berada dan bagaimana dia boleh berada di situ. rumah tersebut begitu asing bagi Aishah. walaupun kehairanan masih menghantui minda, namun digagahkan kaki melangkah dalam kesamaran.
"hello! anybody home?"
soalannya bergema tanpa jawapan di ruang tamu rumah itu. hairan Aishah semakin bertambah apabila melihat semua perabot di ruang tamu diselubungi kain putih. seperti sudah lama rumah itu ditinggalkan. matanya meliar ke segenap inci dan terus terpana melihat meja kecil yang menempatkan banyak frame gambar. dia mendekati meja tersebut. diambilnya satu daripada frame itu. 'waa.. cun nye. laki ney pown ensem. kompom balak die.' hatinya terdetik tatkala menatap gambar tersebut. seorang perempuan dalam lingkungan 20-an bersama seorang lelaki yang tampak kacak. Aishah meletakkan kembali gambar tersebut ke atas meja. dia tersenyum melihat gambar-gambar yang lain. sedang dia leka melihat gambar-gambar tersebut, tiba-tiba dia terasa seakan ada sesuatu yang melintas di belakangnya. dia terus berpaling. terdengar seperti ada bunyi sesuatu di luar tingkap.
"hello! sape? sape tu?"
tiada jawapan. semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. di amati suasana luar yang gelap gelita. sunyi. 'ta de ape pown.' desus hatinya. dia menutup kembali tingkap tersebut dan tatkala dia ingin mengunci tingkap itu, tiba-tiba satu susuk tubuh seorang wanita yang berlumuran darah di bahagian mukanya melekap di cermin tingkap itu. sepantas kilat Aishah menjerit.
"argh!!!!!!!!!!!!!"
Aishah bingkas bangun. azan subuh berkumandang.
"astagfirullahalazim... mimpi rupanye.."
dia menekup mukanya, memikirkan sejenak tentang mimpinya tadi. tiba-tiba, 
tuk! tuk! tuk!
"woi! cepat la siap! ko ariney ade kelas Prof Tengku. lambat kang, ko yang dapat bala."
suara nyaring Aina, housemate Aishah jelas kedengaran dari luar bilik Aishah.
"yela! yela! aku da bangun ney!"
"cepat sikit bersiap. ko tu bersiap da la berjam-jam. macam tuan puteri."
"ala.. ko pown same je. kate orang pulak."
Aishah membalas dari dalam bilik. dia cepat-cepat bangun, menarik tualanya lalu melangkah ke dalam bilik air. mindanya ligat memikirkan mimpi ngerinya tadi. seperti ada yang tidak kena dengan mimpinya.
"macam lain macam je mimpi aku tadi. rasa macam real je."
Aishah bermonolog sendirian di dalam bilik air.

BAB 2

"beb! malam tadi aku mimpi benda pelik la."
"ko mimpi apa? balak ko berpaling tadah ke?"
"ish ko ney! tu bukan mimpi pelik. tu mimpi buruk. nightmare ko tau."
"yela.. mane la tau. hehehehehe..."
Taz ketawa kecil tatkala melihat reaksi Aishah apabila dikenakan. Aina yang sedari tadi fokus memandu kereta pula bertanya dengan nada serius.
"ko mimpi ape, Cha?"
"eh! apsal ko serius sangat ney? rilex laa.."
"mane ade serius! aku na concentrate drive laa."
"na concentrate tapi sempat lagi na bertanya. terserlah kebizibodian ko, Aina"
"yela! yela!"
"alalala.. merajuk la tu. yela nanti aku cite ea. sekarang ney tugas ko, ko drive dengan penuh berhati-hati ea."
"woooo oooh.. aku da la macam driver korang, duduk sensorang kat depan ney. yang korang da macam big bos duduk belakang dua-dua tu, pehal?!"
"ala.. rilex laa. balik nanti aku pulak yang drive. hehehehe..."
Aishah bergelak tawa bersama Taz melihat keletah Aina. Aina pula hanya tersenyum. 40 minit perjalanan, mereka sampai di tempat parking kereta universiti kebangsaan malaysia. Aina meletakkan kereta di tempat biasanya. mereka keluar dari kereta.
"Cha, aku taw nanti ko cite kat aku ea."
Aina bersuara. Aishah terseyum dan membalas.
"yela.. ok, bye! jumpa nanti ea. aku tunggu korang kat kete."
Aishah berjalan seoarng diri menuju ke dewan kuliahnya. manakala Aina dan Taz pula pergi bersama-sama. mereka berdua mengambil course yang sama iaitu, fashion designer dan Aishah pula mengambil course art and directing. Aishah memang berminat dalam bidang lakonan sejak kecil lagi. mungkin kerana darah seni yang diwarisi daripada ibunya masih mengalir di dalam dirinya. dari jauh, Aishah terdengar gelak tawa Taz dan Aina. Aishah hanya tersenyum. tidak dinafikan antara mereka bertiga, Aishahlah yang paling matang walaupun mereka sebaya.

BAB 3

"ok, sume paham ea. ade apa-apa soalan?"
suara Prof Tengku, pensyarah yang paling digemari Aishah bergema di dalam dewan kuliah.
"ok! kalau sume tade masalah, tade soalan, saya na bagi assignment la. macam biasa. assignment ney melibatkan kerja berkumpulan. so, siapa yang leader kumpulan tu datang ke depan. saya na bagi task."
"weyh, Aishah! ko je la yang jadik leader."
Ika menepuk bahu Aishah dan menyuruhnya pergi.
"aku?? aku jugak yang kena?"
"ko je la. kitorang ok je."
giliran Aimie menyokong.
"erm.. yela! yela!"
Aishah berlalu pergi ke Prof Tengku untuk mengambil task. dia kemudian kembali kepada rakan-rakannya dengan membawa task.
"weyh, korang! kali ney assignment kita seronok taw."
"hah! pasal ape?"
Zack bertanya, tidak sabar mahu mengetahui task tersebut.
"kali ney kita kena buat filem kita sendiri."
"wow! best glur!"
"taw takpe. ok, kita kena buat cerita horror. so, korang ade idea tak?"
Aishah bertanya kepada rakan-rakannya yang lain iaitu Ika, Hada, Senah, Fatin, Aus, Gaban, Danny, Naz, Zulfie, Hafiz, Kecik, Aimie, Iish, Ieta dan Zack.
"mana nak datang idea kalau ko tanya on da spot cmney. ney filem first taw. kite kena buat gempak sikit."
Kechik bersuara sedikit merungut.
"hahaha.. ye ta ye gak kan. ok la. kalau macam tu, kita jumpa esok je la. erm.. sebelum tu, kita bincang pasal tugas masing-masing."
"aku rase, kita maintain kan tugas sama macam dulu laa."
Hada memberi cadangan.
"aku setuju! senang! ta payah na pikir-pikir lagi."
Gaban mengangkat tangan dan bersetuju manakala yang lain sekadar mengangguk.
"ok. kalau sume da pakat setuju, kita maintain kan tugas and esok jangan lupa kita buat discussion kat tempat biase."
perbincangan ditamatkan dan masing-masing mengangkat punggung dari tempat duduk. tiba-tiba...
"aaaaa.... dia da datang da.. ahah! da mai da..."
Zulfie bersuara tapi semua tidak memahami maksud Zulfie.
"ko ney pehal, Zulfie?"
Ika bertanya.
"jap.. jap.. korunk duduk dulu. da sampai da ney."
"ape yang da sampai?!"
"idea!"
"laa.. ingatkan ape la tadi."
"duduk dulu. duduk dulu. sebelum idea ney lari, biar aku cite dulu."
Zulfie pown membentangkan ideanya.
"eh! best gak cite ko ney. kenkadang pale ko ney bole guna gak ea."
Aimie sekadar bergurau.
"Mie, agak-agak Mie. menusuk ke dalam la ayat ko ney."
"hahaha.. haa. gaduh.. gaduh.. ok! ok! cite ney menarik but kita kena la tanya pelakonnye dulu. amacam Naz, Atin?? bole cite ney?"
"eh! aku nan Atin ok je. ko bagi cite apa pown ok."
"good! ok la! sume da setuju. da la. esok kita bincang lagi ea."
mereka semua bersurai menuju hala masing-masing.

BAB 4

Aishah meraba-raba poket seluarnya untuk mecari telefon bimbit.
"mane pulak henpon aku ney? time aku caik takde, time ta caik,bersepah-sepah depan mate."
Aishah mengomel. tangannya giat mencari telefon bimbit. setelah menjumpai telefon tersebut, dia lantas menekan-nekan punat yang ada. belum sempat dia meletakkan telefon bimbitnya di telinga, sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam berhenti di hadapannya. Aishah masuk ke dalam kereta tersebut. dia duduk di bahagian penumpang di sebelah pemandu.
"laa.. i baru na call. da abes class?"
"hm.. lain kali ta payah call. bazir kredit je. i mesti datang tepat pada watunya. hehehe.. hm.. i abes awal ariney. En. Hamid ade emergency. bini dia na bersalin kowt."
"eleh. tepat pada waktu konon. salunya i yang berpanas na nunggu u datang."
balas Aishah sambil melirik matanya ke arah Acong, kekasih hatinya itu. Acong hanya tersenyum. beberapa minit kemudian dia bertanya.
"na makan kat mana?"
"tempat biasa la."
"ala.. asek kat situ je. bosan la. tempat lain la pulak. mc d na?"
"ha! tu la pangai u. cepat sangat bosan. lama-lama nanti, dengan i pun u bosan."
bebel Aishah. Acong yang sedari tadi tersenyum cuba memujuk.
"ala.. dengan u, i ta kan bosan. trust me."
"suka hati u la."
Aishah menutup bicara. di dalam hati, dia berasa begitu bangga apabila Acong berkata demikian. tiga puluh minit kemudian, mereka pun sampai di McDonald. mereka keluar dari kereta dan jalan beriringan masuk ke dalam McDonald. Aishah duduk di sudut restoran manakala Acong ke kaunter memesan makanan. begitu ramai orang di situ. sepuluh minit kemudian, Acong datang dengan dulang makanan.
"so, ade ape-ape cite baru?"
"ta de pape. erm.. tadi Prof Tengku bagi assignment baru tau. kena wat filem. cite horror. erm.. u ade tempat ta?"
"u na tempat yang macam mana?"
"tempat-tempat yang seram la. macam kat rumah tinggal ke, asrama tinggal ke."
Acong berfikir sejenak.
"ha! kat ujung kampung i ade satu rumah tinggal orang. orang kampung cakap rumah tu berhantu. i pun pernah tengok rumah tu. bole tahan seram la."
Acong memberi penjelasan.
"erm.. bagus lah kalau macam tu. esok u free?"
Aishah dengan excitednya bertanya.
"esok petang baru i free. pagi i ade class Prof Isa. knape?"
"erm.. i na mintak u tolong tunjukkan tempat tu esok. bole?"
"ouh.. erm.. yela. yela. esok i amek u kat tempat tadi."
"ok!"
mereka sambung makan burger yang besarnya hampir menyamai dua genggaman tangan. Aishah kemudian bersuara.
"erm.. malam tadi i ade mimpi pelik tau."
"u mimpi ape?"
"mimpi hantu. tapi mimpi tu nampak real sangat. menyeramkan!"
"hantu apa?"
"entah la. tapi kan hantu tu macam perempuan yang i pernah kenal je."
"ala.. mimpi je. mimpikan mainan tido."
"yah i noe. but mimpi tu mang nampak real."
"ala. abaikan la. mimpi je."
Acong menyambung menyuap burger ke dalam mulutnya. Aishah hanya memerhati dengan perasaan yang kurang berpuas hati. tiba-tiba telefon bimbit Aishah berdering.
"hello.. assalamualaikum.."
"amboi, manjenya suara! woi! ko kat mana?! sekarang da pukul bape?! ko janji ko nak drive kan.."
suara Aina yang lantang dan soalan yang bertubi-tubi membuatkan telinga Aishah bingit.
"ops! sorry! sorry! aku terlupa. okay! okay! aku datang sekarang.."
"ko kat mana ney?"
"aku kat McD. dengan Acong. nanti aku sampai sana."
"hm.. da! ta payah la. ko dating la nan buah hati pengarang jantung ko tu. aku dengan Taz balik dulu."
"ouh.. erm.. ok! sorry beb! bye!"
"sape tu?"
Acong bertanya setelah Aishah mematikan panggilan.
"kalau da kecoh macam tu, Aina la."
"hahaha.. dia memang macam tu ea. keco je.."
"kekecohan dia tu la yang mewarnai kehidupan kitorang. kalau dia tak de, alamatnya memang boring la duduk kat rumah tu."
Acong hanya mengukir senyuman.

BAB 5

Aishah berjalan keseorangan di dalam kegelapan. kiri, kanan, depan dan belakangnya di kelilingi hutan. entah mengapa, dia merasakan kakinya seperti bergerak dengan sendirinya. beberapa minit berjalan, langkahnya terhenti di hadapan rumah banglo yang tersergan indah. dia berjalan ke arah pintu rumah tersebut. diketuknya beberapa kali, namun tiada jawapan. belum sempat dia membuka pintu itu, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya seperti mengalu-alukan kedatangan Aishah. Aishah melangkah masuk ke dalam rumah itu. kemudian, pintu tadi tertutup. Aishah terkejut namun diteruskan langkahnya ke ruang tamu. kelihatan semua perabot diselubungi dengan kain putih. dia melangkah pergi ke arah meja kecil. banyak gambar ada di atas meja itu. ditatapinya satu persatu. kemudian, dia menatap pula satu foto seorang perempuan. cantik.
"sape perempuan ney?"
tatkala Aishah berkata-kata sendirian, tiba-tiba lampu rumah tersebut terpadam. sayup-sayup kedengaran suara meminta tolong.
"tolong... tolong... tolong..."
Aishah berasa seram. berdiri bulu romanya.
"siapa tu?"
Aishah memberanikan dirinya bertanya.
"tolong... tolong... tolong aku..."
semakin sayup kedengaran. Aishah menjejaki suara tersebut sehingga sampai ke satu pintu. dia meraba-raba di dalam kegelapan mencari tombol pintu. pintu dibuka perlahan-lahan lalu...
"arghhhhh!!!!!!!!"
"weyh! weyh! bangunlah! yang ko menjerit macam kena rasuk hantu ney pehal?!"
Taz menggoncang-goncang tubuh Aishah setelah melihat rakannya itu meracau tidak tentu arah.
"Astagfirullah..."
"asal ney?? mimpi hantu lagi??"
tanya Taz sambil melabuhkan punggungnya di tepi katil Aishah.
"ha ah la Taz. aku mimpi hantu lagi."
"ko ney mesti tido ta basuh kaki kan?!''
"hantu yang sama, Taz!"
kata Aishah mengingatkan kembali mimpinya. dia tidak mengendahkan kata-kata Taz 
"hantu tu, hantu yang sama. perempuan. muka dia ada kesan kena kelar. muka perempuan tu aku pernah...."
"da! da! tak payah ko nak merepek lagi. mimpi kan mainan tido."
"tak! tak! muka perempuan tu macam aku pernah tengok. macam aku pernah kenal. tapi aku ta ingat. dia... dia mintak tolong kat aku."
Taz tergamam. dia diam seketika. Aishah menatap wajah Taz.
"weyh! asal ko senyap je?"
"eh! jap! jap! semalam, ko mimpi...."
"ha! yela! perempuan yang ada dalam mimpi aku semalam, perempuan yang sama dalam mimpi aku hari ney.."
"kiranya.. ko mimpi hantu yang sama cam semalam."
Aishah hanya mengangguk. mereka saling berpandangan buat seketika.
"oh! ok! ok! kita lupakan dulu pasal mimpi tu. now, baik ko bersiap, mandi ke, apa ke. da pukul bape ney. de class kan hari ney. jap agey, housemate kesayangan ko tu ngamuk lak."
"ya Allah ya Rabbi ya Karim.. ta siap lagi....! weyh, da pukul bape da ney?? cepat la siap!"
Aina tiba-tiba terpacul di muka pintu bilik Aishah.
"alamak, Taz! naga tasek chini da datang.. tu la. sape suruh ko seru nama dia.."
Aishah berkata justeru bergelak tawa bersama Taz. Aina kebingungan.

BAB 6

sudah hampir sejam Aishah dan Ika menunggu Acong di bawah pohon rendang itu.
"mana dia ney? janji pukul bape, datang pukul bape?!!"
"relax laa.. jap lagi datang la tu. sabar ea.."
balas Ika menenangkan Aishah yang seakan marah. tidak berapa lama kemudian, kereta Honda bernombor pendaftaran ACHA 3481 pun sampai.
"sorry! i terlambat!"
"eh! ta la. u ta lambat. i baru dua minit tunggu u kat sini."
balas Aishah sambil menjeling Acong. Acong hanya mengukir senyumanlantas dia mengambil cermin mata hitam di atas dashboard dan memakainya. Aishah memandang gerak-geri kekasihnya itu sambil tersenyum. di dalam hati, dia mengakui ketampanan kekasihnya itu.
"eh! kanpe u pandang i macam tu. macam na telan i je."
"ta de pape. erm.. smart u pakai spek ney."
Acong tersenyum. Ika yang duduk di tempat duduk belakang tersenyum melihat gelagat mereka berdua. terdetik di hatinya, 'beznya dorang.. romantik betul.. kalau la kebek macam ney, kan bez.' Ika mengelamun.

**********************************************************************************

"sayang! sayang! bangun la. da sampai. Ika! bangun! da sampai ney."
Acong mengejutkan Aishah dan Ika. Aishah bangun, mengeliat. dia masih dalam keadaan mamai. begitu juga dengan Ika.
"apa la u ney. jalan ta jauh pun bole tido."
"abes da nantok, na wat camne?"
Aishah membalas. kemudian, dia memandang sekelilingnya. hutan!
"eh! kita kat mana ney??"
"laa.. ta kan kat Paris kowt."
"i taw la bukan Paris."
"hehehe.. kita kat tempat u suruh i bawak u la."
"ta nampak bayang rumah pown?!"
"rumah tu kan depan sikit. kereta ta bole masuk, jalan sempit. so, kita kena jalan kaki la."
"ok! Ika, jom!"
"na pergi mana??"
Ika bertanya dalam mamai.
"na pergi funfair, Ika."
"funfair??!"
"kita da sampai la!!"
"ouh.. da sampai ea."
mereka bertiga keluar dari kereta dan berjalan kaki menyusuri denai dan becak. seketika kemudian, mereka sampai di sebuah rumah banglo yang telah usang.
"erm.. i macam pernah nampak la rumah ney.."
Aishah berkata selepas melihat banglo tersebut. dia sedaya upaya memerah otak mengingatkan kembali. dan tiba-tiba...
"eh, u! i pernah mimpi pasal rumah ney. u ingat ta mimpi yang..."
"ala u ney.. ta habis-habis dengan mimpi u tu. da la. jom masuk."
Acong menarik tangan Aishah.
"aaa.. ta pe! ta pe! ape kate u bukak pintu tu dulu. pastu u masuk dulu. after that, baru i dengan Ika masuk."
"u ney.. pengecut la pulak."
Acong membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.
"weyh, cepat sikit bole ta? gatal laa.. banyak nyamuk."
Ika mengeluh.
"ish ko ney! ape la. da kata kiri kanan hutan, mestilah banyak nyamuk."
"wey korang! jomlah..!"
Acong berteriak memanggil Aishah dan Ika. mereka pun pergi ke arah Acong dan mengekorinya meninjau keadaan dalam rumah itu. namun, dalam minda Aishah ligat berfikir.'aku macam pernah pergi la kat sini. tapi bila ea?'
"weh! yang ko tercegat kat pintu tu pehal? cepat la!"
teriak Ika apabila melihat Aishah yang tidak berganjak dari muka pintu.
"oh! ok! ok!"
Acong, Aishah dan Ika meninjau rumah tersebut selama 30minit. mereka meninjau ruang tamu, dapur dan tingkat dua.
"Aishah! Acong! jom la balik.. gatal la weyh. banyak nyamuk."
Ika bersuara kerana sudah tidak tahan dengan gigitan nyamuk.
"ish ko ney. kita belum tengok satu-satu bilik lagi. nanti la sulu."
Acong membantah.
"erm.. tape la. esok-esok i boleh satang sendiri dengan member. kita balik sekarang la. kesian Ika tu. tergaru-garu dari tadi."
"erm.. yela. yela. jom!"

**********************************************************************************

"weyh, Acong! mana ko taw ade rumah kat situ ha?"
"sibuk la ko ney, Ika! da kampung aku, aku taw la!"
"ok, fine! orang tanya elok-elok, ko jawab macam tu."
Ika menjawab dengan nada yang bengang. Acong pula ketawa melihat reaksi Ika. Aishah hanya tersenyum.
"mana u taw ade rumah kat situ?"
"masa cuti sem dulu, member i bagitaw ade rumah kat sini. ala.. lagipun orang kampung dulu ade gak cite pasal rumah tu."
"oh, kau! Aishah tanya, bukan main lembut ko jawab. aku tanya, macam na putus urat leher ko bercakap."
suara Ika yang lantang kedengaran dari belakang. nadanya seakan marah.
"ala.. tadi tu aku main-main je la."
Acong memujuk. dia kemudian meneruskan ceritanya tentang rumah tersebut.
"i dengar orang kampung cakap tu rumah tinggalan satu keluarga kaya. dalam family tu ada sorang anak dara. pastu, ada sorang mamat ney, dia suka kat anak orang kaya tu, tapi anak orang kaya tu ta layan. mamat tu pown bengang and dendam kat anak orang kaya tu. sampai la satu hari tu, mamat tu jumpa anak orang kaya tu and..."
tiba-tiba telefon bimbit Aishah berdering.
"hello."
"hello, weyh, ko kat mana sekarang?"
suara Aina kedengaran dalam talian.
"aku on the way na balik. kenapa?"
"tade pape. erm.. cepat sikit ea."
"ok! ok! jap lagi aku sampai."
klik! Aishah mematikan panggilan.
"ok, teruskan cerita u tadi."
"tu sape call?"
"Aina. cepat la sambung cerita tasi."
"ok! erm.. da sampai mana tadi?"
"aaa.. mamat tu jumpa nan anak orang kaya tu, then?"
"haa.. u taw apa mamat tu buat?"
"mana i taw. but, let me guess. erm.. that guy bunuh anak orang kaya tu ea?"
"exactly! sebelum dia bunuh, dia rogol onak orang kaya tu dulu. and u na taw camne dia bunuh anak oran kaya tu?"
"nak! nak! nak!"
"tapi kalau i cite u jangan geli plak."
"u cite je laa.."
"mamat tu toreh muka onak orang kaya tu dengan pisau tanpa belas kesian pown. maybe, dia marah sangat kowt."
Aishah terkejut mendengar penghabisan cerita Acong itu. 'muka kena toreh? macam dalam mimpi aku je..' hati Aishah berbisik. namun, dia tidak memberitahu Acong.
"laa.. patut la senyap je. da tertidur rupanya radio karat kat belakang ney."
suara Acong menghentikan lamunan Aishah. Aishah menoleh ke belakang.
"ha ah. patut la senyap."
Aishah berkata. bersetuju dengan Acong apabila melihat Ika sudah tertidur di tempat duduk belakang. mereka tertawa kecil.

**********************************************************************************

"ha.. balik pown budak ney. aku ingatkan da hilang map."
Aina menyindir Aishah yang baru pulang. Aishah yang keletihan masih mampu tersenyum.
"weyh, ari ney ade special guest na jumpa kau."
Taz memberitahu Aishah.
"special guest? sape?"
"dia ade kat lam toilet. nanti dia keluar la tu."
Aishah kehairanan. ta lama kemudian, seorang perempuan keluar dar tandas sambil membetul-betulkan seluarnya. Aishah terkejut melihat perempuan tersebut sehinggakan beg tangan terlepas dari genggaman. perempuan itu juga terpaku melihat Aishah dan tiba-tiba..
"AISHAH!!!"
"KIERA?!!"
"ya Allah, Aishah da lama ta jumpa kau..."
"ye la, Kiera. da bape tahun da ta dengar khabar."
Aishah dan Kiera berpelukan. gembira bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa. mereka berdua merupakan teman rapat ketika berada di MRSM Batu Pahat. namun, mereka terputus hubungan apabila Kiera dapat melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
"eh, ko datang sorang je ke?"
Aishah bertanya setelah meleraikan pelukan. Taz dan Aina hanya memandang.
"mana ada. aku datang dengan sumone. tadi keluar, belikan makanan."
"sumone? sape?"
tanya Aishah sambil mengangkat keningnya.
"adelah. jap lagi dia datang aku kenalkan kat ko ea."
"pacar ko ke?"
"takde la. teman tapi mesra."
"eley..."
Aishah menghabiskan kata-katanya lantas menyiku Kiera. Aina yang berdiam diri sejak tadi mula bersuara.
"erm.. da abis da sesi jejak kasih korang?"
"eh! lupa pulak ade korang."
tiba-tiba ada suara garau memberi salam dari muka pintu.
"assalamualaikum.."
"walaikumsalam.."
Aishah menjawab salam dan berpaling ke pintu. alangkah terkejutnya Aishah apabila melihat Arif yang berada di muka pintu itu.
"eh. Arif? ko buat apa kat sini?"
Aishah hairan.
"laa.. apa punya soalan le. ta kan la aku datang sini na beli enjin moto pulak."
Arif menjawab sambil tersenyum. Aishah semakin blur. Kiera yang melihat Aishah semakin hairan itu mula menerangkan situasi sebenar.
"Aishah, ney la sumone yang aku cakap tu."
"ouh.. korang stil together ea.."
"aa.. da. da. pape hal pown, aku da lapar. aku na makan. perut da berbunyi ney. sape na join, meh sini."
Arif berkata lantas meletakkan polistrin yang berisikan mee goreng di atas meja. mereka pown makan bersama-sama.
"korang stay kat sini bape hari?"
"ariney jep. jap lagi da na balik da."
"ala.. kejap nye. stay la 2, 3 ary lagi."
"kitorang da kena balik Perlis la. kerja banyak."
Kiera memberi penjelasan kepada Aishah. selesai makan, mereka berbual dan tepat 11 malam, Kiera dan Arif bertolak ke Perlis.

BAB 7

"ok, guys! ariney kita akan pergi ke lokasi penggambaran. hope korang semua da ready. erm.. barang-barang semua da masukkan dalam van?"
"semua da siap!"
Hafiz berkata membalas pertanyaan Aishah.
"ok. aku da check in satu villa yang ada kat situ. villa tu pown ta jauh dri lokasi kita. so, kita pergi villa dulu. pastu korang lepak jap. after that, baru kita pergi lokasi kita.okay?"
"orait!!!"
semua bersetuju. mereka pown masuk ke dalam van dan bertolak ke villa tersebut. Ika, Hada, Fatin, Aishah dan Naz menaiki kereta Aishah dan yang lain, di dalam van.

**********************************************************************************

"walamak!!! ney villa ke istana?!!"
Aus teruja melihat rumah seakan istana yang tersergam indah di hadapannya.
"villa la ney. ta nampak tu, Villa Idaman Bongsu."
Senah berkata sambil menunding jari ke arah papan tanda yang ada di tepi villa itu.
"ok! now, korang lepak-lepak dulu. dalam 3.30 nanti baru kita pergi kat lokasi."
Aishah memberi arahan dan yang lain menuruti.

**********************************************************************************

"mak aih! gila kentang! kita na berlakon kat sini ke?"
"laa.. abis tu, buat la aku bawak korang ke sini."
Aishah berkata apabila melihat Zulfie yang begitu terkejut.
"gila ah! betul punya seram rumah ney. weyh, kat sini ada hantu ta?"
"shhh...! mulut jangan la celupar sangat. jangan la sebut perkataan tutt tu."
Aishah memberi amaran kepada Zulfie. dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku semasa penggambaran ini berlangsung. sedang mereka khusyuk meninjau kawasan rumah tersebut, tiba-tiba terdengar jeritan Iish dari tingkat dua.
"arghhh!!!!!"
Danny yang berada berdekatan dengan tangga terus naik ke tingkat dua dan meluru ke arah Iish. yang lain mengikut Danny.
"Ish, ko ok ta?"
Danny bertanya kepada Iish setelah mendapati Iish berada dalam cemas dan ketakutan. Iish tidak bersuara tapi hanya menuding jari ke arah satu anak patung yang terbaring di hadapannya.
"patung? kenapa dengan patung ney?"
Danny memegang patung yang telah terkoyak di bahagian muka itu. dia kehairanan.
"tadi... tadi... tadi... aku nampak patung ney.. patung ney.. darah..."
"hah?! darah?! patung ney berdarah? patung mana ada darah.."
Danny bertanya sambil membelek-belek anak patung itu.
"ok! ok! da! da! Danny, ko letak balik anak patung tu atas katil. yang lain turun bawah. kita siapkan barang. kalau bole, kita siapkan sebelum maghrib ney."
Aishah memberikan arahan, menenangkan keadaan. Danny meletakkan anak patung itu di atas katil manakala yang lain pula turun menyambing tugas masing-masing. sebelum menutup semula pintu bilik itu, Danny sempat menoleh anak patung tadi sekilas pandang. 'darah?! pelik la. muka patung tu terkoyak. sape yang buat?'
bisik hati Danny dan terus menutup pintu bilik itu.

**********************************************************************************

di villa, selepas makan malam, Aimie menghampiri Iish. dalam nada yang separuh berbisik, Aimie bertanya.
"weyh, Iish! apa yang ko nampak tadi?"
Hada yang berada berdekatan situ, juga menyampuk.
"ha ah la, Iish. ko kenapa tadi?"
"entah la. maybe ilusi aku je kowt."
Iish menjawab ringkas. Ika, Fatin, Senah dan Ieta mula mendekati Aimie, Hada dan Iish.
"Iish, ko ok ta sekarang?"
tanya Ieta dengan muka yang selamba.
"im fine."
"cerita la apa yang jadik sebenarnya."
"entah la. aku pown ta sure dengan apa yang aku nampak. aku lalu depan bilik tu, pastu aku dengar suara orang menangis dari situ. bila aku buka je pintu, ade anak patung jatuh deoan aku. aku amek la patung tu. muka dia da terkoyak. and tiba-tiba, dari bahagian yang terkoyak tu, mengalir darah. aku apa lagi, terkejut and menjerit la. aku campak anak patung tu pastu korang pulak datang."
"muka dia berdarah? tapi kitorang tengok ta pown. just terkoyak je."
Fatin bersuara selepas mendengar cerita Iish.
"tu yang aku pelik. time aku sorang-sorang tu, betul-betul aku nampak dia berdarah."
"hm.. pelik la."
Fatin berkata. mereka semua terdiam. masing-masing pelik dan seram mendengar cerita Iish tadi. Gaban dan Zack memandang dari jauh. tiba-tiba terdetik jiwa nakal Gaban untuk mengenakan budak-budak perempuan tersebut. dia mengambil bantal lalu membalingnya ke arah mereka.
"argghh!!!"
semua budak perempuan tersebut menjerit terkejut manakala Gaban dan Zack pula ketawa terbahak-bahak.
"siot ko, Gaban! terkejut la, ngok!"
Aimie bersuara separuh menjerit. Hafiz yang baru datang dari dapur terkejut mendengar Aimie berteriak.
"apsal ney? terjerit-jerit?"
"Gaban tu1 dia kacau kitorang tadi."
Aimie mengadu kepada Hafiz sambil menuding jari ke arah Gaban dan Zack yang belum habis tertawa.
"korang watpe kat dorang?"
Hafiz bertanya kepada Gaban dan Zack.
"aku baling bantal je kat dorang. tu pown nak terkejut. haha.. feeling sangat dengar cerita Iish tu."
Gaban memberi penjelasan lantas menyambung gelaknya.
"adoyai korang ney. macam budak-budak la."
Hafiz berkata sambil berlalu pergi ke biliknya. namun, dia sempat memandang ke arah Aimie sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Aimie membalas senyuman Hafiz.

**********************************************************************************

di bilik, Aishah duduk berehat di atas katil sambil menyelak majalah Remaja. tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering.
"hello. assalamualaikum."
"walaikumsalam. hai. tengah buat apa?"
suara macho Acong kedengaran di talian.
"ta buat pape. nga rilex-rilex je. baca majalah."
"okey ta kat sana?"
"okey je. cuma tadi ada insiden sikit."
"insiden? knape?"
"nantilah. kalau u datang sini, i cerita."
"oh, ok! esok i datang."
"eh, u tade klas ke?"
"ade. tapi sampai tengahari je. petang i bole datang sana. rindu la kat u. sebab tu na datang."
"eleh, gatal!"
Aishah membalas kata-kata Acong sambil tersenyum.

**********************************************************************************

di bilik istirahat, kelihatan Fatin dan Naz sedang berlatih lakonan untuk esok. mereka berlatih bersungguh-sungguh demi mendapatkan score yang perfect daripada Prfo. Tengku. setelah penat, Fatin duduk di atas sofa sambil berkata.
"weyh, Naz! da la. aku letih la. stop dulu ea."
"ish ko ney. baru kejap da penat."
"kejap ko kate. weyh, hello! kita start 8 malam tadi and now ko tengok jam kat tangan ko tu pukul bape?"
"ala.. baru 12.30. awal lagi."
"tengkorak mu! na dekat 5 jam da kita berlatih ney. aku da nantok da ney."
"eleh. weyh, tadi Iish kenapa ha?"
"Iish??"
Fatin separuh menjerit. meremang bulu romanya apabila mengingatkan kembali cerita Iish.
"erm.. esok je la aku cerita. ta bole cerita malam-malam ney."
"asal?! takut hantu ea?"
"ish, ko! mulut tu jangan celupar sangat."
Fatin memberi amaran kepada Naz. seketika kemudian, Fatin dan Naz keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik masing-masing untuk tidur.

BAB 8

"erm.. samalam kenapa?"
Acong bertanya lantas menyuapkan mee ke dalam mulutnya.
"entah. Iish yang kena. masa tu kitorang kat bawah. dia je kat atas. pastu tiba-tiba dia menjerit. kitorang naik la atas. tengok Iish da menggigil and ada anak patung kat depan dia. anak patung tu pulak da terkoyak mukanya. pastu Iish ada sebut perkataan darah. i pun ta taw apa yang jadik sebenarnya. i malas na tanya dorang. takut makin menakut-nakutkan dorang pulak."
jelas Aishah.
"patung?! apa kena-mengena patung dengan darah?"
"i pown ta taw."
"erm.. ilusi je kowt. maybe dia terbayang-bayang ke.."
"entah la.."
mereka terdiam. seketika kemudian, Aishah bertanya.
"u ingat lagi ta pasal mimpi i yang i pernah cerita kat u tu?"
"mimpi pasal hantu tu? ingat! nape?"
"sejak kitorang datang banglo tu, tiap-tiap malam i mimpi benda tu."
Acong terdiam seketika mendengar kata-kata Aishah. dia memandang Aishah yang sedari tadi tidak lepas dari memandangnya. kemudian, dia bertanya kepada Aishah.
"mimpi u yang ada pompan tu ke? yang u kata macam real tu?"
"yela. dalam mimpi tu, pompan tu mintak tolong dengan i. and one more thing, muka dia ada kesan.... toreh.."
"hah?! toreh?!"
Acong terkejut mendengar kata-kata Aishah. Aishah menyambung ceritanya.
"erm.. pelik kan. mimpi i tu macam sama ngan cerita yang u cerita kat i pasal banglo tu. erm.. u rasa, mimpi i ada kena mengena ke dengan banglo tu?"
Aishah bertanya kepada Acong. Acong diam seketika. berfikir. kemudian, dia bersuara.
"ala.. merepek la. mimpi je kowt. selalunya orang kata dina mimpi dengan dunia realiti ney terbalik."
"tapi i rasa mimpi tu macam...."
"da la tu. erm.. u shooting pukul bape ney?"
Acong mengubah topik.
"erm.. pukul 5 nanti. habis malam kowt."
"habis malam? i na join! saja nak tengok-tengok."
"boleh! jom la!"

**********************************************************************************

di banglo, Naz dan Fatin sedang bersiap-siap untuk shooting. Naz sedang memperbetul rambutnya manakala Fatin sedang make-up di depan cermin. seketika kemudian, Fatin bersuara.
"weyh, Naz! malam tadi aku ada mimpi..."
"hantu?!"
Naz memotong ayat Fatin. Fatin yang terkejut, terhenti daripada make-up. dia memandang Naz yang hanya membuat muka selambe.
"mana ko tau ney?!"
Fatin bertanya kehairanan.
"aku pown mimpi hantu jugak. ko mimpi pasal apa?"
"entah la. aku ta ingat sangat. yang aku ingat, ada suara mintak tolong. pastu aku nampak hantu tu muka dia macam kena..."
"toreh?!"
berubah air muka Fatin apabila Naz meneka dengan betul.
"weyh, Naz! kita mimpi benda yang sama ke?"
"yup!"
"weyh, ko ney! bagi la respon yang baik sikit."
"la.. ney respon ta baik ke? aduh.. rilex la. mimpi je kan."
Fatin membuat muka ta puas hati mendengar kata-kata Naz. seketika kemudian, Ieta datang.
"Fatin! Naz! cepat. da na start ney!"
"ok! ok! jap lagi kitorang datang."
Naz membalas panggilan Ieta. Naz kemudian memandang Fatin yang sedang termenung.
"woi! da la tu. tu kan mimpi. ta payah la ko pikirkan sangat. da la, jom! dorang da panggil da tu."
Naz menghentikan lamunan Fatin dan kemudian menarik tangan Fatin.

**********************************************************************************

"camera, ready?"
"yup!"
"lighting ok?"
"okay!"
"standby and.... action!"
"weyh, rumah ney lain macam je. meremang bulu roma aku."
"apa yang lain macam nye. kita da tade tempat lain da. kita da sesat dalam hutan ney, tiba-tiba hujan pulak, da jumpa rumah ney da kira untung la. ada gak tempat na berteduh."
"memang la. tapi aku ta sedap hati ney."
"kenapa? kau takut? takut ada hantu?"
"ish, kau! mulut tu jaga sikit. sekarang ney malam taw."
"so, what?! ala.. mana ada hantu kat dalam dunia ney. kalau ada, cuba la kau tunjuk kat aku."
tiba-tiba, lampu terpadam dan terbuka berkali-kali tatkala Naz menghabiskan dialognya di dalam lakonan itu. Aishah bangun dari tempat duduknya lalu berteriak.
"cut! weyh, Gaban! apehal ko main lampu pulak ney?!"
Aishah memarahi Gaban yang ditugaskan sebagai penata cahaya.
"weyh! aku ta buat apa-apa la. tengok ney."
Gaban membalas kata-kata Aishah lantas menangkat tangannya menunjukkan yang dia tidak menyentuh suis lampu. sementara itu, lampu masih terpadam dan terbuka. terpadam dan terbuka. terpadam dan terbuka. mereka semua terkedu. dalam kesunyian itu, tiba-tiba guruh berdentum.
GROOMGHHHHHHH!!!!
mereka semua terkejut dan memandang antara satu sama lain.
"ok, guys! kita stop dulu sampai sini je. kita balik villa dulu. esok kita sambung lagi. cuaca cam ta elok je. erm.. ok la! kemas barang dulu."
Aishah memberi arahan dan semua menuruti. sesudah selesai mengemas, mereka berjalan dalam berkumpulan menuju ke van yang terletak 200 meter dari banglo itu. tiba-tiba,
"weyh, Aimie mana?"
Hafiz bertanya setelah mendapati Aimie tiada di situ.
"alamak! aku lupa dia la pulak. dia cakap kat aku dia na pergi toilet tadi. sakit perut."
Hada berkata sambil menepuk dahinya.
"erm.. tape la. aku pergi panggil dia kejap."
Hafiz terus berlari ke arah banglo tadi.
"weyh, aku ikot ko!"
Kecik menjerit lantas berlari bersama Hafiz. yang lain menunggu di luar van. suasana sunyi di van. hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. 5 minit kemudian, tiba-tiba..
"arghhhhh!!!"
jeritan Aimie kedengaran dari jauh. semua yang ada di situ terkejut. kelihatan Aimie yang sedang menjerit berlari dalam kegelapan ke arah van.
"korang.... korang.... korang... asal tinggal aku?! takut dowh.."
Aimie yang di dalam keadaan mengah hampi menangis kerana ketakutan. Hada meminta maaf kepada Aimie.
"Aimie, sori la. aku lupa ko pergi toilet."
"eh, Aimie! mana Hafiz dengan Kecik?"
Aishah bertanya setelah Hafiz dan Kecik tidak muncul-muncul.
"mana la aku taw. aku marathon sorang-sorang je tadi."
"weyh, Zulfie! call Hafiz!"
Zulfie pown cepat-cepat mendail nombor Hafiz dengan telefon bimbitnya. seketika kemudian, dia berkata.
"weyh, Hafiz ta angkat."
"try Kecik plak."
Aishah memberi arahan. dia cemas.
"weyh, henpon Kecik kat aku!"
belum sempat Zulfie mendail, Zack bersuara sambil menunjukkan telefon bimbit Kecik.
"adoyai. apesal fon dia kat ko plak?"
Danny bersuara seakan marah. Zack yang serba salah memberi alasannya.
"tadi fon aku tade bate....."
"ahh!! da la. biar aku pegi caik dorang."
Aus membentak. marah. Acong menarik tangan Aus tatkala Aus ingin berlari ke banglo.
"da! ta payah. kita tunggu kat sini je. jap lagi datang la tu."
Acong tenang berkata-kata. yang lain hanya terdiam.

**********************************************************************************

"weyh, Aimie! cepat la kuar. ko berak batu ke kat dalam tu?!"
Kecik menjerit sambil mengetuk pintu tandas itu. dia sudah tidak tahan menunggu Aimie. setelah diketuk berkali-kali, masih tiada jawapan dari dalam tandas.
"rilex laa. jap lagi keluar la tu. dia kan nga sakit perut."
Hafiz cuba menenangkan Kecik yang kelihatan marah. tidak lama kemudian, Aimie keluar dari tandas.
"Aimie, ko ok ta?"
Hafiz bertanya namun Aimie tidak memneri sebarang respon. dia hanya tunduk menyembunyikan wajahnya.
"pergh! da la orang punya la berlari na panggil dia. ney orang tanya, sikit pown dia ta jawab. nyirap aku!"
Kecik melepaskan kemarahannya sambil berjalan seiring dengan Hafiz. Aimie berjalan perlahan-lahan di belakang mereka tanpa sebarang suara.Hafiz pelik dengan perangai Aimie. tiba-tiba, telefon bimbit Hafiz berdering.
"Hello! korang kat mana?! cepat la! penat tunggu korang1"
suara Zulfie dengan nada marah hampir memecahkan gegendang telinga Hafiz.
"kitorang on da way la ney. Aimie ney baru keluar. "
"otak ko Aimie baru keluar! Aimie da 10 minit kat sini! da! ta payah na nipu kitorang!"
"hah?! Aimie da kat sana?!"
Hafiz terkejut. dia menekan punat 'Tamat Panggilan'. bulu romanya meremang. dia berkata kepada Kecik.
"Kecik! aku kira 1..2..3.. kita terus lari tau. jangan pandang belakang lagi. 1.. 2..."
"apesal lak? abis ko na tinggal Aimie ney?"
Kecik berkata lantas memandang ke belakang dan.... 
"huwarghhhhh!!!! hantu!!!!!!!!!!!"
Kecik menjerit. Hafiz yang tidak menoleh ke belakang mencapai tangan Kecik dan terus berlari. mereka berlari sepantas kilat.
"tu la. aku da cakap lari jangan pandang belakang."
"mana la aku taw!!"
tiba-tiba, mereka terdengar satu suara meminta tolong . sayup-sayup kedengaran.
"tolong!tolong! tolong!"
"eh, Hafiz! ada orang minta tolong laa."
"ko ta payah banyak cakap bole ta? lari je."
kemudian, suara tersebut hilang dan mereka pun sampai ke van.
"weyh,korang ney buat apa kat sana hah?"
Danny bertanya kepada Hafiz dan Kecik. dia bercekak pinggang menandakan marah.
"weyh! kita balik dulu bole ta? aku cerita nanti!"
Hafiz berkata dengan mengah dan cemas. Danny menuruti arahan Hafiz. mereka semua masuk ke dalam van dan kereta Aishah. van yang dipandu oleh Danny bergerak menuju ke villa dan diikuti dengan kereta Aishah yang dipandu oleh Acong.

**********************************************************************************

mereka semua duduk berkumpul di ruang tamu. keadaan di luar sedang hujan. Senah menghidangkan air teh panas untuk mereka.
"ai?! takkan air je? biskut ke kuih ke, ta de?"
Aus berkata dengan nada bergurau.
"wah! banyak hensem ko punya muka. aku buatkan air pun da kira bersyukur tau."
Senah membalas kata-kata Aus dengan nada yang geram. Aus hanya melemparka senyuman.
"hmm.. Hafiz, Kecik! cepat la cerita kenapa ko tadi?"
Gaban berkata. dia mendesak Hafiz dan Kecik kerana sudah tidak sabar ingin mendengar cerita mereka. Hafiz meminum seteguk air tadi lalu memulakan ceritanya.
"memula, kitorang sampai je kat banglo, aku nampak pintu banglo da terbuka. danny! ko orang last keluarkan?"
"ha ah! tapi aku tutup pintu la!"
"weyh! aku la yang bukak. aku lupa na tutup balik. cuak sangat masa tu bila tengok korang semua tade. aku lari je terus."
Aimie mencelah.
"argh!! ta kira la sape pun yang buka. pastu kitorang masuk dalam, naik atas. tengok kat toilet atas, tade orang. toilet dalam bilik pown tade orang. so, kitorang turun bawah na tengok toilet kat dapur. kitorang tolak pintu toilt tu, kunci. so, kitorang expect Aimie kat dalam tu. aku panggil tapi ta jawab. kitorang tunggu je la."
"ha ah. kitorang tunggu dengan penuh kesabaran. pastu, dia keluar. dia diam and tunduk je. orang tanya, ta jawab. pergh! time tu memang aku hot gila."
Kecik memotong cerita Hafiz.
"pastu tiba-tiba Zulfie call. kata yang Aimie da ada ngan korang. time tu aku memang da meremang tahap dewa la. kalau da Aimie dengan korang, sape yang kat belakang kitorang ney kan. aku terus ajak Kecik lari, jangan pandang belakang. yang Kecik ney pulak sengal. dia pegi pandang belakang pulak."
Hafiz mengetuk belakang kepala Kecik.
"aduh! sakit la, ngok!"
"weyh, Kecik! ko nampak apa time ko pandang tu?"
Zack bertanya kepada Kecik yang sedang menggosok-gosok kepalanya yang diketuk Hafiz. Kecik menjawab.
"aku nampak mahkluk ney, kaki dia da ta jejak tanah tau.cam terapung je. aku nampak muka dia... eeeii. ngeri! muka dia macam terbelah dua tau. pastu ada darah menitik-nitik. muka dia macam ade kesan toreh la."
"toreh??!"
mereka semua serentak menjerit.
"eh, apsal korang bertempik kat aku ney. rilex laa."
Kecik berkata sambil mengusap telinganya.
"weyh, korang! aku pernah mimpi hantu muka dia kena toreh. naz pown sama! but, hantu tu mintak... tolong taw!"
Fatin bersuara. Naz hanya mengangguk.
"aku pown pernah mimpi pasal mende uh. tapi aku wat bodo je la. mimpi je kan."
Zack berkata sambil menekan-nekan punat telefon bimbitnya. membalas mesej.
"weyh, Zack! ko bole stop main mesej ta? 24hours nan mesej ko tu. ney nga hal serius taw!"
Ika memberi amaran.
"jap la. aku nga reply mesej mak aku la."
"ish! da sah anak mak! kalau bole 24jam nak duduk bawah ketiak mak dia!"
"da mak aku bagi mesej. ta baik la kalau aku ta reply."
"yela!"
"arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!"
tiba-tiba Aimie yang sedari tadi diam termenung menjerit.
"astagfirullah.. yang ko ney pulak kenapa menjerit?"
"weyh, korang! aku pown pernah mimpi pasal benda ney!!"
Aimie berkata dengan nada cemas. yang lain terdiam. Acong yang berada di meja makan bersama Aishah memandang Aishah lantas berkata.
"u pown pernah mimpi benda tu kan?"
"shh.. jangan bagitau dorang."
Aishah membalas pertanyaan Acong sambil meletakkan jari telunjuk ke muncungnya.
"jap! jap! Fatin, Naz, Zack ngan Aimie mimpi benda yang sama. korang mimpi sejak kita datang banglo tu. erm.. aku rasa kan, mimpi korang tu ada kena-mengena dengan...."
"banglo tu?!!"
Aimie memotong kata-kata Hafiz. Hafiz memetik jari dan berkata.
"that right!!!"
semua terdiam. memandang antara satu sama lain.

**********************************************************************************

Aishah keluar dari bilik. tekaknya tersa haus. kering. dia melangkah ke dapur, membuka peti sejuk dan meminum air tin sprite. fikirannya dari tadi tidak henti-henti memikirkan apa yang sedang terjadi. tatkala itu, dia merasa seperti ada sesuatu yang melintas di belakangnya. bulu romanya meremang namun, tidak diendahkan. bayu malam berhembus menyentuh tubuhnya. dalam kesunyian malam itu, Aishah membuka almari dapur mencari kalau-kalau ada snek untuk menjadi santapannya.
"la.. snek da abis? ney mesti keje Ika ney."
Aishah mengomel seorang diri menghilangkan rasa takutnya. tatkala dia berpusing ke belakang...
"huwarghhh!!!"
dia menjerit lantas menekup mukanya apabila terlihat satu lembaga di belakangnya. tiba-tiba, terasa lembaga tersebut menarik tangannya.
"eh, u ney kenapa? nampak i macam nampak hantu."
Acong bertanya dengan nada yang pelik. Aishah perlahan-lahan membuka matanya.
"la.. u ke.. buat terkejut i je. u watpe kat sini?"
"i nak minum air jap. haus. datang sini, tengok u terhendap-hendap kat almari tu. u watpe?"
"i cari snek. terasa lapa pulak."
"yang u menjerit macam kena rasuk tu apsal?"
Acong bertanya lantas membuka peti sejuk, mengambil air tin sprite. selepas itu, mereka berdua melangkah ke ruang tamu, duduk di atas sofa yang menghadap television. Acong mencapai remote control di sebelahnya lalu menekan-nekan punat 812.
"ala. bosan la tengok bola. tuka lain."
Aishah membentak.
"bia la. eh, nape u terjerit nampak i tadi?"
"ouh. hm.. tadi time i sorang-sorang, i rasa cam ada benda kat belakang i. seram gila time tu tapi i buat bodo je la and pegi kat almari tu. pastu, bila i pusing belakang, i perasan macam lembaga yang macam Hafiz ngan Kecik cerita tu. rupa-rupanya u."
"tu la. u pikirkan sangat."
"mana bole ta pikir. masuk i, da 5 orang mimpi benda yang sama. tambah lagi, Kecik sendiri da nampak benda tu."
Acong diam selepas mendengar kata-kata Aishah. seketika kemudian, dia berkata.
"tapi hantu tu mintak tolong kan?"
"ha ah. i rasa, macam ada yang ta kena la."
"hm.. esok u ada shoot ta?"
"tade kowt. i rasa na bagi dorang rest. ala.. tinggal 5 scene je lagi."
"haa.. bagos la. i na bawak u jumpa ngan nenek yang taw pasal rumah tu."
"oh! really?! wait! esok u tade klas ke?"
"tade..."

**********************************************************************************

Acong memberhentikan keretanya di halaman sebuah rumah.
"eh, betul ke ney rumahnya?"
Aishah bertanya setelah melihat sebuah rumah kayu yang telah luntur warnanya.
"yela. da depan mata, ney la rumahnya."
"mana u kenal nenek ney?"
"haa.. kalau u na taw, nenek ney ex i. dulu kitorang kapel. pastu nenek ney mintak clash. hehehe.."
"its not funny, ok."
"haha.. da la. jom masuk dulu. kat dalam nanti u berkenalan la dengan nenek tu."
Acong berkata dalam senyuman. dia melangkah ke depan pintu rumah tersebut.
"assalamualaikum...."
Acong memberi salam, membuka kasut dan terus masuk ke dalam rumah.
"Eh, u! u main masuk je rumah orang?!!"
"da rumah orang, i masuk la. kalau rumah rimau, i ta masuk. da. cepat masuk."
Acong menarik tangan Aishah yang masih tercegat di depan pintu. seketika kemudian, seorang wanita dalam lingkungan 70-an muncul dari dalam bilik. Acong datang ke wanita tersebut dan bersalam. Aishah hanya mengikut. wanita itu tewrsenyum dan bertanya.
"sape ney, Acong?"
"bakal isteri la, nek. takkan la Acong na bawak orang gaji pulak."
mereka ketawa dan bersama-sam duduk di kerusi rotan di ruang tamu rumah setelah dipelawa wanita tersebut.
"eh, u! apesal diam je?"
Acong bertanya kepada Aishah.
"aaa... na suruh i cakap apa?"
"oh, lupa na bagitaw. sebenarnya, ney nenek i la. nama dia Maryam Ibtisam. tapi cucu-cucu dia panggil Nek Yam je."
"eh, bukan ke u kata nenek u duduk kat Batu Pahat?"
"itu yang belah mak."
"jap ea. nenek buatkan air."
"eh, ta payah nek. kitorang baru minum."
"ta pe la. sekali sekala tetamu istimewa tu merasa air tangan nenek."
Nek Yam melemparkan senyuman kepada Aishah dan berlalu ke dapur.
"erm.. u! umo Nek Yam ney bape?"
"bru 71. nape?"
"tade pape. yang u bawak i jumpa Nek Yam ney kenapa?"
"laa.. u kata na taw pasal banglo tu kan. nanti u suruk la nek cerita."
"Nek Yam taw ke pasal rumah tu?"
"mesti la!"
"camne dia bole taw?"
"tu.. u tanya dia sendiri nanti. u na dengar lagu ta?"
Aishah tidak menjawab pertanyaan Acong. Acong terus bangun pergi ke satu sudut yang ada sebuah pemain piring hitam. seketika kemudian, muzik beralun. tenang.
"amboi. layan nampak. nape ta na menari sekali?"
Nek Yam yang sedang menatang dulang datang dari dapur. dia berkata sambil tersenyum.
"kamu dua orang ney dari mana?"
"dari hujung kampung tu. tengok banglo yang nenek pernah cerita dulu."
"ish! kamu buat apa kat situ?!"
"ney haa.. Aishah ngan group die kena berlakon kat situ."
"hah?! kamu na buat filem kat situ? biar betul kamu ney?"
"eh, bukan! bukan filem, nek. buat tugasan kumpulan je."
"nek! sebenarnya, kitorang datang ney ada hajat. Aishah ney.. hm.. dia na taw pasal banglo tu. nek bole cerita ta?"
Nek Yam terdiam seketika. dia membuang pandanannya jauh. menarik nafas panjang. Acong dan Aishah berpandangan seketika. keadaan menjadi sunyi. hanya alunan muzik dari piring hitam yang kedengaran.
"erm.. kalau ta bole tape, nek. er... bukannya penting sangat pown."
Aishah berkata tatkala melihat wajah Nek Yam berubah sedih. Nek Yam yang sedari tadi diam, mula bersuara, menceritakan kisah silam.
"rumah tu da 40 tahun ditinggalkan."

BAB 9

"morning, Kak Yam!"
suara gadis periang, Teha, memecah kesunyian pagi. Kak Yam pembantu rumah tersebut sedang memasak nasi goreng. memandangkan umur mereka hanya 10 tahun berbeza, Teha hanya memanggil pembantu rumah itu 'akak'.
"morning! hai, awal bangun ariney?"
"saje bangun awal. sekali-sekala na teman akak kat dapur ney."
"la.. kalau setakat teman je baik ta payah."
"hehe.. da tu, Teha bukan pandai masak pown. tolong teman pown jadik la."
"ye la. nah! ari ney kita makan nasi goreng cina. sedap taw."
"memang sedap. dari depan da bau."
suara Datuk Izhar. papa Teha yang datang dari ruang tamu mengejutkan mereka berdua.
"eh, Datuk. erm.. Datin mana?"
"ada.. nga bersiap depan cermin. biasa la. orang perempuan, kalau da depan cermin, dua jam pown ta cukup. lagi-lagi Datin Shima tu."
mereka semua tergelak mendengar sindiran Datuk Izhar terhadap isterinya.
"amboi.. happy nampak.. bual pasal apa. bole join?"
Datin Shima yang baru datang menarik kerusi dan duduk.
"aaa.. panjang umur. baru disebut-sebut."
"ouh. ngumpat Shima ea..."
"ta mengumpat. mengata je."
suasana menjadi riuh dengan gelak tawa mereka sekeluarga. selesai makan, Datuk Izhar dan isterinya bangun meninggalkan meja makan. Datuk pergi ke pejabatnya manakala Datin menghadiri mesyuarat persatuan. mereka bergerak meninggalkan Teha dan Yam di dapur.
"eh, Teha ney tade kelas ke? da 8.30 ney."
"alamak. ta pasan pulak. erm. Pak Mat mana, Kak Yam?"
"entahla. kat garaj kowt. Bang Mat! Bang Mat!"
"ya!!!!"
"ney.. Teha da na pergi kuliah. hantarkan..."
"okay!!!!"
Mat Top atau lebih dukenali sebagai Pak Mat menjerit dari garaj.
"pergi dulu ea Kak Yam. bye!"
"bye!"
Yam melihat gerak-geri gadis kecil molek berusia 21 tahun itu pergi ke arah garaj kereta.
"Pak Mat, jom! Teha da lambat ney."
"ala.. rilex.. baru pukul bape. Pak Mat bawak kereta kan macam Micheal Schumacher.. 10 minit dijamin sampai."
Pak Mat berkata dalam nada bergurau. Teha hanya tersenyum.

**********************************************************************************

kereta Mercedes, KM 142 tiba di perkarangan Universiti Malaya. Teha keluar dari kereta, menutup pintu dan menjengukkan kepalanya ke dalam kereta melalui tingkap.
"Pak Mat! erm.. ariney Teha balik pukul 3 taw. aa.. erm.. Teha ada study group."
"okay! pukul 3 Pak Mat tunggu kat sini."
"okay! bye!"
"bye!"
sedikit demi sedikit kereta Mercedes tersebut hilang dari pandangan Teha. Teha berjalan menuju ke dean kuliahnya dan secara tidak sengaja, dia dilanggar seorang lelaki yang sedang berbual dengan telefon. buku-buku yang dipeluknya jatuh ke bumi. kertas-kertas milik lelaki tersebut juga bertaburan.
"ops! sorry! sorry!"
Teha meminta maaf. lelaki tersebut menghabiskan perbualan di telefonnya. kemudian tanpa memandang Teha, dia berkata.
"sorry. saya ta perasan awak kat depan."
dia juga meminta aaf sambil mengemas kertas-kertasnya. tatkala dia memandang Teha, hatinya bagai terhenti. dia terpaku melihat kecantikan Teha.
"erm.. tape."
Teha berkata dan melangkah pergi kerana dia sudah terlambat.
"aa.. awak! kad matrik awak. erm.. tape la. da jauh sangat."
lelaki tersebut mengambil kad matrik Teha dan menatapnya seketika. 'ouh. Fateha. erm.. cun la. nanti kita jumpa ea.' lelaki tersebut berkata di dalam hati.

**********************************************************************************

selesai kelas, Tiqa datang ke arah Teha yang kelihatan moody dari tadi.
"hai, Teha! nape ney?"
"hai.. erm.. kad matrik aku hilang."
"hilang?! hilang kat mana?"
"entahlah. aku rasa tercicir time terlanggar sorang mamat ney."
"mamat mana?"
"mana la aku kenal."
"ala.. rilex laa. nanti dia pulang la tu. da la! jom gi kafe. perut aku da lapa ney. petang ney ada study group pulak."
"erm.. jom la."
mereka keluar menuju ke kafe. dalam perjalanan, mereka ditegur oleh seseorang.
"hey, awak! yang baju merah tu. Fateha ea?"
Teha menoleh ke belakang mencari suara yang memanggilnya.
"ney kad matrik awak. tadi tercicir time terlanggar awak."
"ouh.. time kasih.."
"erm.. sorry la. pagi tadi saya na cepat. ta pasan awak. aaa.. erm.. nama saya Adam. Adam Azlan."
"ouh. saya.. Fateha. but u can call me Teha je. ney bestfren saya, Tiqa.
"ouh.. Teha.. Tiqa.. erm.. u all na pergi mana?"
"na gi kafe."
"ouh. saya pown na ke sana. apa kata kalau saya belanja u all."
"hah! erm.. tape la.. kitorang...
"hah! bole jugak! save budget saya. hehe.."
Tiqa memotong kata-kata Teha.
"kalau macam tu, jom la pergi."
"jom la. aaa.. awak jalankat depan, kitorang follow belakang. mak saya pesn jangan jalan dengan lelaki yang ta dikenali. aa.. sila la jalan kat depan."
Tiqa memberitahu. Teha hanya tersenyum. Adam pula mengerutkan keningnya lantas tersenyum.

**********************************************************************************

Teha duduk termenung di dalam biliknya, teringatkan lelaki yang membelanjanya makan siang tadi, Adam. wajah Adam bermain-main di minda. tetapi lamunannya terhenti dek deringan telefon bimbitnya. terpampang nama pemanggil di skrin telefon, Fazil.
"hello!"
"hello, sayang. ta tido lagi?"
"erm.. da na tido la ney."
"nape? sayang tunggu abang call ea?"
"eh!awak na apa tepon saya lagi ney? awak ta reti bahasa ke?! kan saya da cakap, awak dengan saya da tade ape-ape da."
"ala, sayang. please give me one more chance."
"no more chance for u!!!"
Teha menamatkan panggilan. Digenggamnya erat-erat telefon tersebut. 'hish1 laki ta guna1' bentak hatinya. seketika kemudian, telefon berdering lagi. tanpa melihat nama pemanggil, Teha menjawab dengan perasaan yang marah.
"hello! eh! awak ney memang ta paham bahasa ea?! saya da cakap kita tade pape."
"erm.. hello. ney Teha ke?"
"eh! Adam! sorry! Teha ingatkan kawan Teha tadi."
"Teha ok ta ney?"
"ok. erm.. Nape Adam call ney?"
"erm.. Adam na jumpa Teha esok bole ta?"
"na jumpa? erm.. kat mana?"
"nanti Adam amek Teha after class. kita keluar jap."
"hah?! aaa.. kita jumpakat kafe je bole ta?"
"kafe? hm.. bole la.."
"erm.. aa..Adam, Teha da ngantok ney. erm.. sorry ea ta bole borak lama. Teha na tido."
"oh, ya! erm.. sorry la kacau Teha memalam ney. erm.. bye! nyte!"
"erm..bye!"

**********************************************************************************

"erm.. Teha! ariney aku pegi makan nan Akid taw. so, ko kena pergi makan sensorang la. hehe.."
"eleh. ingat ko sorang je ade date? aku pown ade date la. haha.."
"wah! special date ke?"
"tade makna nya. ta la. saja je keluar makan sama-sama."
"yela tu. dengan sapa?"
"Adam. dia na jumpa katanya."
Teha memberitahu dan seketika kemudian, kereta Mitsubishi 3.0 milik Akid meluncur ke arah mereka.
"ouh. Adam mamat semalam tu ea. ok la. Akid da sampai. nanti ko kirim salam je kat Adam ea. bye!"
"ok, bye!"
sedikit demi sedikit kereta tersebut hilang dari pandangan Teha. sesudah itu, muncul pula kereta Ferrari Sport yang dipandu oleh Adam. Adam keluar dari kereta, membuka pintu di sebelah pemandu dan mempersilakan Teha.
"eh, kenapa kena naik kereta? kafe kat depan tu je."
"masuk la dulu. kat dalam kereta nanti Adam bagitau."
Adam memujuk sambil tersenyum. Teha pelik namun diturutkan saja.
"hah. ari ney Adam na bawak Teha makan kat tempat lain. special punya."
kereta bergerak laju menyusur keluar dari kawasan universiti. di dalam kereta, telefon Teha berdering. tertera nama lelaki yang paling dibenci di skrin itu. dimatikan saja panggilan tersebut. seketika kemudian, telefon berbunyi lagi. 'argh!! sibuk betul la dia ney!' bentak hatinya. Adam yang di sebelahnya hanya memerhati. Teha menamatkan panggilan itu.
"erm.. nape ta jawab call?"
"ta penting pown."
"sape call?"
"kawan.."
Teha menjawab ringkas. Adam memahami setelah melihat air muka Teha berubah. 10 minit kemudian, mereka sampai ke destinasi.
"ok. da sampai. jom!"
"restoran apa ney? ta pernah pergi pown."
"sebab Teha ta pernah pergi la Adam bawak kan. ney la tempat Adam lepak. Restoran Seri Bayu. kat sini makanannya semua special taw."
mereka melangkah ke restoran tersebut. mereka mengambil tempat di tepi anjung restoran. selesai memesan makanan, telefon Teha berdering lagi. 'hish! mamat ney.. memamng ta reti bahasa la. sengal!' hatinya bermonolog. panggilan tersebut dimatikan.
"kenapa ta angkat? maybe your friend na cakap something."
"erm.. tade la. dia saja je tu."
Teha berkata sambil melemparkan senyuman yang tawar. pelayan restoran datang dengan menatang dulang yang berisi dua gelas air dan dua pinggang makanan. dia meletakkan minuman dan makanan di atas meja lantas beredar.
"ha. rasa la. sedap taw."
Adam berkata dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"erm.. Teha stay kat mana?"
"dekat je. kat Taman Bukit Antarabangsa."
"ouh, kat situ. rumah yang mana?"
"rumah nombor 25. banglo 2 tingkat. Adam asek tanya Teha je. Adam pulak duduk mana?"
"Adam duduk rumah sewa nan kengkawan."
"ouh. family Adam?"
"mama kat Putrajaya. papa kat Selayang."
"lain-lain?"
"ha ah. dorang da ta together."
"ouh, sori."
"erm.. tape. Teha amek course apa?"
"engineering in construction. Adam?"
"Adam amek course... course... course... kosmetik! hahaha.."
"eh, main-main pulak dia. Teha tanya betul-betul ney."
"haha.. Adam bergurau je. Adam amek bisnes management"
"waa.. bisnes man la ney."
"coming soon la."
Adam ketawa. di dalam hati, Teha mengakui kebaikan dan ketampanan lelaki di hadapannya.
"Adam. kita keluar berdua macam ney, makwe ta marah ke?"
Adam sekadar memberi senyuman. kemudian, dia bersuara.
"makwe? Adam tade makwe la. dulu ade but now, dia da tade kat dunia ney lagi."
"sori, Adam. Teha ta bermaksud na.."
"tape. tape. tu da takdir."
suasana sepi seketika. Adam kelihatan sedih. kemudian dia meneruskan ceritanya.
"2 tahun lepas, kitorang start couple. seronok bersama dengan dia. erm.. nama dia Fira. lawa orangnya. tapi, malang... kitorang dapat bersama hanya untuk setahun je. kitorang accident. masa tu, Adam yang drive kereta. jalan licin coz hujan. tiba-tiba, ada lori keluar dari simpang kiri. Adam ta sempat elak and lori tu rempuh bahagian Fira. Fira meninggal kat tempat kejadian, pendarahan teruk. Adam cuma cedera. dapatlah jahitan kat belakang badan ney."
Adam bercerita dengan tenang.
"erm.. kesiannya. sabar ea. yang pergi tetap pergi."
"eh! asek Adam je cerita. apa kata Teha pulak cerita pasal pakwe Teha."
"ish! Teha tade pakwe la."
"eleh! tipu! orang secantik Teha ney takkan la tade pakwe."
"haha.. cantik?! erm.. pape la. erm.. Teha pun ada pakwe.... dulu... sekarang kitorang da tade pape. erm.. da la! buat sakit hati je na cerita pasal mamat tu."
"kenapa?! dia buat apa kat Teha?"
"ish! sibuk la! hehe.. erm.. kitorang da clash. dia ada pompan lain"
"sape nama dia?"
"Fazil.."
"ish! ta patut dia buat Teha macam tu. da dapat Teha pown na caik pompan lain. er.. so now Teha ney single la?"
"aha. erm.. kenapa?"
"eh! tade pe? tanye je."
Adam meleretkan senyuman.

**********************************************************************************

"hei! kan saya da cakap. saya ta suka awak la!"
"kenapa sayang ta suka abang? abang ta buat apa-apa pown kat sayang."
"ta buat apa-apa? awak ingat saya ta taw pasal pompan tu?"
"pompan mana?"
"awak jangan buat-buat ta taw la. saya taw, awak ada affair dengan anis tu kan. da la. saya malas na layan orang macam awak ney."
klik! Teha menamatkan panggilan. dia menghempaskan badannya di atas katil lalu menekup mukanya menggunakan bantal.
"arghh!!!!!!!!!!!!! laki ta guna!!!!! pergi mati la kau!!!!!!!"
Kak Yam yang kebetulan lalu di hadapan bilik Teha terkejut. dia kemudian masuk ke dalam bilik Teha yang tidak berkunci itu.
"Teha.... kenap jerit-jerit ney?"
Teha bangun dari baringnya tatkala mendengar suara Kak Yam.
"huuu.. Kak Yam. Teha geram la."
"geram kenapa ney?"
"Fazil....."
"Fazil?! kenapa dengan dia?"
"dia kacau Teha lagi. Teha da ta suka dia. dia asek call je."
"Teha cakap la kat dia yang Teha da ta suka dia lagi."
"Teha da cakap. naik berbuih mulut ney cakap kat dia. dia yang ta reti bahasa."
Teha mengeluh. Kak Yam hanya membisu. dia hanya mampu memberi nasihat.
"da la tu. biar la mamat tu. kalau dia call lagi, Teha ta payah angkat.'
Kak Yam berkata sambil mengusap-usap lembut belakang Teha. Teha bermasam muka. marah. di dalam hatinya, dia berbisik. 'kenapa lah kau ada dalam hidup aku. haish....' 
"hm.. ok la. Kak Yam na turun bawah. na tido. nite!"
suara Kak Yam menghentikan lamunan Teha.
"ouh. ok la. nite, Kak Yam!"

**********************************************************************************

"erm.. Teha! da 2 minggu ney aku tengok ko ke hulu ke hilir dengan Adam je. ada apa-apa ke?"
"Adam?! hey! ta masal la."
"eleh! ko ingat aku ta taw. aku da kenal ko lama la. ko kapel dengan dia ke?"
"eh! merepek! kawan je la."
"erm.. ye la."
"ta caye suda. ok la. Pak Mat da tunggu tu. bye!"
"bye!"
Teha berlari ke arah kereta tersebut meninggalkan Tiqa yang setia menunggu Akid.
"assalamualaikum, Pak Mat!"
Teha menyergah Pak Mat yang asyik melayan lagu Isabella di radio.
"mak ko, Isabella! mak aih. terkejut, Pak Mat."
"haha.. sorry, Pak Mat. lama Pak Mat tunggu. Teha jumpa lecturer kejap."
Teha berkata sambil membuka pintu kereta di sebelah pemandu. dia duduk.
"papa da bertolak ke, Pak Mat?"
"belum. dia kata na tunggu Teha balik."
"ouh, ye ke. kalau macam tu, cepat la, Pak Mat! kesian papa tunggu."
kereta tersebut bergerak laju ke Taman Bukit Antarabangsa.

**********************************************************************************

Kak Yam sedang menyediakan nasi. Datuk Izhar dan Datin Shima sudah bersedia di meja makan.
"mana Teha ney, yang?"
"ala.. jap lagi sampai la tu."
sejurus kemudian, kedengaran deruman enjin kereta di garaj menandakan Pak Mat sudah balik dari menjemput Teha. tidak berapa lama itu, suara girang Teha kedengaran.
"papa!! mama!! sorry... Teha lambat!!"
"ha.. sampai pun anak papa ney.."
"sorry, papa. tadi Teha jumpa Prof. Zaher. bincang pasal assignment yang dia bagi tu."
"erm.. Prof Zaher?! lecturer Teha yang muda tu ea?"
"ha ah."
"ouh. meeting ke dating?"
"ish! papa ney. mengarut je."
"da la. da la. anak kalau da jumpa papanya ney, haru la rumah. da! jom la makan. aaa.. Yam! panggil Mat. kita makan sama-sama."
Yam menuruti. sudah menjadi kebiasaannya, mereka akan makan bersama-sama. walaupun Yam dan Mat hanya maid dan driver di rumah itu, tapi mereka dilayan baik oleh majikannya.
"Bang Mat!!! jom makan!!"
Yam berteriak. Mat Top masuk ke dalam dan terus pergi ke arah meja makan. Yam menarik kerusi dan duduk di sebelah Teha.
"papa bertolak pukul berapa?"
"pukul 2 nanti."
"Teha na ikut pergi airport ea?"
"ai?! ta penat ke? Teha kan baru balik."
"tade la penat sangat."
"erm.. jom la. Yam na ikut?"
"ish! tape la, Datuk. kalau saya ikut, sape na jaga rumah. lagipun, saya takut na ke airport tu."
"la.. kenapa pulak?"
"takut saya tengok kapal terbang tu. besar-besar. kang ada yang terhempas atas kepala saya."
mereka semua gelak mendengar penjelasan Yam. Yam pun turut ketawa. mereka kemudian meneruskan makan. selesai makan, mereka bersantai di depan television. sedang mereka asyik menonton, tiba-tiba telefon bimbit Datin Shima berdering.
"hello."
"hello, Datin Shima. ney Datin Fairuz."
"ouh, Datin Fairuz. ada apa, Datin?"
"aaa... na bagitaw ney yang malam ney..... kita kena bertolak ke terengganu. ada meeting untuk projek kerjasama dengan syarikat NGO esok.kalau boleh, Datin kena ada la."
"ok. ok. saya datang nanti."
Datin Shima menamatkan panggilan dan Datuk Izhar terus bersuara.
"sape call, yang?"
"Datin Fairuz..."
"Datin Fairuz? yang mana?"
"ala.. isteri Datuk Syafiq la, papa."
"ouh ye.. papa lupa nama isteri dia. ada apa, yang?"
"hm.. Shima ada meeting penting kat terengganu esok. tentang projek persatuan dengan NGO tu."
"ouh.. bila ayang na pergi?"
"malam ney bertolak la."
tiba-tiba Pak Mat bersuara.
"eh, Datuk1 da pukul 1.15 ney. flight Datuk pukul 2. jom la."
"laa. ta pasan saya. ha.. jom la. hm. orang yang takut dengan kapal terbang tu tinggal rumah ea. haha.."
Datuk Izhar berjenaka sambil meleretkan senyuman kepada Yam. Yam hanya tersenyum apabila tahu dirinya disindir.

**********************************************************************************

"eh! banyaknya baju mama bawak? mama pergi berapa hari?"
"mama pown tataw. Datin Syam call tadi. katanya maybe seminggu."
"Datin Syam?! dia ada anak laki kan? sape ea namanya? erm.... aa... er... Rafiz! nanti mama kirim salam kat anak dia ea."
"Rafiz? bukan anak dia da tunang ke?"
"tunang? dengan sape?"
"dengan anak Datuk Amirul dengan Datin Azia. hm.. Ninie namanya."
"Ninie? laa.. ta taw pulak. hm.. melepas Teha.."
"ai? anak mama ney pown ada hati dengan Rafiz ke?"
"ade la sikit mama. hehehe.. hm.. mama na bertolak pukul berapa ney?"
"pukul 10 nanti la."
"flight mana?"
"entah. mama pown ta taw."
Datin Shima berkata sambil mencampakkan pakaian dari almari ke atas katil. Teha yang sudah berada di atas katil menolong mamanya melipat pakaian da meletakkannya di dalam beg. di dalam hatinya berkata, 'hm.. papa pergi UK. mama pergi terengganu. tinggal aku sorang. kalau ade Amal dulu kan best.' dia teringatkan arwah adiknya, Amal yang telah pergi buat selamanya. Amal menemui ajal di dalam satu tragedi jalan raya. mengingatkan kembali tragedi itu sudah cukup membuatkan air mata Teha bergelinangan namun sempat diseka sebelum jatuh ke pipi.
"kenapa ney? ingat adik ea?"
naluri keibuan Datin Shima cekap memahami reaksi si anak.
"da la. yang pergi tu tetap pergi. walau ditangis pun, tak kan kembali."
Teha memeluk erat mamanya selepas mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut mamanya. air matanya bercucuran tanpa dapat ditahan lagi.
"ma,, Teha rindu Amal!!"
Teha separuh menjerit di dalam dakapan mesra mamanya.

**********************************************************************************

"Kak Yam! erm.. ariney Kak Yam masak special sikit boleh ta?"
"ai? kenapa pulak? selama ney ta special ke?"
"eh! bukan. Kak Yam masak memang special cuma ariney, Teha na bawak kawan lunch kat sini."
"ouh.. berapa ramai kawan Teha tu?"
"sorang je. Teha da call mama, mama cakap boleh."
"sorang je. laa... ha.. kawan laki ke kawan pompan?"
"yang tu Kak Yam tengok la sendirik nanti."
Teha menghabiskan kata-katanya lantas meminum seteguk air susu yang telah disediakan olah Kak Yam.
"ok la, Kak Yam. Teha pergi dulu."
"eh! tu rotinya ta makan?"
"la.. Teha lupa. hehe... ok la, bye!"
Teha mencapai roti sandwich di atas meja dan melangkah pergi ke kereta di hadapan rumah.
"angau agaknya budak ney."
Yam bermonolog sendirian. di luar rumah, Pak Mat sudah bersedia di dalam kereta.
"hai, Pak Mat!"
"hai.. erm.. awal ariney?"
"ye ke? takde la. biasa je."
"awal la. salunya 8.45 baru gerak. ariney 8.10 da masuk kereta."
"erm.. apa-apa la, Pak Mat. Pak Mat, tengahari ney Pak Mat ta payah amek taw. kawan Teha hantarkan.."
"erm.. yela.."

**********************************************************************************

"hish! apsal ta angkat call ney?"
Fazil merungut sendiri. jari jemarinya ligat menekan punat telefon bimbitnya.
"this is the voicemail service. please leave your message after this sound. tuuttt.."
"hello, sayang. nape ta angkat call? da banyak kali abang call. esok kita jumpa bole? abang rindu la. bye!"
Fazil meninggalkan pesanan dengan harapan Teha akan memberikan reaksi yang positif.
"dude! ko stil sayang kat Teha tu?"
suara Enol kedengaran dari ruang tamu. Fazil yang berada di pintu rumah hanya berdiam diri mendengar kata-kata rakan serumahnya itu.
"weyh! ko taw ta yang minah tu da ada balak lain? yang ko bodoh sangat terhegeh-hegeh kat dia lagi apsal?! bodoh la ko ney." 
Fazil terkejut. dia bingkas pergi ke arah Enol dan berdiri di hadapannya menyebabkan Enol terhalang daripada menonton television.
"cakap jangan sebarang cakap ea! jangan sesuka ko na cakap Teha macam tu. ko ada bukti ke?"
"eleh.. ko nak bukti? ok! nanti ko tengok kat U, dia balik dengan sape. hah! kau tu yang bodoh!"
api kemarahan Fazil mula menyala. dia terus keluar dari rumah, menghidupkan enjin kereta dan terus memandu ke Universiti Malaya. dalam perjalanan, mindanya tidak putus-putus mengingatkan kembali katakata Enol.
"laki lain?! sape yang berani rampas Teha daripada aku?!"
Fazil berkata sendiri. sampai di perkarangan universiti, Fazil memberhentikan keretanya di bawah pohon rendang. dia menunggu di dalam kereta. jam menunjukkan pukul 1.45 petang.
"baru 1.45. Teha keluar pukul 2. 45 minit lagi."
Fazil menunggu dengan penuh kesabaran. fikirannya hanya tertumpu kepada Teha. orang yang lalu lalang di hadapan keretanya sikit pown tidak dihiraukan. 45 minit kemudian, Teha keluar dari bangunan akademik bersama Tiqa. dia kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Fazil yang berada di dalam kereta terpana melihat Teha yang 100 meter jauh darinya.
"Teha......"
api kemarahannya tadi seakan terpadam tatkala melihat wajah wanita pujaannya. kerinduannya yang membuak-buak membuatkan dia inin pergi ke arah Teha. namun, belum sempat keretanya bergerak, dia ternampak sebuah kereta Ferrari Sport berhenti di hadapan Teha. Teha tersenyum kepada pemandu kereta itu lalu masuk ke dalam kereta tersebut. Fazil teringat kata-kata Enol tadi.
"weyh! ko taw ta yang minah tu da ada balak lain?"
Fazil lantas mengekori kereta tersebut. di dalam kereta, dia tidak lekang daripada memarahi lelaki yang sedang bersama Teha itu.
"celaka! kurang ajar! berani ko rampas Teha daripada aku? siap ko. ko belum kenal aku sape."
sampai di hadapan rumah Teha, Fazil memberhentikan keretanya jauh sikit dari rumah itu. dia melihat lelaki tersebut keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah bersama Teha.
"celaka! bangang! sape budak tu ea? tape.. tape.. siap ko.."

**********************************************************************************

"assalamualaikum... Kak Yam, Teha da balik."
"walaikumsalam.. haa.. balik pown."
Kak Yam dari dapur datang ke arah Teha.
"Kak Yam, ney la spcial guest yang Teha cakap tu. nama dia Adam."
"ouh.. Adam.."
Adam menghulurkan tangan untuk bersalam. Kak Yam menyambut huluran tangan itu sambil melirikkan mata ke arah Teha. Teha hanya tersenyum.
"tiada puisi atau lagu.. yang dapat ku ilham seindahmu.."
Pak Mat yang datang dari garaj menyanyi.
"ai, Bang Mat. na ilhamkan puisi untuk sape tu?"
"eh.. aa.. erm.. untuk Yam la."
Pak Mat berseloroh bersahaja.
"erm.. Pak Mat! ney Adam. kawan Teha."
"kawan? kawan ke boyfriend? hehe.."
"eh! kawan la, pak cik. ta lebih."
Adam menafikan sambil bersalaman dengan Pak Mat.
"ye ke?! nama sape tadi??!"
"aaa.. Adam, pak cik."
tergagap-gagap Adam menjawab tatkala melihat wajah Pak Mat berubah serius. Pak Mat merenung Adam. Adam sedikit gementar dengan renungan tajam Pak Mat. tiba-tiba Pak Mat gelak.
"hahahaha.. pak cik baru tenung sikit kamu da gigil. kamu ney.."
"hish! apa la, Bang Mat ney. buat takut budak tu je."
"saje na gertak sikit."
Adam hanya tersenyum mendengar penjelasan Pak Mat.
"eh, jom la makan. kalau dilayankan pak cik ney, sampai ke malam la kita tercegat kat sini."
"Yam memberi arahan. mereka berjalan menuju ke meja makan.
"ha.. Adam duduk la. nape berdiri lagi tu. ala. ta payah malu. buat macam rumah sendiri."
"aa.. ye.. ye.."
Adam duduk bersebelahan dengan Teha. mereka menikmati makanan hasil air tangan Yam. selesai makan, mereka bercerita tentang itu dan ini. sesekala terdengar gelak tawa mereka apabila humor spontan dilakukan oleh Pak Mat.

**********************************************************************************

"hai, Teha. belum tido lagi?"
"eh! belum la. awal lagi na tido."
"papa dengan mam da balik?"
"belum. mam balik esok. papa balik rabu ney."
"ouh.. kesian dia. tape la. Kak Yam ada bole temankan Teha kan?"
"ha ah. tapi Pak Mat tade la. tinggal dua orang je kat sini."
"tade? pergi mana?"
"erm.. mak dia ta sihat kat kampung. dia pergi tengok mak dia. da dua hari da Pak Mat tade kat rumah."
"ouh.. da dua hari. abis, Teha pergi kelas naik apa?"
"teksi."
"la.. nape ta cakap nan Adam. Adam bole hantar, amek Teha."
"ala.. ta payah la. menyusahkan Adam je."
Teha bangun dari katilnya menuju ke balkoni. dilihatnya pemandangan malam yang indah.
"Teha nga watpe?"
"ta buat apa-apa. duduk kat luar ney. hirup udara malam. Adam buat apa?"
"tengok orang main game."
"game aja. assignment da buat?"
"eh! mestilah. ney Adam la. budak yang rajin."
"eleh.. rajin la sangat. pastu nanti ngadu lecturer bagi assingment banyak. padahal dia yang tangguh kerja."
Teha berkata lantas memusingkan pandangannya ke dalam bilik. dan ketika itu, alangkah terkejutnya Teha apabila mendapati susuk tubuh seorang lelaki di hadapannya. dia terpaku di situ. Adam yang masih di dalam talian bercakap.
"ala.. rilex la. last minute bole buat lagi. er.. Teha! Teha! hello! kenapa senyap je ney? Teha!"
"Fa... Faz.. Fazil?!! apa awak buat kat sini?"
Teha berkata dengan nada yang tersekat-sekat. dia amat terkejut melihat Fazil yang sedang berdiri di hadapannya. Adam masih dapat mendengar suara Teha kerana telefon bimbit masih di telinga Teha dan talian masih belum terputus.
"Fazil?!! Teha! are you okay?! kenapa sebut nama Fazil??! Fazil ada kat situ ke?! Teha!"
Adam semakin cuak. telefon bimbit di tangan Teha jatuh ke lantai. dengan segenap daya yang ada, Teha menjerit.
"Kak Ya.....mmmmhhhhh...."
belum sempat dia menjerit nama Kak Yam sepenuhnya, Fazil terlebih dahulu menekup mulutnya. Fazil bertindak pantas memeluk Teha dari belakang.
"diam la pompan! ko menjerit tu pesal?! aku bukan hantu pown! bodoh!"
Fazil berkata separuh berbisik. dia mengheret Teha ke dalam bilik. Teha gelabah. dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. tidak semena itu, Teha menggigit tangan Fazil yang menutup mulutnya itu.
"auwgghh!! sakit la bodoh!!!"
"tolong!!! Kak Ya.....mmmhhh..."
"woi pompan! ko dengar sini. ko da tolak aku mentah-mentah, ko jangan ingat aku boleh lepaskan ko dengan jantan lain. ko ingat jantan tu bagus sangat??!! baik sangat???!!! selagi aku hidup tade mana-mana jantan pown yang bole dekat dengan ko. ko ingat ney!!!"
"mmmphhh.. mmmmphh... arghh!!!"
Teha berjaya melepaskan diri dari pelukan Fazil. telinganya bingit kerana Fazil menjerit betul-betul di telinganya.
"hei, Fazil! ko ney kenapa?! da gila ke. aku da cakap antara aku dan ko da tade ap..."
"arghhh!!! diam ko!!!"
secara ta sedari, satu torehan tercipta di muka Teha. darah memercik ke sekeliling. Teha rebah di atas katil. tiada lagi kedengaran suara orang menjerit-jerit. Fazil terkedu.
"Teha! aku ta berniat na buat semua ney.. aku ta sengaja. Teha!! Teha!! bangun la!!"
Fazil menggoncang tubuh Teha yang telah terkulai di atas katil. tiba-tiba, kedengaran suara Adam dari luar bilik.
"Teha!!! Teha!!!! Teha!!!"
Adam meluru ke arah Teha yang sudah tidak bernyawa itu. Fazil yang berada di tepi katil terkejut melihat Adam yang muncul secara tiba-tiba. ketika itu, api kemarahannya mula membara.
"jahanam!! ney semua ko punya pasal!!! arghhh!!!"
satu tumbukan padu daripada Fazil menjatuhkan Adam ke lantai. belum sempat Adam bangun, Fazil sudah menerkamnya.
"arghhh!!! ta guna!!! ney semua sebab ko!!!"
satu lagi tumbukan yang keras mengenai tepat ke pipi Adam. pipinya kebas. namun, tatkala Fazil ingin melemparka tumbukan yang ketiga, dia sempat mengelak. dia menolak Fazil menyebabkan Fazil terjelepuk ke sudut bilik. Adam menerkam Fazil yang sedang kesakitan namun Fazil masih berdaya untuk menerajangnya. Adam terhumban. kepalanya terhantuk pada tiang katil. Adam kesakitan, lemah dan ta berdaya. darah mengalir keluar dari kepalanya. Fazil mencapai gunting yang berda di atas meja yang berdekatan dengannya. dia meluru ke arah Adam sambil mengacukan gunting tersebut. Adam cuba mengelak namun dia tidak berdaya. gunting tersebut tercucuk tepat ke perutnya.
"arghhh!!!!!!!!!!!!!!"
jeritan terakhir Adam berkumandang. Fazil menarik balik gunting tersebut. tangannya berlumuran dengan darah. dia tidak sedar apa yang sedang dilakukan. Fazil yang ketakutan melepaskan gunting tersebut dan terus berlari keluar dari rumah itu. hanya yang tinggal sepasang kekasih yang dahulunya berjanji sehidup dan semati. sepasang kekasih yang kini tidak bernyawa lagi. sepasang kekasih yang mati di tangan seorang insan yang penuh dendam. sepasang kekasih yang akan bahagia.... di alam lain....

BAB 10

"begitulah riwayat hidup Teha dan Adam...."
Nek Yam mengakhiri ceritanya. di tubir matanya bergenang air mata yang hanya tunggu masa untuk jatuh. Acong yang menyedari keadaan neneknya itu terus menghulurkan tisu kepada Nek Yam.
"nah, nek!"
Nek Yam mengambil tisu tersebut dan mengelap matanya yang berair itu.
"Nek.. abis cerita yang Teha kena rogol tu...."
"hish! mana ada! tu semua orang kampung bawak cerita. biasa la.. cerita dari mulut ke mulut orang ney, banyak tokok tambahnya. hm.. esoknya, Datuk Izhar pulak menemui ajal."
"hah??!"
"Datuk Izhar terlibat dalam kemalangan kapal terbang time Datuk na balik. flight yang Datuk naik terhempas."
Nek Yam bercerita tetapi sedih masih berbaki dalam nadanya. Aishah bersuara.
"saba la, nek. ney semua takdir kan."
"Datin Shima...."
"nape dengan Datin Shima, nek?"
Acong ta saba ingin tahu.
"Datin accident on da way na balik rumah. Datin... Datin... Datin... after Datin dapat taw pasal Teha, on da spot Datin balik. tapi malang, teksi Datin yang na hantar Datin ke airport accident. dengan lori. Datin meninggal kat tempat kejadian."
"ya Allah!!!"
Aishah terkejut mendengar pengakhiran kisah keluarga itu.
"Nek! selama Fazil kat rumah tu, Nek kat mana?"
"erm.. nenek sebenarnya da pengsan dulu kat bawah. time nenek kat dapur, ada orang hentak nenek dari belakang. bila nenek sedar je, tangan dengan kaki nenek da kena ikat. nenek dengar suara Teha dari atas tapi nenek ta bole buat apa, nenek ta bole gerak. pastu, tiba-tiba riuh-riuh kat tingkat atas senyap. ta lama tu, Fazil turun dari tangga dan terus berlari keluar. nenek nampak, tangan... baju.. da penuh dengan kesan darah."
Nek Yam berhenti meneguk air. seketika kemudian, dia menyambung semula ceritanya.
"da lama nenek cuba bukak ikatan kat tangan dan kaki nenek, akhirnya dapat jugak bukak. nenek terus naik atas. nenek masuk bilik Teha, terkejut sangat-sangat. bilik tu da penuh dengan darah.. merata tempat. nenek nampak Adam da terbaring kat bawah dengan darah yang berlumuran kat perut dia. Teha..... nenek nampak Teha da terkulai atas katil. muka dia koyak. nenek tataw na buat apa. nek nampak telefon Teha kat balkoni. nek amek, nek terus dail polis. ta lama tu, polis datang."
"abis,, Fazil macam mana, Nek"
"Fazil?! entah. ada orang kata, polis da dapat tangkap dia dan da dikenakan hukuman gantung. tapi ade gak orang kampun cakap dia stil hidup lagi. nenek pown tataw mana yang benar."
"ouh.. macam tu."
Acong memberi respon.
"kesiannya family tu."
Aishah mencelah. seketika kemudian, Acong berkata.
"eh, u! u na balik pukul berapa? da petang da ney.."
"ouh! hm.. ta pasan pulak i. erm.. nek! kami balik dulu la."
"eh! tido je la kat rumah nenek ney."
"aaa.. erm.. ta bole la Nek. saya ada banyak kerja kat sana."
"ouh. tape la kalau macam tu."
"erm.. tape, Nek. malam ney Acong tido sini. lepas hantar Aishah kat villa tu, Acong datang ea."
Acong menawarkan diri mengambil hati orang tua itu. Nek Yam hanya mengangguk dan tersenyum.

**********************************************************************************

"wah! wah! wah! keluar awal pagi, da na petang baru ingat balik. puas joli?"
Ika membebel tatkala Aishah dan Acong baru melangkah ke dalam villa. Aimie, Hafiz, Naz, Fatin, Iish, Danny, Senah dan Kecik yang berada di situ turut memandang mereka.
"weyh! kitorang bukan pergi joli taw. kitorang pergi siasat sumtinx la."
"ish! u dengan Ika ney asek gaduh je. i kawenkan korang dorang nanti, na?"
Aishah memberi amaran. kemudian, Aishah memberikan arahan kepada rakan-rakannya yang lain.
"aaa.. korang. pas maghrib ney, kumpul ea. aku ada sumtinx na cakap."
"cakap pasal apa?"
Aimie bertanya.
"adalah. nanti aku cakap. sekarang ney, aku na pergi mandi. da panas ney."

**********************************************************************************

selepas maghrib, masing-masing berkumpul di ruang tamu.
"ok, guys! kita ada masa 3 hari lagi untuk buat lakonan ney. kita tinggal 5 scene je lagi. erm.. kalau boleh, kita abiskan semua scene tu esok, and lusa kita da bole balik U. amacam?"
"la.. apesal kena balik awal-awal?"
Kecik bersuara mengeluarkan pertanyaan.
"erm.. sebenarnya kalau boleh, aku na kita gerak dari banglo tu cepat-cepat."
"err.. kenapa, Aishah?"
"erm.. yela. korang sendiri da taw yang banglo tu keras sikit. so, aku ta nak la berlaku apa-apa kat korang."
"la.. pasal tu je ke?"
Naz berkata dengan nada yang agak sombong. kemudian, Aishah berkata lagi.
"tadi aku dengan Acong pergi jumpa Nek Yam."
"Nek Yam?! sape Nek Yam?!"
Zack yang sedang menaip mesej sempat mencelah manakala yang lain juga berkerut muka tidak mengenali nama yang baru disebut Aishah.
"Nek Yam tu nenek aku. dia tinggal kat kampung ney."
Acong berkata. Aishah kemudian meneruskan ceritanya.
"pastu, Nek Yam cerita pasal banglo tu. dulu......"
Aishah menceritakan secara ringkas apa yang telah Nek Yam ceritakan kepadanya. habis bercerita, Acong berkata kepada Aishah.
"okay la u. i na pergi rumah nenek. i tido sana taw. erm.. u na join ke?"
"er.. tape la. u pergi sorang. i ada banyak kerja lagi ney. kirim salam kay Nek Yam ea."
"esok i terus balik rumah i taw. i ta singgah sini."
Acong keluar dari villa itu. Aishah dan yang lain masih di ruang tamu. masing-masing terdiam selepas mendengar cerita Aishah.
"asal korang senyap je ney?"
Iish bersuara setelah mereka semua membisu agak lama.
"weyh, takut la na pergi banglo tu esok."
"ha ah. naik bulu roma aku dengar cerita Aishah."
Ika berkata bersetuju dengan Hada.
"ala.. rilex.. esok sebelum masuk banglo, ko baca apa yang patut."
Gaban menasihati.

**********************************************************************************

"cut!! ok! cun!"
Aishah menjerit. member yang lain bertepuk tangan gembira. scene terakhir untuk filem mereka baru saja selesai.
"ok! nampaknya cerita kita da selesai. so, pasney kita lepak jap. korang semua penat kan. a.. erm.. 'mak andam' kita mana?"
Aishah mencari Aimie yang ditugaskan sebagai jurusolek.
"ya! ya! aku kat sini! jap! jap! im busy.."
Aimie menjerit dari jauh.
"tape la. aku cuma nacakap, nanti ko cepat-cepat buang make up si Ieta ney."
Aishah menjerit memberi arahan kepada Aimie sambil memandang Ieta yang berpakaian seperti pontianak. Ieta berpakaian demikian atas dasar peranannya di dalam cerita tersebut sebagai hantu.
"ok! ok!"
Aimie menjerit semula. Ieta di atas sofa hanya tersenyum mendengar sindiran itu. mereka semua berehat. 10 minit kemudian, Aimie datang ke arah Ieta yang sedang diam tertunduk. Aimie hairan melihat Ieta yang seperti sedang bertapa. Aimie duduk di sebelah Ieta lalu menyelak rambut Ieta yang panjang menutup muka itu.
"ko ney pehal? tunduk je. da macam pendekar na bertapa pown ada aku tengok. sini la! buang make up tu. da macam pontianak betul aku tengok."
Ieta menepis tangan Aimie dengan kuat. nafas Ieta turun naik dengan laju. dia masih dalam keadaan tertunduk. 
"tepi!! jangan ganggu aku!! tepi!!"
Ieta bersuara lantang dan garau. suaranya berubah mendadak.
"eh, Ieta! asal suara ko berubah? asal kuat sangat nafas ko?"
"arghhh!!!!!!!!!"
Ieta dengan ganas menolak Aimie menyebabkan Aimie terjatuh dari sofa. kekuatan Ieta tidak seperti Ieta yang dulu. Aimie mula hairan. Ieta benar-benar berubah seperti dirasuk. Aimie kemudian bangun dan berlari mendapatkan Aishah yang sedang sibuk mengemas di belakang banglo bersama dengan yang lain.
"Aishah! Aishah! Aishah!"
Aimie termengah-mengah. dengan muka yang pucat lesi, dia berkata dengan nada yang tersekat-sekat.
"Aishah! Ieta! Ieta kat dalam... Ieta macam... macam kena rasuk."
"hah?! Ieta?!"
Zack yang mendengar berita daripada Aimie terus berlari ke ruang tamu. Aishah dan yang lain menyusul di belakang Zack. sampai di ruang tamu, Zack mendapati Ieta tiada di situ.
"weyh, mana Ieta? tadi kat sini."
Aimie cuak. Aishah tidak menjawab pertanyaan Aimie bahkan dia terus berlari ke tingkat atas. Aishah masuk ke salah satu bilik.
"kenapa kau datang sini hah?!"
satu suara menyapa Aishah lalu pintu bilik terus tertutup dengan sendiri. Aimie, Zack, Danny, Gaban, Hada dan yang lain berada di luar bilik, mengetuk-ngetuk pintu bilik itu.
"Aishah, ko ok ta?!"
suara Hada kedengaran.
"aku ok! tade pape. korang tunggu luar jap."
"kenapa kau datang sini??!!!"
Ieta yang telah dirasuki sesuatu itu bersuara lagi kepada Aishah. matanya tepat memandang Aishah. Aishah memberanikan diri bersuara.
"kau sape hah?!"
"kenapa kau datang sini??!!!"
pertanyaan Aishah dibalas dengan pertanyaan dengan nada yang lebih marah.
"erm.. aa... er... sebenarnya... aku na buat shooting je kat sini... aku... aku... aku tataw ney tempat kau..."
"ney tempat aku.. baik kau berambus..!!"
"aku taw.. aku taw ney rumah kau. ney rumah kau, Teha."
"sape suruh kau datang sini???!!!!!!"
"er.. erm.. kau... kau yang datang dalam mimpi aku. kau yang mintak tolong daripada aku."
tiba-tiba suara yang bernada marah itu bertukar sayu.
"ko tolong aku..."
"to... to... tolong... tolong apa?"
"tolong aku.... cari Fazil!!!!!"
"Fazil?!"
"ya. aku ta boleh aman selagi Fazil ta terima hukuman yang setimpal."
"mana aku na carik dia? dia kan da mati??!!"
"belum!! dia belum mati!! dia ada kat kampung ney. ko tolong aku.. tolong aku cari dia.. aku merayu.."
"ok. aku boleh tolong kau. tapi kau kena tolong aku jugak. kau tolong jangan ganggu kami lagi and now, tolong keluar dari badan kawan aku ney."
selesai saja Aishah berkata demikian, Ieta terus terjelupuk di atas lantai. pengsan. Aishah menampar-nampar pipi Ieta perlahan-lahan.
"weyh!Ieta! Ieta! bangun la! ko ok ta?!"
Ieta membuka mata perlahan-lahan. dia terkejut.
"weyh! asal aku kat sini?!"
"tadi ko pengsan."
"Aishah! tadi aku nampak... aku nampak.. aku nampak pompan yang macam ko cerita tu.. pompan tu. Teha! muka dia, Aishah! muka dia! ada... ada..."
"da la tu. da tade skang."
"Aishah! aku na balik, Aishah! aku na balik!"
"ya! ya! kita memang siap-siap na balik ney. da. jom!"
Aishah memeluk Ieta. mereka berjalan keluar dari bilik itu. rakan-rakan yang lain bertanya.
"Aishah! kenapa, Aishah?"
"erm.. tade pape. Ieta pengsan tadi. ok! kita continue kemas. tinggal lagi sikit, kan? aa.. Aimie! ko bawak Ieta turun and buang make up dia. ok! yang lain, jom continue kemas. da na tengah malam ney."
mereka menurut arahan. selesai mengemas, mereka terus bertolak ke universiti. Aishah menaiki kereta bersama dengan Ika, Hada, Fatin dan Naz manakala yang lain menaiki van. sampai di hadapan kampus, Aishah menurunkan Ika, Hada, Fatin dan Naz san terus memandu pulang ke rumahnya. sampai di rumah, Aishah terus masuk ke dalam biliknya. badannya direbahkan di atas katil kerana terlalu letih. beberapa saat kemudian, Aishah terlena.

**********************************************************************************

Aishah terjaga. jam menunjukkan pukul 11.45 pagi. dia bangun dan keluar dari biliknya. Aishah menuju ke dapur. perutnya terasa lapar. sampai di dapur....
"Aishah!!!"
"eh, Aina! ko ta pergi kelas ke ariney?"
"Aishah! bila ko balik?"
"hm.. tengah malam tadi. ko tade kelas ke?"
"tade. jomla makan. roti je ada."
"roti pown roti la. Taz mana?"
"pergi kelas la. ta kan na pergi clubbing pulak pepagi ney."
"mana la taw."
Aishah menyuap roti ke dalam mulutnya. selepas itu, dia bertanya.
"weyh, da pukul berapa ney?"
"11.45"
"hah?! 11.45?! aduh.. aku da lambat.."
Aishah terus berlari ke biliknya, masuk ke dalam bilik air dan mandi cepat-cepat. setengah jam bersiap, Aishah turun. Aina yang sedang menonton televisyen, pelik melihat Aishah yang terkocoh-kocoh itu.
"hah?! na ke mana pulak tu?"
"na keluar jap. ade hal penting. maybe aku balik esok kowt."
"laa. keluar lagi. ko baru je balik. aku baru je na berborak nan ko."
"aa... aku ada hal penting la. sorry ea. nanti aku balik, kita borak panjang-panjang ea. bye!"
Aishah masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan bergerak dari situ.

**********************************************************************************

Aishah samapi di kampung Acong. tujuan utamanya hanyalah untuk mencari Fazil yang dimaksudkan oleh Teha tempoh hari. Aishah memberhentikan keretanya di depan sebuah warung apabila menerima panggilan daripada Acong.
"hello.."
"hello.. erm.. u kat mana?"
"i kat.. kat kampung u."
"hah?! kampung?! u buat apa kat sana?"
"aa... er.. panjang ceritanya.."
"haish... tape la.. i pergi sana. u tunggu situ. nanti i sampai.aa... u kat mana sekarang?"
"i kat... warung... warung cindai."
"ouh.. i know that warung. tunggu. i datang."
Acong menamatkan panggilan.

**********************************************************************************

hampir setengah jam menunggu, akhirnya Acong tiba.
"erm.. u na buat apa lagi kat kampung ney?"
"ada orang mintak tolong."
"tolong apa? sape?"
"tolong cari Fazil. Teha suruh."
"hah?!"
Acong terkejut.
"i know u mesti ta percaya apa yang i cakap. tapi tu la yang jadik semalam. Teha suruh i cari Fazil. dia kata Fazil stil kat kampung ney. dia merayu sangat."
"eh! u ney demam ke? sakit ke? apa u merepek ney? Teha mana ada lagi. da la. ta payah mengarut."
Acong membantah. pelayan warung itu datang meminta pesanan daripada Acong.
"bang! na minum apa? makan?"
"teh ais satu. makan nanti dulu ea."
setelah pelayan itu berlalu pergi, Aishah terus menceritakan kisah Ieta yang dirasuk semalam. cerita bagaimana dia boleh berjumpa Teha. habis Aishah bercerita, Acong seakan ta percaya. Aishah kemudian membalas.
"u ta percaya tape la."
"eh! ta! i bukan ta percaya cuma.... mana na cari Fazil?"
"tu la big probnya sekarang."
Aishah dan Acong diam seketika. mereka buntu. tiada satu idea pown yang datang dalam kepala mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Aishah memandang sekeliling. hanya kelihatan orang-orang kampung yang tidak dikenali. ketika Aishah menyedut minumannya, datang seorang pakcik tua yang kelihatan serabai, kusut-masai dan tidak terurus. pakcik tua itu duduk di meja sebelah di sebelah meja Aishah. dalam nada yang perlahan, pakcik tua itu mengomel seorang diri. Aishah mendengar setiap butir katanya.
"aku mintak maaf.. aku ta sengaja.. maafkan aku. aku ta sengaja.."
ayat yang sama diulang berkali-kali.
"eh, u! pakcik ney kenapa? macam orang ta betul je."
"erm.. ha ah kot. i rasa dia mesti kena tekanan perasaan yang teruk ney. sebab tu dia jadik macam ney."
"sesuka hati u je cakap orang."
"betul la. i kan belaja pasal psikologi manusia. i taw la. tengok dari gaya and fizikal dia i da taw."
kemudian, Aishah terdengar orang tua itu bersuara lagi.
"maafkan aku. aku ta sengaja. aku ta sengaja na buat ko macam tu. aku sayang ko lagi.."
Aishah cuba memandang wajah pakcik itu namun tidak nampak dengan jelas. rambutnya yang panjang menutupi wajahnya.
"kesian pulak i tengok pakcik ney."
pakcik tersebut terus bermonolog sendirian. tiba-tiba, nadanya bertukar marah.
"sial ko, Adam!!"
Acong dan Aishah tersentak. mereka berpandangan.
"ko da hancurkan hidup aku. pasal ko, Teha tinggalkan aku! semua pasal ko! Teha.. Teha!"
Acong dan Aishah mendengar dengan teliti setiap perkataan yang dituturka orang tua itu.Aishah kemudian berkata kepada Acong.
"eh, u! pakcik tu sebut nama..."
"Adam ngan Teha!!"
Acong menyambung. Aishah terus bangun ingin pergi ke arah pakcik itu namun tangannya ditarik oleh Acong.
"jangan! nanti dulu."
Acong menghalang. Aishah duduk semula.
"kenapa dengan u ney. i na tanya kat pakcik tu. kowt-kowt dia kenal Fazil ke."
"jangan.. kita ta taw lagi dia macam mana. merbahaya ke.. ta pown i takut kalau u tanya nanti, dia terus cabut. macam ney. kita tunggu dia bla, then kita follow dari belakang. kalau macam tu, dia tade la perasan sangat."
"ouh, ok!"
"dik! kira, dik!"
Acong memanggil pelayan tadi.
"teh ais satu, milo ais satu. tiga ringgit, bang!"
Acong menghulurkan wang. seketika kemudian, pakcik tadi bangun dan berlalu dari situ.
"jom, follow dia!"
Acong berkata lantas menarik tangan Aishah. mereka mengikut jejak lelaki tua itu dari jauh.

**********************************************************************************

"u! kita da jauh ke dalam hutan ney."
"ha.. tu la pasal. habis.. u kata na taw sape pakcik tu kan?"
Acong berkata semula separuh berbisik.
"tapi, dia na pergi mana?? ta kan la rumah dia kat dalam hutan ney? jauh ke dalam pulak tu."
"agaknya la kowt."
ta lama itu, kelihatan sebuah pondok di depan mata mereka. mereka berpandangan. mereka menyorok di balik semak sambil mengintai pondok tersebut. Acong berkata perlahan-lahan.
"ney ke rumah dia?"
"i rasa ye la. jom masuk dalam. kita tengok apa kat dalam tu."
mereka berjalan perlahan-lahan ke belakang pondok itu. tiba saja di belakang rumah itu, mereka terbau sesuatu yang amat busuk. Acong menegur sambil menutup hidungnya.
"bau apa ney? busuknya.."
"ish! diamlah! jangan tegur. ta baik."
"ouh.. lupa. sorry.. sorry.. macam mana na skodeng dalam? tade lubang pown."
"ha ah. pondok ney nampak buruk, tapi kayu dia langsung tade lubang."
sedang mereka leka mencari lubang tiba-tiba leher Aishah dicekik dari belakang. Aishah terkejut. dia menjerit.
"arghhhh!!!"
"ko sape?!"
suara garau lelaki yang mencekik Aishah itu menakutkan Aishah yang sedang sesak nafas akibat cekikan itu. Acong tanpa berfikir panjang, terus berlari mengelilingi pondok itu. kini, dia berada di belakang lelaki tadi. dia mencapai kayu yang agak besar di tepinya lantas..
"hiyarghh!!"
BUKK!
hentakan yang kuat di kepala menyebabkan lelaki itu rebah. pengsan. Aishah yang terlepas dari cekikannya jatuh terduduk. dia terbatuk-batuk.
"u ok ta?"
Acong bertanya penuh risau.
"i ok! i ok!"
Aishah membalas tapi masih dalam keadaan terbatuk-batuk.
"i rasa kita bawak masuk dulu la pakcik ney. jom!"
Acong berkata lantas mengangkat pakcik tersebut ke dalam pondok itu. di dalam pondok, Acong meletakkan pakcik itu di atas kerusi. dia mengikat tangan dan kaki pakcik tua itu.
"eeiii... busuknya rumah ney.."
Aishah mengeluh sambil berjalan ke arah satu benda yang ditutupi kain. bau busuk semakin apabila mendekati benda itu. Aishah menyelak kain itu dan...
"arghhhhh!!!"
Aishah menjerit tatkala melihat tulang temulang manusia di sebalik kain tadi. Acong datang ke arah Aishah. dia juga terkejut dengan penemuana itu.
"hish! apa ney?!"
Acong separuh menjerit. pakcik tadi tersedar. kepalanya pedih. dia cuba bangun tapi gagal kerana tangan dan kakinya terikat.
"woi!sape ikat aku ney?! bukak la!!"
Aishah dan Acong hanya diam memerhati. pakcik tersebut terus menjerit tatkala melihat Acong dan Aishah berdiri berdekatan dengan tulang itu.
"woi!! jangan dekat dengan Teha aku!! tepi! tepi! jangan kacau Teha aku!"
kerusi yang didudukinya terangkat-angkat. Aishah dan Acong berganjak dari situ. Aishah memberanikan diri bersuara.
"pakcik.. kitorang bukan na buat apa-apa kat pakcik.. kitorang cuma na tanya...."
"korang sape?! nape korang kacau aku?! nape korang datang sini?!"
"kitorang... erm... er... bole taw nama pakcik?"
"nape korang sibuk pasal aku ney?"
"er.. pakcik.. pakcik ney.. Fazil kan?!"
"kalau aku Fazil pown apa masalah ko?! da! lepaskan aku! Teha.. tengok dorang ney.. dorang ikat abang.."
dia berkata sambil memandang tulang temulang itu. Acong pula bertanya.
"pakcik... er.. tu Teha ke?"
"ha ah. tu Teha aku! ko sibuk nape?!!"
"ouh.. lawa la Teha tu.."
"eh, u! u pown da sama gila dengan pakcik tu ke?"
Aishah menampar tangan Acong. Acong memandang Aishah lalu berkata.
"orang macam ney, kita kena tanya dia dengan cara yang lain. kiata ta boleh layan dia macam layan orang biasa."
Acong yang juga merupakan pelajar dalam bidang psychologist petah menerangkan. Aishah sekadar mengangguk.
"er.. pakcik, umur Teha berapa, pakcik?"
"hish ko ney! sibuk na taw! Teha 21. apsal?!da la! bukak la ikatan ney.. tu.. Teha panggil aku tu. jap ea sayang.. jap lagi abang datang."
"eh, u! takan kita na biar dia macam ney?"
Aishah bertanya. Acong membalas.
"ha.. tu la.. kita na buat apa? report polis?"
Aishah terdiam. gayanya seakan memikirkan sesuatu. dia terpandang tulang-temulang itu.
"u rasa, tu tulang sape?"
"i rasa tu Teha la."
"tapi Nek Yam ta cerita pown yang Fazil bawak lari Teha?"
"i agak Nek Yam sembunyikan cerita yang sebenar."
Aishah hanya membisu. keadaan menjadi diam seketika.
"woi! bukak la cepat! tangan aku sakit la, bodoh! cepat la! Teha da panggil aku tu."
pakcik tua itu menjerit lagi. di saat itu, Aishah mendapat idea.
"hah! i ada idea! kita bawak pakcik ney ke banglo tu."
"hah?! ape kejadahnya na bawak dia ke sana?"
"entah. i pown ta taw. tapi, ia rasa macam patut kita bawak dia ke sana."
"hish!! sekarang da pukul 3.50. na sampai ke banglo tu da 4.40. na masuk ke anglo tu da 5.00. na....."
"shh.. da! diam. kalau u tanak buat, i bole buat sorang."
"haish.. takan u na buat sorang?"
"da u banyak cakap. i buat sorang pown boleh."
"yela.. yela.. na suruh i buat apa?"
"hm.. sekarang, u pujuk pakcik ney keluar dari hutan ney. i pulak na pergi amek kereta kat warung tu. ok!"

**********************************************************************************

"kat rumah Teha nanti,pakcik kena jumpa papa dengan mama Teha taw."
Acong berkata sambil jalan beriringan dengan pakcik itu ke arah kereta. di kereta, Aishah sudah menunggu. pakcik itu masuk ke dalam kereta sambil membawa sekarung guni yang berisikan sesuatu.
"dia bawak apa tu?"
Aishah bertanya. Acong menjawab dengan selamba.
"tulang tadi laa."
Acong kemudian masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu, Aishah pula di sebelah. di dalam kereta, pakcik itu membebel seorang diri.
"sayang.. abang na jumpa papa dengan mama sayang ney. erm..merangkap papa ngan mama abang jugak laa. hehe.. nervous la. camne  ea na cakap ngan dorang? dorang tu sporting ta?"
dia diam seketika. kemudian dia menyambung dialognya.
"sayang, amacam gaya abang? ok ta?"
pakcik itu berkata sambil menghadap guni tadi.
"kesian pulak i tengok dia ney."
Aishah bersimpati. ta lama itu, Acong memberhentikan kereta di hadapan warung tadi.
"u drive kereta u la. nanti susah pulak na patah balik amek kereta."
"ok!"
Aishah turun dari kereta Acong. dia melangkah ke keretanya, menghidupkan enjin dan mengikuti kereta Acong daro belakang.

**********************************************************************************

ketika hampir sampai di banglo, pakcik tersebut berkata kepada guni yang dipeluknya.
"alamak.. cuak pulak na jumpa parents sayang ney."
Acong berkata.
"pakcik.. aaa.. betulkan sikit baju tu. na jumpa parents in law ney kena la smart-smart."
"ouh. ha ah la."
pakcik itu membetulkan bajunya yang telah lusuh dan terkoyak-koyak itu. Acong hanya senyum memerhati.
"haa.. sekarang amacam? ok?"
"ok.. baru la smart.. macam ney baru la parents Teha na jadikkan menantu."
"haha.. aku memang layak jadik menantu dorang. ta macam Adam tu, ta layak langsung!"
"aa.. jomla, pakcik."
mereka berjalan menuju ke banglo itu. sepanjang perjalanan, pakcik itu hanya berborak dengan guni yang dipeluknya. Aishah dan Acong hanya mendengar apa yang dikatakan oleh pakcik itu. sampai di dalam banglo, Aishah dan Acong pergi ke dapur setelah meninggalkan pakcik tadi di ruang tamu. Acong bertanya kepada Aishah.
"kita na buat apa sekarang?"
"entah. i pown ta taw."   
"da tu, yang u suruh bawak pakcik ney ke banglo ney pesal?"
"entah. tapi hati i macam suruh sangat-sangat dia datang sini."
seketika kemudian, kedengaran suara pakcik tadi di ruang tamu.
"tepi!! tepi!! ko sape?!! jangan kacau aku!!"
"Teha!! aku Teha, Fazil! kau ta ingat aku?!! perempuan yang kau da bunuh dulu!!"
Acong dan Aishah terkejut mendengar ada suara seorang perempuan dari ruang tamu. mereka terus berlari ke sana dan hanya mampu terpaku di muka pintu dapur apabila melihat apa yang terjadi di hadapan mereka. satu lembaga menyerupai seorang perempuan berdiri tegak tidak memijak bumi. mata lembaga itu tidak lepas memandang Fazil. Acong dan Aishah beku di situ. mereka solah-olah dipaksa untuk melihat drama yang berlaku di depan mata mereka.
"aku taw ko kenal aku, Fazil! aku Teha!! Teha yang ko bunuh dulu!!"
"tak!! aku ta kenal ko.... Teha?! ta.. ko bukan Teha.. bukan!! Teha aku ney... kat sebelah aku ney... kan, sayang.. orang ney ta masal na ngaku dia Teha.. gila agaknya.. da la muka buruk.. Teha aku muka dia cantik.. tengok ney!!"
Fazil berkata lantas mengangkat guni tadi. tiba-tiba, guni tersebut tercampak ke lantai seperti ada seseorang yang menghumbannya. isi perut guni itu terkeluar dan bertaburan.
"woi!! ko ney pesal?! yang ko campak Teha aku tu kenapa?! kesian Te..."
belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia merasakan ada seseorang sedang mencekiknya. dia mula sukar untuk bernafas dan meronta-ronta minta dilepaskan. lembaga tadi berkata.
"Fazil!! sebab ko lah aku jadik camney!! sebab ko hidup aku hancur.. sebab ko... hidup Adam hancur!!!!"
"aaak... aakk.. lep.. lepas lah... sak... sakit la, bodoh...!"
"ko da ada Anis!! buat apa ko na kacau aku lagi??!! kenapa?!!"
cekikan dilepaskan seperti membenarkan Fazil bercerita.
"uhuk..! uhuk..! sakit la leher abang.."
Fazil memberhentikan kata-katanya. dia meraba-raba lehernya yang sakit itu. Aishah dan Acong masih tidak dapat berganjak dari tempat mereka berdiri tadi.
"abang mintak maaf.. abang tade niat pown na.. na bunuh sayang."
Fazil terhenti seketika. dia tertunduk. keadaan menjadi sepi seketika.
"abang... abang pown ta taw macam mana abang bole...  bole bunuh sayang... Adam!! ney semua salah Adam!! Adam yang menyebabkan abang.. abang terbunuh sayang.. abang.. abang sebenarnya ta bole tengok sayang dengan laki lain. lagipun sejak akhir-akhir tu, sayang ta pernah jawab kalau abang call. pastu abang nampak sayang keluar dengan laki lain, Adam.. lagi la abang membara.."
"tapi ko kan da ada Anis??!!"
"Anis?! entah lah.. first time abang nampak Anis, abang memang minat kat dia. abang ngaku, memang abang suka sangat kat dia. tapi, abang masih ingat.. abang ada sayang. abang ta bole lupakan sayang. satu hari tu, abang kacau Anis.. abang ingatkan dia ta layan tapi rupa-rupanya, dia bagi respon. da dia layan, abang pown go on la. makin hari, hubungan kami makin baik. abang ingatkan na sembunyikan hubungan tu dari sayang. tapi akhirnya sayang taw gak. abang ngaku abang salah. abang duakan sayang. abang betul-betul mintak maaf.."
Fazil mengelap titisan air matanya. kemudian, dia meneruskan cerita.
"abang taw masa tu, sayang marah sangat kat abang. abang taw tapi abang biarkan je. abang ingatkan abang bole bahagia dengan Anis. sebula kami kapel, baru abang taw sape Anis yang sebenarnya. Anis sebenarnya cuma na harta abang je. dia... pisau cukur!! dia cuma na kikis abang je. da ramai kena dengan dia. abang je yang ta sedar. abang bodoh!! bodoh!!! bodoh tinggalkan sayang!!"
Fazil bercerita sambil menampar-nampar mukanya sendiri berulang kali. seketika kemudian, dia menyambung lagi.
"abang ingat, abang na balik pada sayang. abang taw memang susa bagi sayang na terima abang balik. abang paham... abang cuba pujuk.. tapi ta bole jugak. last-last, abang dapat taw sayang ada hubungan dengan mamat lain. at first, abang ta percaya. sampai la satu ari tu, abang ingatkn na jemput sayang kat U, rupanya da ada orang lain yang jemputkan. Adam!!! Adam yang jemput sayang, kan?!! abang pown terus follow dari belakang sampai kat rumah. sejak dari tu, abang marah sangat kat sayang... abang marah kat Adam.. puas abang call tapi sayang ta pernah na angkat. voicemail abang satu pown sayang ta balas. pernah sekali tu, abang ingatkan na jumpa sayang tapi... huh?! abang tengok sayang tengah date dengan Adam. lama-lama, abang nekad na jumpa sayang, na bincang hal kita. abang masuk bilik sayang.. tengok sayang tengah berborak dalam fon.. dengan Adam??! memang mulanya abang na bincang baik-baik... tapi... bila dengar suara Adam yang dalam fon tu, abang ta pikir apa-apa... abang pikir na marah sayang je. abang ta bole kawal marah abang masa tu... tiba-tiba, sayang menjerit kat abang.. dan tangan abang.. tangan abang macam gerak sendiri... abang terkelar muka sayang.. abang pown tataw bila masa abang bawak pisau."
dia terhenti lagi dan kemudian menyambung semula.
"abang menyesal... abang menyesal... pastu tiba-tiba, Adam pulak sampai. nampak je Adam, perasaan marah abang makin membuak. abang ta pikir apa-apa lagi. abang cuma pikir abang na bunuh Adam... dan apa yang abang pikir tu terjadi. abang ta sangka!! abang tataw bila masa tangan abang pegang gunting tu dan... dan bunuh Adam..."
"ta guna!!!"
lembaga tadi yang mengakui dirinya Teha itu mencekik Fazil sekali lagi. Fazil terkapai-kapai.
"ab... ab... abang... abang mintak... mintak maaf... to... tolong.. tolong lepaskan... lepaskan abang...!!!!"
"Teha!!"
Aishah tiba-tiba menjerit namun masih kaku di situ. Teha pula masih mencekik Fazil tanpa menghiraukan Aishah yang memanggilnya.
"Teha! Teha! da la tu.. lepaskan dia..."
"diam!!!! ko jangan campur.. ney antara aku dan dia..!!"
"da la tu!! dia ta sengaja bunuh ko.. dia pown ta sengaja bunuh Adam.."
"diam!! aku kata diam, diam la!!"
"Teha.. dia ta sengaja bunuh ko dan Adam. dia ta dapat kawal marah dia masa tu. lepaskan dia.."
cekikan di leher Fazil semakin longgar dan terlepas. Aishah menyambung kata-katanya.
"ney bukan diri ko yang sebenar. ko bukan pendendam.. ko ta macam ney. maafkan la dia. ney semua da takdir. ko dan Adam da ditakdirkan pergi bersama-sama. Fazil pown da terima balasannya. dia da gila. lepaskan la dia."
Aishah mengakhiri kata-katanya. keadaan menjadi senyap dan kemudian, Teha bersuara.
"terima kasih, Aishah. tapi satu lagi aku na minta tolong daripada ko. tolong semadikan aku."
Teha kemudian hilang, ghaib. Fazil yang sedari tadi tertunduk menangis kini bangun dan tertawa riang sambil berkata.
"yahoo!!! aku jumpa Teha!! jumpa mama papa dia!! esok aku kawen dengan dia!! yeay!! hehehe... aku kawen! aku kawen!"
Acong dan Aishah menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Fazil itu.

**********************************************************************************

di universiti, dalam kuliah Prof Tengku.
"baik lah.. saya da cek semua kerja kamu dan saya dapati semuanya bagus dan memuaskan. setelah saya nilai, saya semak betul-betul, group yang da best among da best ialah..... group Aishah dengan tajuk ceritanya, Hantu. tahniah.. yang lain tu cuba lagi, okay.."
Aishah dan group membernya tersenyum bangga. dua jam setengah berlalu, akhirnya tamatlah kelas Prof Tengku. Aishah keluar dari bilik kuliah menuju ke kereta. di kereta, Aina dan Taz sedang menunggu.
"lambat abis kelas?"
"biasa la, Taz.. da kata pown kelas Prof Tengku, pepaham je la."
Aishah membalas pertanyaan Taz sambil menyandar di keretanya. ta lama kemudian, Acong pown sampai. dia membunyikan hon keretanya.
"eh, u!"
"aaa... u, jom la pergi makan!"
"ai.. ajak Aishah je ke? kawan-kawan kat sebelah ney ta na ajak?"
Aina menyindir Acong. Aishah masuk ke dalam kereta Acong dan dengan selamba, Acong berkata kepada Aina.
"buat apa aku ajak ko, kalau aku na ajak pown, aku ajak Taz je. hehe.."
"da la tu, Aina. ko ta payah layan dia ney. wat sakit hati ko je."
Aishah berkata dari dalam kereta. Aina bengang. mahu saja dia pergi ke Acong dan menghempok mamat itu dengan buku-buku yang tebal di pelukannya. kereta Acong berlalu dari mereka.

*******************************************************************************

semasa makan di sebuah restoran.
"erm.. tadi i da call Nek Yam."
Acong memulakan bicara. Aishah pula bertanya penuh minat.
"ha.. Nek Yam ada cakap apa-apa ta?"
"dia cakap kes Teha tu belum selesai."
Aishah hanya mengeluh.
"and one more thing. Nek Yam na mintak maaf sebab ta ceritakan perkara yang sebenar. katanya dia ta sampai hati na cerita."
"kenapa pulak?"
"entah lah. hati orang tua, mana la kita bole jangka."
"macam mana dengan pakcik tu sekarang?"
"Fazil tu?! Nek Yam cakap dia dihantarkan kat hospital sakit jiwa. dia mengalami tahap gila yang kronik tu. eh, pasal Teha aritu..."
"kenapa? ta percaya?"
"ta.. buka ta percaya. macam.. entahlah... first time i nampak... hantu."
Aishah hanya tersenyum. Acong berkata lagi.
"u ney, hebat gak kan. i bole baca fikiran manusia, yang u pulak bole pengaruh fikiran hantu."
"baru taw ke i ney hebat. u belaja human psychologist. i belaja ghost psychologist. i lagi hebat.."
Acong tertawa dengan sindiran itu. Aishah berkata lagi.
"esok malam group i de buat celebration sebab group i menang group yang terbaik untuk filem tu. so, u na join?"
"tengok la kalau i free."
"ai.. ta kan malam pown bizi kowt.. u buat apa malam-malam ha.."
"i buat assignment.. ta kan la i na pergi pancing awek pulak."
"mana la taw.."

**********************************************************************************

di rumah Aishah, pada waktu malam, Aishah, Taz dan Aina duduk menonton televisyen sambil berbual.
"weyh, Aishah! aritu ko cakap na cari housemate lagi sorang kan?"
"ha ah. yela. kalo tambah lagi sorang kat sini, tade la kita kena bayar banyak sangat. kalo ade lagi sorang, kita cuma kena bayar 100 sorang. tu baru rumah. duit api, air pown bole kurang sikit."
Aishah menjawab pertanyaan Taz. Aina menyampuk.
"hah!! petang tadi, time ko tade, ada sorang minah ney datang, kata na join sewa rumah ney."
"hish! sibuk la ko, Aina. aku baru na bagitaw. erm.. Aishah. dia budak UM.. aaa.. aku tengok budak tu ok la. friendly, satu kepala.."
"ea?! nama dia apa?"
"name dia?! erm.. nama dia... Aina, sape nama budak tu?"
"nama dia.. aaa... aaa.. aa.. erm.. entahlah. aku lupa. dia ada bagitaw tadi. tape. dia kata lusa dia mintak kata putus kita na bagi ta."
"erm.. aku ta keysa sape pown na join rumah ney, asalkan budak tu budak baik, bukan budak yang entah pape tu."
"eh, ta! minah tu ok. bukan budak liar tu. sopan je aku tengok dia tadi."
Aina berkata tanpa ragu-ragu. Aishah kemudian memberi nasihat.
"don't judge a book by its cover, Aina."
"ok.. fine!"

**********************************************************************************

Aishah tersedar. kiri, kanan, depan dan belakangnya gelap saja. dia seorang diri di ruangan kosong itu. seketika kemudian, terdengar suara sayup-sayup memanggilnya.
"Aishah... Aishah... Aishah..."
semakin lama, semakin hampir suara itu. tatkala itu, kelihatan bayangan seorang perempuan yang semakin hampir dengan dirinya. apabila perempuan itu sampai di hadapannya, dia terkejut. wajah yang amat dikenali. perempuan tersebut menghulurkan tangan ingin bersalaman. Aishah menyambut huluran itu dan perempuan tersebut berkata.
"terima kasih, Aishah. terima kasih tolong aku."
perempuan tersebut memberikan senyuman yang manis dan tiba-tiba hilang dari pandangan Aishah. Aishah terjaga dari tidur.
"ya Allah! astagfirullah.. mimpi rupanya. erm.. Teha.. sama-sama, Teha. pergila kau dengan aman."
Aishah tersenyum seorang diri di atas katilnya itu. dia bingkas bangun, mencapai tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik mandi.

**********************************************************************************

Aina pergi ke dapur dengan satu tujuan, sarapan pagi. jam menunjukkan 7.25 pagi.
"ala.. baru 7.25.. awal lagi na kejutkan Aishah dengan Taz tu."
dia berjalan ke dapur dan ketika sampai di muka pintu dapur, dia terkejut.
"mak ko meletup! weyh, Aishah! ko buat apa kat sini?!"
"Aina.. morning.. la.. ko ney kenapa? da kat dapur, buat apa lagi? breakfast la."
"awalnya ko bangun?"
"ada sumone kejutkan tadi."
"sumone kejutkan?! aku belum kejutkan ko lagi."
"bukan ko la. ade orang lain. kejut aku dalam mimpi aku."
"pape la ko ney."
"hehe.. nah! koko crunch je ada. adoyai ko ney.. aku bangun awal pown salah."
"ta.. bukan salah.. aku pelik, ko tu kalau bukan aku yang kejutkan, tade makna ko na bangun.."
"da la! da la! baik ko makan. rezeki da depan mata tu. membebel je."
Aina menarik kotak koko crunch lalu menuangkan ke dalam mangkuknya yang berisi susu. Aishah yang sedang memerhatikan berkata.
"da! da! jangan banyak sangat tuang. kang kawan ko lagi sorang yang nga sedap terlentang tu ta dapat pulak."
"erm.. yela! yela!"

**********************************************************************************

di dalam kereta Acong, dalam perjalanan pulang selepas habis meraikan kejayaan group Aishah.
"erm.. seronok kan celebrate tadi?"
"erm.. yela. seronok. i yang tade kena mengena pown tumpang seronok."
"apa pulak u tade kena mengena? kan u yang bagi lokasi tu. kira menyumbang la jugak."
"ouh, kira jugak ea. haha.."
"eh, u! semalam i mimpi...."
"mimpi hantu?"
"mana u taw ney?"
"yela. mana ta nya. asal u mimpi je, pasal hantu.. asal u mimpi je, pasal hantu.. asal pasal hantu je, u mimpi.."
"hey! i serius la.."
"haha.. ok! ok! sorry.. hm.. u mimpi apa pulak?"
"i mimpi pasal Teha lagi."
"Teha lagi?"
"erm.. i mimpi Teha datang kat i. kitorang salam and dia cakap thanks. then, dia senyum and terus hilang."
"erm.. dia senyum mesti lawa kan?"
"eleh.. gatal!!"
"laa.. i cakap je. tu namanya dia na berterima kasih kat u... and maybe gak tu tandanya dia da pergi dengan aman."
"erm.. tu i taw la.."
keadaan menjadi senyap seketika. hanya lagu-lagu dari radio yang kedengaran. setelah agak lama berdiam diri, Aishah berkata lagi.
"eh, esok i dapat new housemate. i da cerita kat u?"
"ouh, ye ke?! u tade cerita kat i lagi. sape nama dia?"
"entah! i ta taw. aritu dia datang time i tade kat rumah. Aina ngan Taz yang jumpa dia. dorang kata minah tu budak UM."
"ouh.. nanti kenalkan kat i ea. cantik ta?"
"amboi.. terserlah kegatalan u ney.. nampak perempuan cantik, semua dia na kebas."
"ala.. main-main je la. jangan marh."
Aishah hanya bermasam muka tanda merajuk. Acong pula tersenyum. sampai di rumah Aishah, Aishah keluar dari kereta, mengucapkan selamat tinggal kepada Acong dan masuk ke dalam rumah.

**********************************************************************************

pagi ahad yang indah, di rumah, Aina dan Taz berada di ruang tamu menonton televisyen.
"weyh, Aishah ta bangun lagi ke?"
Taz bertanya. Aina dengan selamba menjawab.
"belum.. terbongkang lagi kat atas tu.. malam tadi nta pukul bape nta dia balik."
"weyh! minah UM tu datang ariney, kan?"
"hah?! minah UM mana?"
"ya Allah!! cepat nya ko lupa. ko makan semut banyak sangat ea? minah yang na join rumah sewa kita ney la."
"ouh.. minah tu.. aku lupa.. hehe.. erm.. kalau ta silap, memang dia na datang ariney."
"pukul bape?"
"mana la aku taw. ko ingat aku ney pengawal peribadi dia ke?"
"laa.. aku tanya je. yang ko na marah-marah ney pehal?! taw la ko tengah bendera merah. na marah-marah plak."
Aina hanya tersenyum. Taz kemudian bangun untuk pergi ke dapur.
"weyh! weyh! na pergi mana tu?"
Aina menahan Taz yang baru selangkah dua darinya.
"laa.. ne pergi dapur. nape? na pergi dapur pown ko na marah?!"
"eh! ta. ta. ta marah cuma na mintak tolong. buatkan ribena untuk aku. ko buat air kan sedap.."
"amboi..! amboi..! sesuka hati ko na mengarah aku.. buat sendiri la."
"ala.. tolong la.. jap lagi cerita favourite aku da na start. Liontin.. mana bole lepas. tolong..."
"erm.. yela! yela!"
Taz terus berlalu ke dapur. tiba-tiba, telefon bimbit Aina berdering. Aina menjawab.
"hello! sape tu?"
"hello.. ney saya.. budak yang na join rumah sewa awak tu."
"ouh.. erm.. ada apa?"
"erm.. sebenarnya saya da sesat. ta taw mana satu jalan pergi rumah awak. erm.. aa.. ta biasa lagi la jalan kat sini."
"laa.. na cari rumah kitorang pown sesat?! erm.. tape.. tape.. awak kat mana tu?"
"saya kat Jalan Nilam 5. ada simpang ney, na belok kiri ke kanan?"
"ouh.. ok. belok kiri."
"erm.. ok, da belok.."
"awak straight.. sampai jumpa lagi satu simpang, awak belok kanan pulak. nanti awak jumpa signboard Jalan Delima 3.. pastu awak straight lagi sampai rumah nombor 12.. haa.. tu bukan rumah kitorang. rumah kitorang nombor 14.. kat depannya. haha.."
"pergh! sempat dia buat lawak. ok la.. jap lagi saya sampai.."
"ok! saya tunggu.. jangan sesat lagi taw.."
panggilan ditamatkan. Taz dari dapur datang membawa segelas air ribena untuk Aina.
"nah, ribena ko, pemalas!"
"uih.. marah.. ko pown bendera merah jugak ke? haha.."
"erm.. sape call tadi?"
"minah yang na sewa rumah ney. dia nga sesat tu na cari rumah ney."
"la.. datang sini pown sesat?"
"entah. dia kata ta biasa lagi jalan kat sini."
"erm.. yela.."
"assalamualaikum..."
suara dari luar rumah memberi salam. Aina yang sedang khusyuk menonton Liontin memberi arahan kepada Taz.
"Taz.. ko pergi bukak pintu.. aku rasa minah tu da sampai tu."
"ouh! aku lagi la?!"
Taz bangun dan pergi ke arah pintu sambil menjawab salam tadi.
"walaikumsalam.."
Taz memulas tombol pintu. pintu terbuka. terpacul seorang perempuan dengan beg-beg besarnya. Taz mempersilakan dia masuk.
"masuk la.. meh saya tolong angkat beg tu."
Taz membantu perempuan tadi dan kemudian menjerit kepada Aina.
"woi, sengal!! orang da datang ney.. ko ta abes-abes sibuk dengan Liontin ko tu."
"jap! jap! jap lagi iklan!"
tatkala Aina berkata demikian, Aishah kelihatan menuruni tangga sambil bercakap di dalam telefon.
"hah?! Nek Yam kata kes Teha da selesai?! alhamdulillah.. finally, abis jugak kes tu. ok la.. i na breakfast ney. bye.."
Aishah menamatkan panggilan. dia tersenyum dengan telefonnya. Taz pula memekik.
"hah! ney lagi sorang! da pukul bape baru na bangun. ada orang datang pown dia ta taw."
Aishah yang baru na membelok ke arah dapur terhenti. dia melangkah ke arah ruang tamu.
"ala.. Taz.. rilex laa.. ariney kan ahad.. eh, sape sebelah ko?"
belum sempat Aishah na melihat wajah perempuan di sebelah Taz itu, perempuan tersebut berkata.
"eh, jap ea. ade barang lagi sikit kat dalam kereta."
dia terus pergi ke arah keretanya. Aishah pelik.
"erm.. macam biasa nampak je budak ney."
Aishah bermonolog tanpa didengari Taz. dia kemudian duduk di sebelah Aina di depan televisyen. seketika kemudian, terdengar suara Taz berbual dengan perempuan tadi.
"dua orang ney ke housemate awak?"
"opss!! correction!! housemate kita. haha.. erm.. yela. dua orang ney.. meh la duduk kat sofa. kita berkenalan."
mereka duduk di sofa yang bersebelahan dengan Aishah namun Aishah tidak mengendahkan langsung kerana sibuk membalas mesej dari Acong. Aina pula masih khusyuk di kaca tv. Taz tidak menghiraukan mereka berdua. dia memulakan perbualan.
"nama sape ea aritu? lupa la.."
"laa. da lupa ea? tape. saya perkenalkan balik. nama saya..."
Aishah berpaling ke arah perempuan itu. dia terkejut.
"Te... Te... Te... Teh.. Teha?!!"
Aishah tersekat-sekat menyebut nama itu apabila perasan yang muka perempuan tersebut mirip Teha, hantu yang datang dalam mimpinya. hantu yang pernah dijumpainya. perempuan tadi hairan namun diteruskan kata-katanya.
"eh! mana taw nama saya? kenal saya ke?"
"Teh... Teha?! apa ko buat kat sini?"
"laa.. saya datang na join sewa rumah ney la. kan aritu korang da setuju."
tangan Aishah sedikit terketar-ketar.
"Teha.. bukan ke ko da..."
"eh! ko ney kenapa Aishah? nampak Teha macam nampak hantu! apesal?!"
Taz memotong kata-kata Aishah. Aina pula mencelah.
"ha ah. menggigil-gigil tangan ko tu, kenapa?"
Aishah masih terdiam. matanya tepat ke arah perempuan itu. perempuan yang memperkenalkan namanya Teha.
"hish! sawan gaknya Aishah ney.. biarlah dia. erm.. Teha, teruskan, ko budak mana?"
"hehe.. agak takut la jugak saya tengok Aishah ney. ok, nama saya..."
"eh! cop! cop! bole ta kalau ta payah guna saya awak. kau aku cukup la."
"hah! bagus jugak. aku pown ta biasa sebenarnya. haha.. ok, nama aku Fatehah Wahid. panggil Teha cukup. aku budak JB, Pasir Gudang. dulu aku duduk kat bla.... bla.... bla..."
sepuluh minit berlalu, sesi memperkenalkan diri pown tamat.
"ok la. jom aku tunjukkan bilik ko."
taz bangun dan berkata. Teha hanya menuruti.
"bilik semua kat atas."
Taz menerangkan kepada Teha semasa mendaki tangga. Aishah hanya memerhati dari jauh. Taz kemudian menjerit kepada Aishah.
"weyh, Aishah! apa yang ko tengok je tu?! jom la tolong angkat barang dia sekali! na harapkan Aina tu, ta abis-abis dengan Liontin dia.."
Aishah membalas.
"weyh, Taz.. ko ta pasan ke muka Teha tu.. muka dia macam.."
"arghh!!! lantak ko la... penat aku layan.. daripada tadi cakap ta abes.."
Teha kemudia berkata kepada Taz.
"nape nan Aishah? macam ada sesuatu dia na cakap pasal aku.. dia tu macam takut je kat aku... erm.. lagi satu, dia macam kenal aku je.. aku rase aku ta pernah jumpa dia pown.."
"ala.. biarkanlah.. tu agaknya ko pernah masuk mimpi dia kowt. Aishah tu kuat mimpi sikit."
Taz menenangkan hati Teha. dia kemudian berkata lagi.
"da la! jom la masuk bilik ko. aku tolong kemas sekali."
"jom la!"
Taz dan Teha masuk ke dalam bilik. Aishah pula masih terpinga-pinga. dia terfikir.
"ney mesti mimpi.. kompom mimpi.."
dia mencubit-cubit pipinya.
"ouch!! sakit!! aku rasa sakit!! that mean ney betul, bukan mimpi.."
"ape yang ko membebel sorang-sorang tu, Aishah? da la! aku na naik atas tolong Teha mengemas. ko na naik ta?"
"ouh.. aaa.. ko gerak dulu. nanti aku datang."
"erm... yela.."
Aina terus berlalu ke tingkat atas meninggalkan Aishah seorang diri. Aishah masih kebingungan.
"ney betul-betul ke ney?!"
Aishah melangkah, mendaki anak tangga yang pertama dan tatkala itu matanya melirik ke arah pintu rumah. alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Teha, hantu yang pernah dikenali itu sedang tersenyum memandangnya. mulut makhluk itu terkumat-kamit berkata sesuatu kepada Aishah.
"harap kau boleh terima Teha tu. anggaplah dia macam aku, ingin berkawan baik dengan kau. sekarang aku takkan ganggu sesiapa lagi. selamat tinggal.."
makhluk tadi terus ghaib. Aishah tersenyum mengerti. dia meneruskan langkahnya ke bilik Teha. sampai di bilik itu...
"hi, guys!! sorry lambat.. erm... ade pape yang aku bole tolong ta?"
Taz, Aina dan Teha terkejut melihat gelagat Aishah. Teha berkata.
"aaa... erm... tape.. tape.. tadi kau nampak ko macam na pergi dapur kan? ha.. ko pergi la breakfast dulu."
Teha tersenyum. Aishah kemudian membalas dengan nada yang gembira.
"eh! tu tadi.. sekarang ney da kenyang da."
Aina yang hairan dengan Aishah yang gembira sangat itu berkata.
"cop! cop! ko ney kenapa? tadi punya la terkejut. cakap bukan-bukan.. sekarang gila punya happy.. pe masalah ko ney? aku ta paham la.."
"aaa... tadi tu aku mamai lagi laa.. ok la, meh aku tolong sekali."
Aishah kemudian menolong mereka bertiga. pertemuannya dengan 'Teha' sebentar tadi biarlah menjadi rahsia dirinya. sambil mengemas, dia juga berbual-bual dengan Teha. di dalam hatinya terdetik, 'insyAllah aku akan jadikan dia kawan baik aku, Teha..' Aishah tersenyum.

~TAMAT~