Sunday, April 24, 2011

INI KETIGA KALINYA

erm.. mengambil masa yang amat lama untuk siap. idea kurang sejak meninggalkan zaman persekolahan. anyway, TERIMA LAH.......,,,,


CINTA MILIK KITA


aku duduk kat kerusi setelah penat round satu shopping complex ney. tade apa yang aku nak beli cuma nak release kan tension kat kepala ney. aku duduk sambil menonton pemandangan depan aku ; orang lalu lalang, pelanggan keluar masuk kedai. tapi dalam kepala, macam-macam yang aku fikirkan. semuanya tentang family aku. mama dan abah yang da tak sehati lagi. sering bertengkar menuduh masing-masing curang. mama mahu dilepaskan tapi abah tetap dengan ego jantannya. lebih teruk lagi, diorang da tak ambil kisah pasal anak-anak. ada abang tapi da 3 tahun menghilang entah ke mana. adik pula lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap mama dan abah yang selalu bergaduh. lagi senang aku klasifikasikan keluarga aku ibarat retak menanti belah. aku menghela nafas panjang.
"hai.. sorang je?"
tiba-tiba satu suara menyapa. aku pandang ke arah suara itu dan aku sangat terkejut. satu maskot A&W ada kat sebelah aku. aku tersenyum dan berkata.
"hm.. sorang.. err.. A&W? hm.. ade promosi??"
"ouh! yah! nah!"
maskot tu bagi aku satu pamplet. kemudian dia berkata.
"our new menu kat A&W ney. cubalah!"
"nantilah saya cuba."
"err.. sori kalau saya menyibuk. aa.. awak nampak sedih. awak ok?"
"saya ok. cuma tension kerja kowt."
"ouh.. hm.."
maskot tu keluarkan sesuatu dari poket dan memberikannya kepada aku.
"lolipop?! for me?!"
aku tanya dalam nada terkejut.
"ahah.. amek la. hope u like it. ok! saya kena pergi. saya nga kerja ney."
maskot tu bangun dan melangkah pergi tapi baru beberapa langkah, dia pusing dan berkata.
"bekerja jangan sampai tension. rehat-rehatlah sikit. lagi satu, kalau ada problem, jangan pendam. nanti diri sendiri yang merana. ok?! nice to meet u! bye!"
maskot tu terus berlalu. aku tersenyum seorang diri. aku pandang lolipop kat tangan aku dan baru aku perasan sesuatu.
"eh! awak! nama aw...."
pertanyaan terbantut kat situ bila aku tengok maskot tu da jauh.
"hm.. terima kasih, En. A&W.."
**********

"ok. tempat saya da booked. menu makanan saya da uruskan. pelamin akan siap insyAllah petang esok. baju pengantin yang cik berdua tempah tu saya akan ambil dari butik petang ney. da siap da pown."
"ouh.. bagoslah kalau macam tu. Cik Fea ney memang cepat buat kerja. the best wedding planner!"
"saya buat untuk menyenangkan dan menggembirakan pengantin, cik. raja sehari mestilah nak yang perfect untuk majlis mereka kan.."
"betul tu. ok la. kami balik dulu. kalau ada apa-apa perubahan, saya akan call Cik Fea. terima kasih."
2 orang bakal mempelai itu terus melangkah keluar dari kedai aku. aku duduk semula. aku menyeluk poket mencari handphone tapi lain pula yang aku jumpa, lolipop yang maskot A&W tu bagi semalam. aku pandang lolipop tu dan tersenyum. sedikit sebanyak dengan pemberian lolipop tu aku menjadi gembira dan tenang. aku sendiri tak tahu kenapa.
"hoi! yang ko tenung je lolipop tu pehal?! tak nak makan, bagi kat aku."
suara lantang Mia buat aku terkejut.
"Mia.. ko ney main sergah je. terkejut aku."
"hehe.. tade la. yang ko tenung je lolipop tu kenapa?"
"Mia.. lolipop ney bermakna sangat bagi aku.. special!"
"ouh.. yela.. memang special! sebijik RM2.50 aku boleh dapat kat 7E."
"ko ney.. ko ta paham, Mia.. semalam aku pergi shopping complex. time aku nga duduk sorang-sorang, otak pown nga serabut sangat, tiba-tiba ada satu maskot A&W datang kat aku. dia hulur aku pamplet promosi A&W. pastu dia macam paham je aku nga serabut masa tu. bila dia da nak gerak, dia bagi aku lolipop ney siap dengan nasihat sekali."
"and so?"
"so, aku rasa aku da fall in love dengan dia la..."
"fall in love dengan maskot A&W?? aduh.. aku rasa ko ney da parah ney. ada ke nak bercinta dengan maskot?!"
"weyh! weyh! apa ko merepek ney.. aku siuman lagi la.. aku jatuh cinta dengan orang di sebalik maskot tu."
"haha.. aku gurau je la. sape nama dia?"
"hah! tu yang aku nak tau. semalam nak tanya tak sempat."
"laa.. apa punya sengal la ko ney.. tak tau nama tapi nak jatuh cinta la konon."
"tu yang aku nak cari dia malam ney. jom! teman aku pergi shopping complex semalam."
"lah.. aku juga kena teman."
"Mia, please.. ko kan kawan aku.. kawan aku yang baik, cantik, pandai, comel, caring.. aa.. apa lagi ea?"
"lagi la.. tak cukup tu.."
"alah.. ngade-ngade pulak."
"haha.. yela.. yela.. aku teman ko."
"thanks, Mia.."
**********

di shopping complex, aku duduk di kerusi yang aku duduk semasa berjumpa dengan maskot A&W tu. Mia kat sebelah aku berkata.
"macam mana kita nak jumpa dia, Fea?"
"kita tunggu kat sini. mana tau dia nampak aku nanti."
"kalau dia nampak ko pown, belum tentu dia nak datang kat ko. entah-entah dia tak ingat pown muka ko."
"ish ko ney.. nanti kalau ada maskot A&W lalu, aku tahan la.. mesti dia ingat punya. baru semalam jumpa."
"hah! yela! entah-entah yang kat dalam maskot tu mat bangla ke.. mat indon ke.. padan muka ko.."
"Mia, ko ney jangan la negatif sangat.."
"hai!"
satu suara menyapa aku dari belakang. aku terus menoleh dan alangkah gembiranya bila yang menegur aku tadi adalah maskot A&W semalam!
"err.. awak girl semalam yang duduk kat sini kan?"
"erm.. ahah.. dan awak bagi saya ney.."
aku menunjukkan lolipop yang diberikan semalam.
"yah! betul awak! so, datang sini nak cuba menu baru A&W yang saya promote semalam?"
"ouh! no! bukan.. bukan.. saya datang sini nak jumpa awak."
"jumpa saya?"
"eh! err.. tade la... saya nak jumpa awak untuk say thanks pasal lolipop and nasihat semalam. erm.. saya Fea."
"ouh.. it's okay. saya Dani."
aku dan Dani bersalaman. tapi lebih tepat lagi kalau aku cakap aku dan maskot A&W tu yang bersalaman.
"ehem.. ehem.."
Mia berdehem dan aku paham maksudnya. aku meleraikan pautan tangan aku dan Dani lantas memperkenalkan Mia kepada Dani.
"ouh.. itu Mia. kawan baik saya."
Mia yang masih duduk di kerusi tadi hanya mengangkat tangan. Dani mengalihkan pandangannya kepada aku semula dan berkata.
"hm.. bila awak nak makan lolipop tu?"
"ouh.. saya tak nak makan pown. saya nak buat kenangan."
"kenangan?"
"yela.. kenangan yang lolipop ney dari orang yang saya tak kenal tapi bagi semangat kat saya."
"dan jatuh cinta dengan orang tu."
Mia tiba-tiba menyampuk. aku da terkedu kat situ. muka aku mula panas, merah kerana malu. Mia meyambung kata-katanya lagi.
"Dani.. boleh tak awak tunjuk muka awak. just nak make sure awak ney melayu. bukan mat bangla atau mat indon. yelah kat Malaysia sekarang ney kan ramai pekerja-pekerja asing."
"haha.. saya tak boleh bukak maskot ney. tengah bekerja. tapi saya ney melayu. dont worry. ok la. saya nak sambung kerja. saya pergi dulu. bye.."
Dani melangkah dari kami tapi tiba-tiba dia patah balik dan datang kepada aku lantas berkata.
"muka awak comel sangat bila merah tadi."
dia mencuit pipiku dan terus pergi. aku makin terkedu, tak berganjak dari tempat aku berdiri tadi.
"ha ah la, Fea.. awak ney memang comel."
Mia mengajuk kata-kata Dani tadi. aku pandang Mia. Mia bangun dan berkata.
"da! ko nak keras kat situ je ke?! jom balik.."
aku tersenyum dan melangkah pulang bersama Mia.
**********

aku meletakkan frame istimewa yang aku buat sendiri kat atas meja. aku pandang frame tu sambil tersenyum.
"hah! tu dia.. betul punya angau ko ney Fea.. siap frame lolipop tu?!"
Mia menegur aku. sambil tersenyum aku membalas.
"ney bukan angau, Mia.. ney namanya menghargai.."
"ouh.. menghargai ye.. yela, Fea.. suka hati ko la. asalkan ko bahagia."
DING!DING!
loceng pintu kedai berbunyi menandakan ada customer datang.
"Mia.. ada customer tu.. ko pergi la."
Mia terus melangkah pergi menyambut pelanggan. dari tempat aku duduk itu, aku dapat mendengar perbualan Mia dan pelanggan tadi.
"selamat datang, encik. boleh saya bantu?"
"erm.. saya nak wedding planning. kat sini ikut pakej or buat asing-asing?"
"ouh.. dua-dua ada, encik. encik nak yang mana?"
"saya nak ikut pakej."
"okay.. mari saya tunjukkan pakej-pakej yang kami ada."
Mia dan pelanggan tadi berjalan menuju ke meja tempat aku berada. kini, giliran aku pula menyambut customer tu.
"selamat petang, encik.. sila duduk. encik nak wedding planning yang macam mana?"
aku bertanya kepada pelanggan itu namun pertanyaanku dibalas dengan pandangan yang tak lepas-lepas. pelanggan tersebut kaku memandangku. macam nampak hantu pulak dia.
"err.. encik?!"
"ouh! sorry.. sorry.."
dia tersenyum dan nampak gelabah sikit dengan sergahan aku tadi. aku hairan dengan perangai dia tapi aku buat bodoh je. perangai pelanggan ney macam-macam ada.
"erm.. encik nak ikut pakej yang macam mana? kami ada beberapa pakej. encik boleh tengok ney."
aku menghulurkan buku katalog dan terus berkata.
"saya cadangkan encik amek pakej ney. pakej ney siap dengan katering, baju pengantin, pelamin, dewan, kek, andaman dan kad undangan. selalunya customer memang amek yang ney sebab complete."
aku menghabiskan kata-kata dan terus memandang customer tu. dia pown sedang memandang aku. pandangannya nampak seperti dia sedang berkhayal. cepat-cepat aku mematikan khayalannya. aku mengetuk meja dan memanggil.
"encik?!"
dia tersentak.
"ouh! yah! sorry.. sorry.. apa awak cakap tadi?"
sah! dia tak dengar apa yang aku terangkan tadi. asyik nak termenung je. tapi apa pown, customer is always right. aku menerangkan sekali lagi dengan penuh sabar.
"saya cadangkan encik amek pakej yang ney. pakej ney complete. andaman, baju pengantin, pelamin, katering, dewan, kek dan kad undangan. semua da ade."
habis penjelasan aku kali kedua. aku memerhatikan mata pelanggan tersebut tertumpu pada sesuatu di atas meja. dia kemudian bertanya.
"itu lolipop?"
"err.. ahah.."
"awak framekan lolipop tu? awak buat sendiri?"
"erm.. yah.."
"wow! so sweet and surprising."
dia memandang aku dengan senyuman yang sangat manis. apa yang aku boleh kata ketika itu hanyalah...
"thank you..."
"haha.. yela.. awak cakap awak nak buat kenangan. tapi saya tak sangka awak nak framekan lolipop tu. it's nice.."
"eh! wait the minute.. macam mana awak tau semua tu?"
"because i'm the one yang menyorok kat dalam maskot A&W tu and bagi lolipop tu kat awak."
aliran darahku bagaikan terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut dia. aku rasa macam nak menjerit sekarang. menjerit kegembiraan. gembira kerana bertemu dengan orang yang betul-betul telah membuatkan hati aku berdegup kencang. orang yang real, bukan maskot.
"oh my god! u're Dani?!"
"yah! that my name.. hehe.."
mata aku tak boleh lepas daripada terpaut pada wajahnya. 100% kacak dan gayanya memang gentleman.
"so, awak ney good-looking. why nak menyorok dalam maskot tu?"
"ouh.. haha.. actually, abang saya owner A&W tu. hari tu pulak saya tengah free. so, abang saya mintak tolong buat promosi. tu yang pakai maskot A&W. saya sebenarnya freelance photographer."
dia menghabiskan kata-kata dan terus tersenyum. aku pula sejak tadi memang tak lekang dari senyum dan memandangnya. aku rasa macam tak nak lepaskan pandangan ney daripadanya. aku gembira sangat. tak terkata gembira tu. tapi, secara tiba-tiba aku terperasan sesuatu. sesuatu yang membuatkan kegembiraan dan senyuman aku pudar begitu saja.
"so, awak datang sini nak satu pakej wedding planning?"
"ouh.. yah! sure! lupa pulak saya. pakej mana yang awak cadangkan tadi?"
ya! itulah yang aku baru perasan. dia datang ke sini untuk menggunakan khidmat aku sebagai wedding plannernya. dia menempah untuk satu pakej perkahwinan. PERKAHWINAN! dia akan berkahwin! luruh hatiku bila sudah menyedari semua itu.
"Fea!"
"ouh! sorry! okay.. saya cadangkan pakej ney. memang ramai customer amek pakej ney. semua ada. kad undangan, kek, pelamin, baju pengantin, katering, andaman and dewan. complete!"
"ouh.. hm.. majlis tu nak dibuat kat rumah. so, tak payah dewan la."
"ouh. ok. kalau macam tu, amek pakej yang lagi satu ney. sama macam tadi cuma tade pakej dewan. ok?"
"kalau macam tu, boleh lah."
"okay. saya akan make sure semuanya perfect. bila tarikhnya?"
"2 minggu lagi. 4th february."
"ok! 4th february 2012."
aku membulatkan nombor 4 di kalender sambil tersenyum. tanpa pengetahuan semua orang, aku sebenarnya sedang berpura-pura. berpura-pura seperti tiada apa berlaku padahal hati aku sudah mula hancur sedikit demi sedikit. hancur kerana orang yang aku suka dan cinta ini perlu aku lepaskan untuk pilihannya. aku bukan untuknya.
**********

"Fea, menu makanan untuk wedding anak Tan Sri tu ko da tempah belum?"
"da. baru semalam. knape?"
"ouh. ok la. tadi anak Tan Sri tu call, tanya da settle ke belum."
"untuk wedding dia semua da settle la."
DING!DING!
loceng pintu kedai berbunyi dan tak lama tu terdengar satu suara lelaki yang  amat aku kenali.
"hai, Fea! err.. boleh tak kita bercakap sikit?"
aku memandang lelaki itu, Dani. dengan senyuman, dia menyambung kata-katanya.
"err.. saya nak berterus-terang dengan awak. saya sebenarnya..."
"erm.. takpelah Dani. saya da lewat nak pergi rumah customer. ada banyak lagi hal belum settle. ok la. bye!"
aku terus keluar dari kedai, masuk ke dalam kereta dan pecut tanpa arah tuju. alasan pergi ke rumah customer sengaja aku reka untuk mengelak kebenaran yang akan diterangkan oleh Dani. aku tahu dia mesti nak berterus-terang yang dia akan berkahwin. aku da cukup kecewa untuk mengetahuinya. aku tak mahu menambah kekecewaan untuk mendengar penjelasannya sekali lagi. di dalam kereta, aku memandu dengan air mata yang mencurah keluar.
**********

da seminggu aku mengelak daripada berjumpa dengan Dani. dan seminggu itu juga mataku berendam dengan air mata. aku duduk memandang lolipop pemberian Dani yang aku framekan. mindaku mula melayang ke hari pertama pertemuan aku dan Dani. kenangan yang terindah bagiku. tapi ternyata aku salah memilih. bukan Dani yang ditakdirkan untuk aku.
"Fea!"
"Mia, ada apa?"
"kau ok ta? termenung je. da seminggu ko macam ney. da la tu."
"aku ok la, Mia."
"Fea.. ko kalau nak menipu, menipu la dengan orang lain. aku ney da lama kenal ko. ko tak boleh nak tipu aku."
aku terdiam dengan kata-kata Mia. betul juga apa yang dikatakan itu. tak mungkin aku dapat menipu dia dengan keadaan aku yang macam ney. Mia berkata lagi.
"ney mesti pasal Dani tu, kan?"
aku sekadar mengangkat bahu.
"Fea.. sudah-sudah lah tu. aku tak suka la tengok ko macam ney. masam je. tak ceria langsung."
aku masih berdiam diri. melihat keadaan aku begitu, Mia meneruskan kata-katanya.
"Fea.. ada masa, hidup ney penuh dengan kegembiraan tapi ada masa kegembiraan datang untuk sementara je. yang sementara tu datang untuk mengingatkan kita bahawa kegembiraan tu benar-benar wujud. aku paham, Dani datang dalam hidup ko dan bagi kegembiraan kat ko. tapi tu kegembiraan yang sementara. aku jamin, nanti akan datang kegembiraan yang lebih besar dari tu. cheer up, Fea!"
aku memandang Mia yang sedang serius memandangku.
"Mia.. aku nak tanya sikit."
"apa dia?"
"sejak bila ko jadik motivater aku? aku tak lantik pown.."
"ish! orang nak nasihatkan dia, dia main-main pulak. hah! da la! sambunglah termenung ko tu! menyampah aku!"
Mia terus berlalu. sedikit sebanyak aku tersenyum dengan gelagat Mia tu.
**********

"mama, abah.. minumlah. Fea buat air teh je."
"terima kasih, Fea."
"erm.. senang hati Fea tengok mama dan abah macam ney."
"mama dan abah nak mintak maaf sangat. kerana kami, keluarga kita jadik porak-peranda."
"ala mama.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak dalam keluarga, kan."
"tapi kami memang bersalah sangat. abaikan anak-anak sampaikan adik kamu lari dari rumah. yang Abang Long kamu pulak da 3 tahun hilang ke mana. anak-anak abah semua da berpecah-belah."
"ala abah.. tak jauh perginya adik tu. tak lama nanti baliklah dia. Abang Long pulak......"
"assalamualaikum..."
belum habis kata-kata ku memujuk abah, satu suara garau memberi salam dari luar rumah. aku bangun untuk menyambut siapa yang datang. aku berjalan ke pintu dan membukanya.
"walaikumsalam... aaaa..... aab.. Abang Long??!"
terkejut betul aku apabila mendapati abang yang berada di muka pintu. mama dan abah yang terdengar aku memanggil Abang Long tadi terus ke pintu juga.
"i'm back!!"
"Iqbal!! ya Allah... ke mana kamu pergi, Iqbal? lama kamu menghilang.. "
abah terus memeluk Abang Long dengan erat. nampak juga titisan air mata kerinduan di pipi abah.
"abah.. Iqbal mintak maaf, abah.. Iqbal menghilang pown sebab Iqbal nak berjaya. berjaya dengan cita-cita Iqbal. abah paksa Iqbal ikut jejak abah, jadik lawyer. tu bukan minat Iqbal, abah. tapi sekarang Iqbal balik sebab Iqbal da berjaya dengan cita-cita Iqbal. Iqbal da jadik arkitek sekarang, abah."
"takpelah, Iqbal. abah da tak kisah semua tu. yang penting sekarang kamu da balik semula."
"err.. Abang Long.. Abang Long balik bawak bakal akak ipar Fea ke? sape perempuan kat dalam kereta tu?"
aku bertanya sambil menunjuk ke arah kereta Abang Long.
"ish! kamu ney. bukanlah.. tak kan tak kenal sape tu."
perempuan yang di dalam kereta itu tadi perlahan-lahan keluar dari kereta dan berdiri tegak di sisi kereta. dari situ, aku dapat melihat jelas wajahnya. wajah yang amat aku kenali.
"adik??!"
aku terus berlari ke arah adik aku yang sedang berlinangan air mata di sisi kereta itu. aku memeluknya.
"adik! adik pergi mana?! akak rindu adik sangat!"
"adik pown rindu Kak Fea. adik mintak maaf, kak. adik tak tahan duduk rumah dengan mama dan abah yang macam tu. adik mintak maaf tinggalkan akak, mama dan abah."
"adik.. adik jangan buat macam ney lagi tau. akak risaukan adik. mama dan abah pown risau sangat."
"kak.. mama dan abah..."
belum pown adik aku menghabiskan kata-katanya, aku meleraikan pelukan dan menarik tangannya. perlahan-lahan aku membawanya berjalan ke arah mama dan abah. adik tertunduk apabila dia sudah berada di hadapan mama dan abah. mama dan abah masih terdiam memandang adik.
"mama, abah.. Qis... Qis mintak maaf... Qis mintak maaf tinggalkan rumah tanpa pengetahuan mama dan abah. Qis mintak maaf buatkan mama dan abah risau. Qis... Qis..."
tanpa berkata apa-apa, mama terus memeluk adik. air mata deras keluar dari mata mama dan adik. abah mengusap-usap belakang badan adik tanda sudah memaafkan adik. Abang Long tersenyum di sisi abah. aku pula, walaupun air mata masih mengalir, namun senyuman gembira terpapar di bibir. aku gembira keluarga ku kini telah bersatu kembali.
**********

"syukurlah family ko da ok semula, Fea."
"memang aku bersyukur sangat, Mia. ko tau, time aku nampak je Abang Long aku kat depan pintu, aku rasa gembira sangat. rasa gembira macam baru lepas keluar dari penjara tau."
"haha.. apa la penjara. haha.. hah! abang ko da jadik arkitek. adik ko tu macam mana?"
"5 bulan dia lari dari rumah tu, rupa-rupanya dia tinggal dengan Abang Long dan sambung belajar kat SEGi College. dia amek course hospitality. Abang Long yang tanggung kos belajar dia."
"wah.. bertanggungjawab betul Abang Long ko. berapa umur dia sekarang?"
"aku da 27. dia da 28 lah sekarang. kitorang beza setahun je."
"ouh.. dia da ade awek?"
"lah.. ney tanya lebih-lebih, ada hati ke?"
"hehe.. ada la sikit. hensem la dia tu."
"mana ko kenal pulak ney?"
"ko kan ade tunjuk gambar dia dulu. kat dalam fon ko."
"hah! yela. tu dulu. 3 tahun lepas."
"ala.. sekarang da berubah ke muka dia?"
"ha ah. berubah. da tua kerepot muka dia. hahaha.."
"ko ney Fea. agak-agak la nak kutuk abang pown."
"hahaha.. suka hati aku lah. weyh, aku nak pergi rumah Dani. nak settlekan pelamin kat rumah dia. wedding dia besok. kang tak sempat pulak nak hias cantik-cantik."
"nak ikut!"
"lah.. kalau ko ikut sape pulak nak jaga kedai. hah! lagipun Abang Long aku cakap kejap lagi dia nak datang."
"eh. ye ke? oklah. aku jaga kedai."
"eleh. gatal!"
Mia tersenyum tersipu-sipu. aku terus melangkah keluar dari kedai dan masuk ke dalam kereta. enjin dihidupkan dan aku terus meluncur ke alamat no 34, Jalan 10/3, Taman Putra, Ampang. di dalam perjalanan, aku ditemani suara riang dj radio je. dj tersebut sedang melayan satu panggilan dari pemanggil.
"okay. kat sini ada lagi satu pemangil. halo! sape tu?"
"halo! saya Dani."
'Dani?! Dani ke? ish. tak mungkinlah. ramai lagi orang nama Dani kat Malaysia ney. tak kan dia.'
hati aku berbisik setelah mendengar suara pemanggil itu memperkenalkan diri. dj tersebut terus berkata lagi.
"okaylah, Dani. salam era nak disampaikan kepada siapa?"
"saya nak sampaikan salam saya kat orang yang saya baru je jatuh cinta tapi dia da nak jauhkan diri daripada saya."
"laa.. macam mana tu? baru jatuh hati da kena reject ke?"
"entahlah. saya pown tak tau kenapa dengan dia. dia macam nak jauhkan diri dari saya. asal saya nak jumpa or terjumpa, mesti dia mengelak. banyak kerja katanya."
"laa.. kesian Dani. so, sekarang ney Dina bagi peluang kat Dani untuk cakapkan sesuatu kat orang tu. mana tau kalau dia dengar, lembut pulak hati dia nanti."
"okay.. saya nak mintak maaf kalau saya ada buat salah kat awak. saya tak tau kenapa awak jadik macam ney. terus terang saya cakap, saya memang da suka dan sayang kat awak. saya rindu awak. saya tau kita baru kenal. saya pown tak tau macam mana saya boleh fall in love dengan awak. saya nak jumpa awak, walaupun sekejap. please la.."
"hah. merayu betul Dani ney. sape nama orang tu, Dani?"
TUT!TUT!TUT!
"alamak.. talian terputus pulak. Dina baru nak tau sape nama orang yang Dani sayang sangat tu. okay! takpelah. kepada orang yang Dani maksudkan tadi tu, Dina harap bawak-bawak lah jumpa Dani dan berbincanglah apa yang patut. kalau still sayang, say it. tapi kalau dah takde pape perasaan, cakaplah perkara sebenar kat Dani tu. okaylah! Dina nak mainkan lagu permintaan dari Dani tadi. ini dia 'Grenade' daripada Bruno Mars. dengarkan di era."
lagu dimainkan dan otak aku pula mula terbayangkan Dani.
'tu Dani ke? orang yang dia baru jumpa? aku? fall in love? tapi dia da nak kawin esok. ahh!! tak mungkin Dani tu. Dani yang lain ney.'
aku bermonolog di dalam hati. aku meneruskan fokus kepada pemanduan aku. 20minit kemudian, aku sampai di rumah Dani. aku keluar dari kereta dan melihat kerja-kerja memasang khemah sedang dilakukan. mataku terus meliar mencari Dani.
"Fea! sampai pown."
"Auntie.. sorry lambat sikit. jalan jam tadi."
"eh, takpe. tak lambat pown. orang-orang yang nak pasang pelamin ney pown baru je sampai."
"ouh.. hm.. Dani mana, Auntie?"
"Dani? entah. awal pagi tadi dia da keluar. hah! sinilah Auntie kenalkan dengan pengantin perempuan."
Auntie Shila menarik aku terus ke bilik pengantin. aku masuk ke dalam bilik tu dan nampak seorang perempuan yang cantik sangat. perempuan tu sedang mencuba baju pengantin. belum lagi Auntie Shila memperkenalkan perempuan tu, aku da dapat agak yang dia adalah pengantin perempuan yang dimaksudkan. rautnya yang cantik menawan tu memang padan pown dengan Dani.
"Fea.. ney Auntie kenalkan pengantin perempuannya."
"hai, saya Fea."
"hai.. i Ninie. so, u wedding planner i, kan?"
"yup. kenapa, Cik Ninie. ada apa-apa yang tak ok ke?"
"no! semuanya perfect! baju ney pown cantik sangat. thank you very much buat wedding i macam ney. i tak sabar nak tengok u buat pelamin nanti. make sure betul-betul cantik tau."
"saya memang da aturkan yang paling cantik untuk wedding Cik Ninie ney. Cik Ninie jangan risau. pekerja-pekerja profesional da mula buat pelamin tu. insyallah petang ney siap."
"okay la. Ninie borak-borak dengan Fea ney. mama nak tengok orang buat pelamin."
Auntie Shila terus melangkah keluar dari bilik. Ninie tersenyum mendengar kata-kata ku tadi. aku tau perasaan dia macam mana. perasaan menjadi raja sehari. takut, gementar, gembira. semua ada.
"hm.. Fea. pelamin warna apa?"
"err.. pengantin lelaki, Encik Dani order warna purple."
"Dani? ouh. u kenal dia as Dani? okay.. kat rumah ney family dia panggil dia Hazeeq."
'Hazeeq? ouh.. maybe nama penuh dia Daniel Hazeeq. yela. manalah aku nak tau nama dia. hari tu pown kitorang kenalkan diri guna nama pendek je.'
aku berkata di dalam hati sambil mataku memerhatikan Ninie yang sedang menggayakan baju pengantinnya di depan cermin. aku memuji kecantikannya.
"erm.. cantik Cik Ninie pakai yang tu."
"ouh.. thanks. yang ney mama Hazeeq yang pilihkan."
"ouh.. yah! saya ada dengan Auntie time pilih baju ney. Cik Ninie ney cantik, pakai apa pown cantik."
"u puji i, u tu pown cantik jugak. u da kawin?"
"eh! belum lah."
"ouh. u da ade boyfriend?"
"hehe.. pown belum."
"hah! kalau macam tu, i suggest kat u, jangan carik boyfriend yang macam Hazeeq tu. obses sangat dengan kerja, sampai i ney pown kena tolak kat tepi kadang-kadang. wedding kitorang ney pown adik dia yang banyak uruskan. i pulak baru sampai dari UK. so, tak sempat nak tolong adik Hazeeq tu uruskan. but, luckily adik Hazeeq tu pandai cari wedding planner macam u ney. everything perfect!"
"kuat kerja baguslah, Cik Ninie. duit banyak masuk, senang hidup nanti."
"erm.. yela tu. tapi nasib baik Hazeeq tu setia orang nya. that why la i suka kat dia. nowaday, susah nak carik guy yang betul-betul setia."
aku sekadar mengangguk menunjukkan setuju. bertuah Ninie dapat Dani. setia, caring, kuat kerja. tiba-tiba aku teringat hari pertama aku berjumpa dengan Dani. dia prihatin dengan keadaan aku walaupun dia tak kenal aku. Dani sangat baik hati. bagi aku lolipop dan nasihat yang berguna. aku mula tertawan dengannya walaupun masa tu tak nampak lagi wajahnya. time tu jugak aku da dapat rasakan yang dia adalah orang yang tepat untukku. tapi, tekaan aku silap. ternyata, Ninie lebih memahaminya dan yang paling layak untuk Dani.
**********

"Mia! sini jap!"
"ape ko nak? aku tengah busy ney.."
"ala.. sini jap. kejap je."
"aku tengah susun event untuk wedding Dani esok."
"sekejap je lah."
Mia memandang aku dengan muka yang tidak berpuas hati dan kemudian berjalan ke arah aku sambil membebel.
"aduhai, Fea. aku tengah buat kerja lah. ape yang ko nak ney?"
"Mia.. semalam aku pergi rumah Dani, kan?"
"yelah ko pergi rumah dia. tak kan ko pergi rumah orang-orang tua plak. eh! hah! ko taw, time ko pergi rumah Dani, Abang Long ko datang, Fea. ya Allah, Fea. Abang Long ko tu hensem lagi macam dulu, Fea. lepas tu, kitorang duduk berborak sampai ke petang, Fea. happy giler aku, Fea. lagi tambah happy bila Abang Long ko cakap....."
"eh! jap! jap! nanti dulu. cerita ko tu tak best. ko dengar dulu cerita aku ney. lagi best. semalam aku pergi rumah Dani. tapi, Dani tak ade kat rumah. Auntie Shila cakap dia da keluar. pastu Auntie tarik aku pergi jumpa wife Dani. pergh! ko nak tau, perempuan tu memang cantik giler, Mia..."
"cantik giler?! ouh.. no wonder lah Dani reject ko.."
"Mia! sampai hati ko cakap camtu.."
"yelah. Dani nak perempuan yang cantik giler. yang ko ney cantik tapi tak giler. so, memanglah ko kena reject."
"Mia.. jap lagi kalau ade kasut saiz 7 kat dalam mulut ko tu, ko jangan salahkan aku ea.."
"eh! tak.. tak nak.. aku gurau je lah. hah! sape nama wife dia yang cantik giler tu?"
"Ninie.."
"ouh.. kenapa dia tak pernah datang sini discuss untuk wedding dia ney?"
"dia baru sampai dari UK. tapi, aku pelik satu benda ney. sampai hari aku pikir."
"ape?"
"Ninie cakap, Dani tu obses dengan kerja sampaikan wedding diorang ney pown adik Dani yang banyak uruskan."
"adik Dani? Dani ade adik ke? pernah ke adik dia datang discuss dengan kita?"
"hah! tu yang aku hairan sangat tu. setahu aku, Dani sendiri yang selalu datang discuss dengan kita. tak pernah ade orang lain. ade pown, Auntie Shila je. tu pown cuma time pilih baju kat butik-butik tu."
"erm.. aku rasa, Dani memang da jumpa wanita idaman dia lah."
"kenapa pulak?"
"yelah. dia nak perempuan yang cantik giler. tu da dapat lah tu. cantik dan giler. pakej! hahaha.. da sah-sah lah semua urusan Dani yang buat sendiri. ade ke cakap adik Dani pulak. hah! giler lah tu. betul tak?"
"hahahahaha.. ko ney, Mia. sesuka hati ko je nak mengata orang. Mia.. Mia.."
aku dan Mia ketawa . Mia kemudian pergi menyambung semula kerja yang tertangguh tadi. aku pula, duduk menyemak senarai bil-bil bayaran yang telah dijelaskan oleh pelanggan. tiba-tiba aku terpandang lolipop yang sangat istimewa bagiku yang telah aku framekan dulu. satu-satunya kenangan daripada Dani. tidak dapat aku nafikan, walaupun aku sudah cuba melupakan dia sepenuhnya, namun ada ketika dia datang menyerang mindaku. senyuman dan pandangan matanya kadang-kala membuatkan aku terbuai di dalam mimpi. mungkin itu yang dinamakan penangan cinta pertama. aku tersenyum bila memikirkan semua tu.
'sudah lah, Fea. da tade jodoh. nak buat macam mana...'
aku memujuk hati kecilku.
**********

kereta yang dipandu oleh Mia bergerak menuju ke destinasinya, majlis perkahwinan Dani. aku yang berada di sebelah Mia hanya berdiam diri. macam-macam bermain di minda. macam mana aku nak tunjukkan perasaan aku? boleh ke aku kawal emosi aku? macam mana kalau ade orang perasan? apa aku nak buat? lampu isyarat merah dan Mia memberhentikan kereta. aku masih berdiam diri. Mia menegur.
"Fea, kenapa diam je? ko okey?"
"hm.. aku okey.."
itu je yang mampu aku jawab. Mia terus memandang angka di lampu isyarat. 96 saat lagi. mungkin bagi orang lain, 96 saat itu begitu lama tapi bagi aku 96 minit pown terasa sekejap.
"Fea.. ko macam tak okey je? kalau ko tak sihat, aku hantar ko balik. ko tak payah pergi majlis Dani ney.."
"tak! tak! aku okey.. cuma tengah berfikir..."
"pikir ape?"
"pikir macam mana kalau aku tak boleh nak kawal emosi aku kat sana nanti. aku kena tengok orang yang aku sayang kat atas pelamin, bersanding dengan orang lain. aku kena buat muka gembira, ceria..tapi aku takut aku tak boleh nak sembunyikan apa yang aku rasa kat dalam hati ney."
"Fea.. ko cakap hari tu, ko da lupakan dia."
"hm.. not so easy, Mia. aku cuba sedaya-upaya tapi aku sedar, memang tak semudah itu."
"hm.. kalau macam tu, ko tak payah pergi. aku hantar ko balik."
"Auntie Shila suruh aku datang, Mia. dia nak jugak aku datang."
"okey.. takpelah.. kat sana nanti, aku cover ko kalau pape jadik. okey?".
aku hanya tersenyum. lampu isyarat bertukar hijau. Mia menekan minyak dan kereta bergerak semula menuju ke rumah pengantin.
**********

"assalamualaikum, Auntie Shila. sorry lambat sikit."
"takpe.. semua okey kat sini. mana Mia?"
"ouh.. Mia terus pergi kat katering. sure takde apa-apa masalah, Auntie?"
"takde apa.. semua under Fea ney perfect sangat. jap lagi da nak bersanding. Fea nak tengok Ninie dulu? dia ada kat dalam bilik, tengah make up."
"ouh.. takpe lah.. bia dia make up dulu. saya nak pergi kat katering.. jumpa Mia jap."
"okey.. Auntie kena stay kat sini. mak pengantin, kena sambut tetamu je lah. hehehe.."
aku tersenyum dan terus mengangkat kaki ke bahagian katering, jumpa dengan Mia.
"Mia.... jap lagi diorang nak sanding da.. ko pergi sana, aku tunggu sini. aku tak boleh tengok la, Mia.."
"lah.. okey. ko duduk sini, makan ke.. minum ke.. tak pown ko tolong Kak Izah tu masak. aku pergi tengok pengantin. nanti kalau Auntie Shila tanya pasal ko, aku cover. okey?"
aku mengangguk. Mia tersenyum dan ketika itu juga terdengar riuh rendah orang berkata yang pengantin sudah sampai. Mia berkata.
"hah! tu pown diorang. sure ko tak nak tengok?"
aku menggeleng.
"hm.. yelah. aku pergi dulu. ko stay sini jangan menangis pulak. control emosi tu."
Mia mengangkat kaki pergi. aku duduk di meja pekerja katering itu. seketika kemudian, bermain-main wajah Dani di fikiran. satu per satu reaksi wajah Dani berlegar di minda.
"erm.. Fea? nape duduk sini? tak tengok pengantin?"
Kak Izah, pengurus katering itu menegur aku.
"ouh.. erm.. erm.. saya.. saya.. saya lapar.. hah! lapar. saya nak makan dulu. dari pagi belum makan ney."
"ouh.. nape tak amek je kat situ.. ade makanan yang belum di bawak ke depan. takpe.. takpe.. akak amek kan ea."
Kak Izah berlalu mengambilkan makanan untuk aku. aku menghela nafas lega.
'fuh.... nasib baik reason aku menjadik.'
Kak Izah kemudian datang kepada aku semula dengan menatang sepinggan makanan dan segelas air.
"haa.. nah! makan ea. da kenyang nanti barulah boleh tengok pengantin.. okey lah. akak nak buat kerja sikit tu."
Kak Izah pergi dengan senyuman. kini apa yang ade di depan aku hanyalah sepinggan makanan dan segelas air. aku tenung kedua-duanya tapi apa yang aku lihat adalah lolipop! lolipop pemberian Dani. wajah aku serta merta berubah. aku memang tidak dapat mengawalnya lagi. aku tertunduk. air mata berlinangan apabila membayangkan Dani dan Ninie di atas pelamin.
"hei.. kenapa menangis kat sini?"
tiba-tiba satu suara menyapa aku. aku mengesat air mata tadi dan terus mengangkat muka. ketika itu juga aku terkejut teramat sangat apabila maskot A&W yang berada di depan aku. tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut aku. maskot tersebut kemudian menghulurkan sesuatu. lolipop! dia menghulurkan lolipop!
"nah! untuk awak.."
"err.. Dani?"
"yes! i am.."
"awak...."
"kenapa? pelik? sepatutnya saya kat atas pelamin, kan?"
mulut aku kembali terkunci. bagai tak boleh terbuka untuk berkata-kata.
"Fea.. Fea.. kadang-kadang, dalam hidup ney, kita salah mentafsir. tapi kita rasa tafsiran kita tu betul sangat. awak da salah anggap, Fea. hari ney adalah hari perkahwinan abang saya, Daniel Hazeeq. bukan saya..."
maskot tersebut menanggalkan kepalanya dan jelas kelihatan wajah Dani di dalam maskot itu.
"kenalkan, saya Daniel Rafeeq. adik lelaki pengantin yang tengah bersanding tu, Cik Sofea Adira."
Dani tersenyum. aku yang dari tadi tergamam di kerusi itu mula mendapat kekuatan untuk bangun. aku pandang tepat ke mata Dani dan aku terus memeluknya. terasa seperti ada sesuatu yang dapat aku lepaskan dari fikiranku. sesuatu yang membuatkan aku bingung selama ney. aku tersenyum di dalam dakapan Dani. dan ketika itu juga, tiba-tiba suara Mia kedengaran.
"Fea! Fea! aku... aku nak bagita... ouh.. okey.. sorry ganggu korang."
Mia terhenti langkah apabila mendapati aku bersama dengan Dani yang memakai maskot itu. aku meleraikan pelukan tadi dan terus memandang Mia.
"erm.. Mia.. apa ko nak bagitau?"
"aaa... aku rasa... ko pown da tau apa yang aku nak bagitau ney.. erm... hi, Dani!"
"hi.."
"hmm.. so.. korang tak nak pergi tengok pengantin ke?"
Mia bertanya kepada aku dan Dani. aku memandang Dani. dia terus berkata.
"mestilah nak. tu kan abang saya. jom!"
Dani menarik tangan aku berjalan ke dalam rumah, tempat pengantin bersanding. sampai di dalam rumah, kami berdiri di sudut rumah menyaksikan orang ramai yang sedang mengambil gambar pengantin yang sedang bersanding. aku lihat Dani tersenyum memandang abangnya di hari bahagia itu. dia kemudian membongkokkan badannya dan berbisik di telinga ku.
"kalau saya yang duduk atas pelamin tu, saya nak awak yang ada kat sebelah saya. i love you..."
aku tersenyum memandang Dani. walaupun hari ini merupakan hari bahagia untuk Daniel Hazeeq dan Ninie.. namun, hari ini adalah hari yang paling amat sangat gembira untuk aku, Sofea Adira.


_ _TAMAT_ _