Wednesday, June 27, 2012

KEINDAHAN SEBUAH PERCINTAAN

HOY DAN HEY ! CERITA NI AKU BUAD MASA AKU FORM 5. DA LAMA, TAPI BARU JUMPA BALIK. SO, ENJOY LAH... KALAU TAK ENJOY, SENDIRIK PUNYA PASAL...

"woi! berangan je!"
sergahan daripada Jaja sedikit sebanyak membuatkan bahu aku terangkat.
"woi! banyak la kau punya berangan. ni namanya termenung fikir masa depan. hahahahaha..."
"fikir masa depan la sangat, Meng. malam ni kau pergi surau ke tak?"
"aku tak pergi la. malam ni ibu dengan abah nak jumpa. kau pergi?"
"insyAllah. malam ni ada ceramah Ustaz Hamdi."
"ouh, yeke? hm.. tak apa la. ibu dengan abah nak jumpa. kesian pulak kat diorang. datang jauh-jauh."
"hm... yela."
"haaaa.. kau tolong dengarkan untuk aku ea."
"yela, yela.. ok la. aku nak gerak dulu. kau kirimkan salam aku untuk ibu dengan abah ea. bye.."
"bye!"
Jaja terus beredar dari bilik aku. memang begitulah rutin harian aku dan Jaja di Universiti Sains Teknologi ni. sejak aku jumpa ibu dan abah, hidup aku terus berubah. dulu aku seorang yang liar. islam hanya pada kad pengenalan saja. alhamdulillah aku jumpa ibu dan abah. ibu dan abah adalah pemilik sebuah pusat pemulihan akhlak. banyak yang aku belajar di situ. jam da menunjukkan pukul 8.21 malam. terus aku bersiap untuk pergi ke restoran yang ibu dan abah janjikan. kereta ku pandu dengan cermat menuju ke Restoran Sofiyah. 45 minit perjalanan, sampai juga aku di restoran itu. aku nampak ibu dan abah berada di sudut restoran. mereka masih tak perasan kehadiran aku. ketika itu, otak aku terus ligat berfikir untuk memeranjatkan mereka.
"GAHHH!!! assalamualaikum..."
"astagfirullah... walaikumsalam. kakchik ni, terkejut ibu."
"saja nak terkejutkan. apa khabar, ibu? sihat?"
aku bertanya sambil mencium tangan ibu. belum pun aku mendengar jawapan daripada ibu, suara abah yang kedengaran dulu.
"ai.... tanya kat ibu je ke? yela... siapa la abah ni...."
"alamak, bu. kakchik dengar nada-nada orang tengah merajuk la. hahahaha... yela, yela... abah ok?"
"hm.. ok la agaknya."
aku dan ibu tertawa apabila melihat abah seperti orang merajuk.
"alalalalalaa abah... merajuk sudah.. hahahaha....eh! kenapa ibu dengan abah tak order makan lagi?"
"kejap. kita tunggu seorang lagi."
"seorang lagi?"
"hah! tu pun dia..."
abah berkata sambil melambaikan tangan ke arah seorang lelaki yang macam sedang mencari-cari orang. setelah lelaki tersebut ternampak abah, dia terus berjalan menuju ke arah kami.
"assalamualaiku, abah."
dia bersalaman dengang abah.
"assalamualaikum, ibu."
dia memandang ibu dan menundukkan sedikit kepalanya. kemudian, memandang aku dan melemparkan senyuman.
"kenapa lambat?"
"Ammar sesat sebenarnya, bah."
"laa.. macam mana boleh sesat?"
"abahnya, kalau ye pun kita order la dulu. budak-budak ni da haus da."
"eh! ye tak ye. waiter!"
pelayan restoran datang dan mengambil pesanan. siap, dia terus ke kaunter meninggalkan pesanan tadi. lelaki yang hanya aku kenal dengan nama Ammar itu mula bercerita semula.
"hah! abah tau, tadi Ammar da sampai Jalan Delima ni. tapi maklum la, first time sampai kat sini, Ammar terlajak sampai ke Sayong. fuhh... jenuh Ammar pusing balik. tu yang lambat tu."
"astagfirullah.. lain kali alert la dengan signboard."
Ammar sekadar tersenyum mendengar pesan ibu. giliran abah pula bersuara memperkenal aku.
"hah, Ammar. ni la Zira. ingat lagi tak?"
aku terkejut. dalam hati berkata.
'ai... mamat ni kenal aku ke?'
tapi aku diam dan buat muka selamba.
"hm.. Zira study mana?"
"UTS Bangi."
"ouh.. baru ke da nak habis?"
"da tahun last sekarang ni."
"ambil course apa?"
"pharmacy."
habis saja aku menutur kata, waiter datang menghantar pesanan kami.
"hah! abah. ada apa sebenarnya ajak Ammar ke sini?"
"tak ada apa-apa. saja nak bersembang dengan kamu berdua ni. lama kita tak duduk minum macam ni."
sementara abah tengah berborak dengan Ammar, aku berbisik kepada ibu?
"bu, siapa ni? kenapa dia kenal kakchik pulak?"
ibu tersenyum dan membalas dengan berbisik juga.
"kakchik tak ingat Ammar ke?"
pantas aku menggeleng. ibu berkata lagi.
"cuba tengok parut kat tepi kening belah kanan dia tu."
mata ku terus memandang wajah Ammar. kemudian aku memandang ibu semula dengan muka penuh tanda tanya. ibu berkata.
"kakchik ingat tak dulu kakchik pernah accident?"
mindaku terus melayang menerjah peristiwa yang pernah berlaku ketika zaman gelapku. ketika itu, aku bersama kumpulan mat-mat motor yang memang tak tentu arah dan tiada masa depan. walaupun ketika itu umur aku cuma 15 tahun, aku berpacar dengan salah seorang mat motor, Cezh. satu malam, Cezh mahu menghantar aku pulang. seperti biasa, perangai mat motor, menunggang motosikal dengan kelajuan 160 hingga 180 km/j sudah menjadi keperluan. aku yang membonceng di belakangnya pula sudah tidak hairan dengan perangai berani matinya itu. semasa di selekoh tajam, Cezh terbabas dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan. aku dan Cezh tidak mengalami kecederaan yang teruk kerana kami tercampak ke rumput tepi jalan. namun, penunggang motosikal yang dilanggar oleh Cezh tadi sudah tergolek atas jalan. aku nampak kepalanya sudah berdarah. aku bangun dan cuba nak membantu. aku panggil Cezh.
"Cezh! tolong laorang tu. kepala dia berdarah la."
"biar la. dia nak mampus pun i tak kisah. jom, blah!"
"Cezh! u yang langgar dia. cepat la tolong dia!"
"tak payah! da, jom berambus dari sini. nanti kalau ada orang nampak, lagi cari pasal namanya."
Cezh menarik tangan aku naik atas motor. motor Cezh bergerak tapi aku sempay memandang lelaki tadi yang sedang berusaha bangun dengan kesakitannya. dalam pekat malam, aku tak nampak muka lelaki itu.
"kakchik!"
suara lembut ibu melenyapkan memori tadi. aku berbisik kepada ibu.
"ibu, dia ke orang yang Cezh langgar tu?"
"haaa... ingat pun. Ammar ni la yang Cezh dengan kakchik langgar lari dulu. dia ingat kakchik sampai sekarang tau."
"macam mana dia boleh ingat, bu?"
"Ammar ni selalu datang Rumah Harapan Bakti tu. adik dia pernah masuk situ. adik dia dulu sama macam kakchik juga. tapi adik dia da tak ada. meninggal sebab ketagihan dadah. tapi, Ammar ni selalu datang walaupun adiknya da tak ada kat situ. masa Ammar datang rumah tu, Ammar nampak kakchik. selepas tu, dia terus cerita tentang kemalangan tu kat ibu. sejak dari tu, dia makin kerap datang rumah tu. nak tengok-tengokkan kakchik. dia kata tengok kakchik boleh buatkan dia teringat kat adik dia, Joehanna."
penjelasan ibu membuatkan aku rasa serba salah. perlu ke aku minta maaf kerana parut di wajahnya itu.
"abahnya, borak dua orang je ke?"
"ini hal lelaki. perempuan tak boleh dengar."
"hmm.. yela. Ammar, ni Zira nak minta maaf."
"hah?!"
aku terkejut bertambah blur bila ibu berkata sedemikian. Ammar memandang aku sambil berkerut kening. dia bertanya.
"minta maaf untuk apa?"
"hah?! aaaaa..... entah! eh! tak! tak! saya nak mintak maaf pasal tu. kat tepi kening awak tu."
"ouh. pasal parut ni. tak ada apa-apa. eh! awak da ingat saya?"
"hm.. tadi tak. tapi ibu da cerita. sorry pasal tu. tak pasal-pasal ada parut. jatuh market awak. hahahaha...."
lawak menjadi aku membuatkan semua tergelak. abah berkata.
"haaa... disebabkan kakchik yang buat dia jatuh market, so kakchik la yang kena jadik pasangan Ammar ni. hahahaha.... ok jugak tu."
"eh, abah ni. ke situ pulak."
Ammar menekah. aku hanya tersenyum. ibu pula berkata.
"hah! senyum tanda setuju. kakchik setuju ea?"
"mana ada, bu. kakchik senyum tak ada makna apa-apa pun."
kami sambung berbual sambil minum dan makan. sesekali mata aku terpandang parut di muka Ammar tapi tiba-tiba Ammar terperasan aku memandangnya. terus aku mengalihkan pandangan.

*****

"ok, class! please pass up your result next two weeks. that all for today. thank you and enjoy your research."
Prof. Anees tersenyum dan terus melangkah keluar dari dewan kuliah. aku mengemas barang-barang dan ketika itu juga Jaja datang kepada ku.
"Meng! Meng! aku da jumpa tempat untuk buat research! ni, Kampung Gajah Menyusu."
"hahaha... comelnya nama kampung ni. kat mana tu?"
"kat Pahang. ok la."
"mana kau tau tempat tu ok?"
"aku da siasat da tempat tu. google la yang banyak membantu. hehehehe..."
"ceh! poyo! sebenarnya aku pun da jumpa. kat Perak. Kampung Serambu."
"ala.. kita pergi satu tempat kan senang. lagi seronok ada kawan."
"hm... aku rasa, aku nak pergi Perak."
aku bangun dan menggalas beg. Jaja mengikuti aku. kami keluar dari dewan kuliah, berjalan di kaki lima bangunan akademik itu. Jaja merengek lagi.
"ala.... tak best la macam tu. kau ni tak cool la.."
"adoyai, aku pulak yang kena. nanti la kau fikirkan."
"ok! aku tunggu. tapi jangan lam-lama. aku nak gerak Pahang lusa tau."
"ye. ok la. aku nak balik dulu. kau nak jumpa Prof, kan?"
"tadi rasa macam nak jumpa. sekarang rasa tak nak pulak. penat. jom la balik."
aku menggelengkan kepala melihat perangai kawan aku ni. kami jalan sampai ke bus stop. aku duduk memerhatikan sekeliling. mata aku tertancap kepada seorang budak perempuan dengan buah hatinya sedang bermesra. aku teringat sejarah lampau aku. saat aku bersama Cezh. hidup aku banyak rosak selepas jumpa dia. memang pada awalnya, dia sangat baik dengan aku. tapi, lama-kelamaan dia menarik aku ke kancah maksiat dan najis dadah. dengan mengenali Cezh, aku mula tahu apa itu ganja, heroin, syabu, ecstacy dan macam-macam lagi. banyak kali jugak aku menggunaka benda-benda haram itu. itu semua Cezh yang kenalkan kepada aku.
"sayang....i dapat barang baru. u try la."
"apa ni?"
"ala.. gula-gula biasa je. macam yang budak-budak ni selalu ambil tu."
"gula-gula?! hey! i bukan budak kecil la. ni bukan gula-gula. benda apa ni?"
"hahaha.. yela, yela.. ni benda biasa la. try la. sedap. bagi u release kepala otak tu."
disebabkan nafsu ingin mencuba yang membuak-buak. aku terus mengambil 2 biji pil yang dihulurkan oleh Cezh. aku masukkan ke dalam mulut dan terus menelannya. selepas itu, kepala aku rasa macam di awang-awangan. aku rasa macam tengah terbang. fikiran aku kosong. tiada apa yang aku fikirkan selain gembira. dunia aku berbeza. aku tak tau apa sebenarnya yang terjadi. esoknya, bila aku buka mata, aku kat atas katil, tangan Cezh melilit tubuh aku. aku pandang Cezh yang tidak berbaju dan masih lena. aku tak tau apa yang terjadi malam tadi. apa yang aku buat dengan Cezh? kitorang tidur satu katil ke? aku terus kejutkan Cezh.
"Cezh! bangun! bangun! i nak balik."
Cezh tidak menjawab. malah dia menarik badanku merapati tubuhnya. dia memeluk ku erat.
"Cezh! i nak balik. bangun la. hantar i."
"bising la u ni. baru pukul berapa nak balik. nanti la."
"tak boleh. hari ni parents i balik dari outstation. nanti kalau diorang sampai sebelum i, siapa susah? i jugak."
"hm.. yela! yela!"
Cezh melepaskan tangannya dari badanku, dia menyarung baju. sebelum bangun dari katil, dia sempat mengucup lembut pipiku.
TONN! TONNN!!!
bunyi hon kereta membuatkan aku tersedar dari angan tadi. mengingatkan peristiwa lampau, aku cepat-cepat beristighfar. tiba-tiba aku terdengar orang memanggil namaku.
"Zira! Zira!"
aku pandang pemandu kereta yang membunyikan hon tadi.
"Ammar, ada apa?"
"Zira tunggu bas?"
belum sempat aku menjawan, Jaja di sebelahku bersuara.
"tak ada la. kitorang tengah tunggu pesawat peribadi . kejap lagi mendarat la tu. kereta awak boleh tepi sikit tak? nanti kena lenyek pulak."
''ouh.. yela. orang ada pesawat. apa la sangat kereta saya ni kan."
"eh! Ammar, jangan terasa. Jaja ni memang macam ni. gurau kasar."
"aik! aku pulak gurau kasar?! aku cakap betul apa?"
Jaja membalas kepada ku. Ammar yang di dalam kereta Toyota Alphard 2.0 tersenyum.
"da la. pesawat tu tak datang hari ni. tadi hantar workshop. enjin rosak. meh awak tumpang kereta saya ni. kereta saya ni pun besar tak kurang macam pesawat. sila la."
"tak apa ke nak hantarkan kitorang?"
"tak apa. saya ok je. jom! ajak kawan Zira tu sekali."
aku terus menarik tangan Jaja memasuki kereta tersebut. dalam perjalanan, suasana di dalam kereta hanya dipenuhi dengan suara deejay radio saja. aku duduk di sebelah Ammar, Jaja pula di sit belakang sedang memegang telefonnya. mungkin sedang main mesej. dalam senyap itu, aku membuka bicara.
"Ammar, awak duduk mana?"
"ouh.. saya tak tetap. kejap kena duduk KL, kejap kena turun Melaka. buat masa sekarang, stay kat sini la. kerja."
"awak kerja apa?"
"saya marketing executive. kena pergi sana sini nak cari klien. cari syarikat nak buat rakan niaga."
"ouh.. kampung awak kat mana?"
"Pahang..."
"Pahang?! Pahang kat mana?"
suara Jaja bertanya dari belakang. aku tau kenapa dia begitu teruja mendengar perkataan 'Pahang' buat masa ini. mesti tentag research projek semester ini.
"kampung saya tu orang tak kenal sangat. Kampung Gajah Menyusu."
"hah?! Kampung Gajah Menyusu?!"
aku dan Jaja separuh menjerit. Ammar berkerut hairan melihat reaksi kami berdua.
"eh! apasal kamu dua orang ni? saya tau, mesti kamu kelakar kan dengar nama kampung tu. kamu tau ke kampung tu?"
"hah! bagus la kalau tu kampung awak. boleh tolong bawak saya ke sana?"
"eh! kamu nak buat apa ke sana? nak meminang saya ea...."
"ish! tak pasal nak minang awak. tak... saya nak buat research kat sana. untuk projek sem ni."
"ouh... boleh, boleh. hah! lagipun kampung saya tu memang ramai budak datang buat research. dekat je tempatnya dengan rumah mak saya."
"waaaaa.... lagi bagus kalau macam tu. hah, Meng! aku da dapat tempat. baik kau ikut aku. senang!"
"Meng? apa tu?"
"eh, itu nama panggilan si Zira ni. tapi saya je tau boleh panggil nama tu. hahahaha.."
"ouh. hahahaha... erm, kamu dua orang ni tak sama tempat research ke?"
"tak. saya pilih kat Perak."
"pergi sama tempat kan senang. hah! awak dua orang boleh duduk rumah mak saya."
"hah! bagus la. lagi bagus. Meng! kita pergi Pahang je la. tempat bermalam pun da ada ni."
Jaja memujuk. aku berfikir sejenak lalu terus bersetuju.

*****

"ada apa-apa barang lagi tak?"
Ammar memekik memanggil aku dan Jaja yang masih berada di dalam rumah. aku dan Jaja terus keluar. aku menyandang beg kecil manakala Jaja membawa kotak yang berisi bahan-bahan untuk kajian nanti.
"ni je. lepas ni siap, boleh la bertolak."
Jaja berkata sambil meletakkan kotak tadi di dalam kereta dan terus duduk di tempat duduk belakang. aku pula duduk di sebelah tempat pemandu. Ammar masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. tidak lama kemudian, kereta bergerak menuju ke destinasi. dalam perjalanan, Jaja hanya membisu kerana sibuk melayan mesej. aku pula menunggu Ammar memulakan perbualan. penantian membuahkan hasil apabila Ammar mula bersuara.
"da breakfast?"
"da. tadi buat sandwich. makan dengan Jaja."
"ouh. kalau macam tu, nanti kita berhenti lunch je la. saya nak lalu highway."
"ok!"
keadaan menjadi senyap semula. aku mula memerhatikan Ammar dengan menggunakan ekor mata.
'boleh tahan jugak mamat ni. da la baik, hormat orang tua, caring. hai.... untung la siapa dapat dia ni.'
"kenapa awak pandang-pandang saya macam tu?"
soalan Ammar membuatkan aku tersentak. muka ku mula kemerahan. malu sendiri tapi cepat-cepat aku meng'cover'.
"eh! bila masa pula saya pandang awak? mana ada. perasan!"
Ammar ketawa kecil dan ketika itu juga Jaja menyanyikan lagu Diam-diam Jatuh Cinta.
"dulu malu tapi mahu, kini baru ku tahu... diam-diam jatuh cinta, bersama akhirnya... jangan-jangan kau berpura, sembunyikan hati mu... bukan-bukan ku tak tahu, debar di dada mu... kita saling sama cinta, tetapi malu-malu.... diam-diam jadi rindu, rindu ku pada mu...."
belum sempat Jaja menghabiskan lagu itu, aku cepat-cepat membuka radio. aku faham apa maksud nyanyian Jaja tadi. dia nak kena kan aku. Ammar tersenyum sambil menegur.
"la... kenapa buka radio? lagu kat belakang ni lagi best.."
"erkk, lagu tu memang best. tapi kalau Jaja yang nyanyi, memang ke laut. baik dengar radio."
aku kalis tapi aku rasa panas kat muka. aku tau muka aku sedang merona merah ketika ini. Ammar ketawa kecil. aku rasa dia faham apa yang sedang berlaku. dalam hati, aku berkata.
'nanti kau, Jaja. aku lenyek-lenyek muka kau nanti.'

*****

"assalamualaikum, mak..."
"walaikumsalam.. sampai pun. lambat pulak sampai nye?"
"drive slow-slow, mak. Ammar kan bawak anak orang. nanti kalau jadi apa-apa, Ammar juga yang kena."
"mana budak-budak yang Ammar kata nak tumpang kat sini tu?"
"ada tu. tengah memunggah barang agak nya. hah! tu haaa...."
"assalamualaikum, makcik."
aku memberi salam lantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Jaja mengekori aku. ibu Ammar, makcik Zalimah tersenyum dan berkata.
"hah, Ammar. antara dua orang ni, yang mana satu menantu mak?"
"eh, mak ni! ke situ pulak."
"yela.. awak tu bukan makin muda, makin tua. mak pun da makin tua . nak jugak mak tengok menantu mak, nak timang cucu."
aku hanya tersenyum. tak tau reaksi apa yang patut aku lakukan. Ammar melintasi ibunya, masuk ke dalam rumah.
"hah! macam tu la Ammar kalau makcik tanya pasal ni. asyik nak mengelak je. entah bila la makcik nak dapat menantu agaknya."
Jaj menjawab sambil menjeling ke arah ku.
"jangan risau makcik. tak lama lagi la tu. in process......"
makcik Zalimah dan Jaja tertawa. aku hanya tersenyum tapi di dalam hati, api semakin membara dengan sikap Jaja.
"mari la masuk. makcik tunjukkan bilik kamu."
makcik Zalimah mempelawa dan kami megikutinya.

*****

jam menunjukkan pukul 11 malam. seperti biasa, suasana kampung pada waktu begini sudah sunyi sepi.  mata aku belum nak tertutup lagi. bingkas aku bangun, mengenakan tudung ala kadar, ambil laptop dan berjalan keluar ke berandah rumah. aku duduk di kerusi rotan, membuka laptop dan mula menaip kertas kerja untuk projek semester ini. namun, minda aku mengenangkan makcik Zalimah siang tadi. sifatnya, sikapnya mengingatkan aku kepada arwah mak aku. mak aku dulu seorang yang sangat baik. mak manjakan aku kerana aku anak bongsu. tetapi, aku tak tau kenapa aku boleh buat kesalahan yang  besar kepada mak aku. aku pernah lari dari rumah semata-mata nak ikut Cezh. aku pernah melawan mak semata-mata nak menangkan Cezh. dan yang paling aku rasa berdosa apabila aku boleh rasa sangat gembira ketika mendapat berita kemalangan mak dan kakak di mana mereka berdua meninggal di tempat kejadian. semasa itu, aku rasa gembira kerana aku fikir sudah tiada siapa yang akan menghalang aku untuk aku melakukan apa saja. sebenarnya, aku silap. pemergian mak banyak memberi impak kepada aku. aku menjadi semakin liar. aku berkawan dengan budak-budak rempit. aku menghisap dadah. macam-macam lagi. sehinggalah ayah menjumpai aku dan menyedarkan aku semula. ayah menghantar aku ke pusat pemulihan akhlak dan alhamdulillah, aku sudah banyak berubah.
"hei, tak tidur lagi? termenungkan apa tu?"
tiba-tiba, satu suara garau menyapa aku. aku memandang ke arah suara itu. Ammar rupanya. dia berjalan dan duduk di tangga. matanya masih segar. mungkin, dia juga tidak dapat tidur.
"ouh, awak rupanya... erm, saya tak boleh tidur la. tu yang saya buat kerja ni sikit."
"awak tak selesa ke tidur kat kampung?"
"eh! tak la.. saya selesa sangat. lagipun, saya da lama sangat tak berasa tidur kat kampung. cuma malam ni mata tak nak lelap pula."
"erm... esok awak nak pergi tempat research tu pukul berapa?"
"hmm.. im not sure. tu kena tanya Jaja."
"Jaja mana?"
"da lena dibuai mimpi indah. hahaha..."
"hahaha... apa la awak ni. eh, saya nak tanya awak something, boleh?"
"apa dia?"
"mak dan ayah awak duduk mana?"
"parents saya?! hm... mak saya da meninggal, kemalangan... ayah pulak kat perlis. ayah da kawin lain."
"opsss, sorry. saya tak tau pulak....."
"tak apa. saya ok je."
"hmm... awak termenungkan apa tadi?"
"saya... saya teringatkan mak saya. saya rasa berdosa sangat bila terkenangkan dia."
"kenapa?"
"yela... saya ni dulu anak derhaka. selalu melawan mak. lagi teru, dulu saya rasa gembira atas kematian mak. saya berdosa sangat."
"hm.. kalau macam tu, minta ampun dengan Allah. moga Allah akan mengampunkan dosa awak. Dia tu Maha Pengampun."
"saya berdosa sangat kat mak saya."
"dosa kat mak awak tu, saya pasti mak awak da maafkan. ibu mana yang tak pernah mengampunkan dosa anaknya. walau macam mana jahat pun anak, insyAllah ibu masih akan memaafkan kesalahan anaknya."
aku diam, terkenangkan mak.
"sudah la.. jangan fikirkan sangat. awak bertaubat. menyesal atas kesalahan awak dulu dan berjanji tak akan mengulanginya sudah cukup membuatkan dosa itu terhapus."
"hm..."
aku tersenyum kepada Ammar tanda terima kasih untuk nasihatnya tadi. Ammar membalas senyuman tadi.
"eh, awak tak kerja ke? siap boleh balik-balik kampung..."
"tak. saya ambil cuti. hmm... saya nak tanya lagi satu, boleh?'
"apa?"
"awak ada berjumpa dengan Cezh lagi?"
"ish! tak ada la. lepas duduk kat rumah ibu, saya langsung tak jumpa dia da. saya pun memang tak nak dan tak akan jumpa dia lagi. cukup la dia da buat hidup saya rosak dulu."
"baguslah kalau macam tu."
"Ammar... hm... kenapa awak selalu mengelak kalau mak awak bercerita pasal jodoh?"
Ammar nampak terkejut dengan soalan aku. namun, dia masih menjawab dengan tenang.
"saya malas nak fikir pasal jodoh ni. belum sampai seru agaknya. hahahaha...."
" tapi kan, kesian kat mak awak tu. teringin benar dia nak menantu."
"dia memang teringin. da lama dia asyik bercakap pasal ni. tapi masalahnya, saya ni buah hati pun tak ada."
"awak yang tak mencari, mana nak jumpa."
"tapi, saya rasa sejak kebelakangan ni, saya da jumpa la."
"hah?! siapa? kalau hati da berkenan, cepat-cepat la. happy sikit mak awak tu nanti. saya pun tak sabar nak makan nasi minyak awak.."
"nasi minyak saya, nasi minyak awak jugak."
"hah! apa? tak dengar la. awak cakap slow sangat."
"eh, tak ada apa-apa."
Ammar tersenyum. mukanya mula kemerahan kerana kata-katanya tadi.

*****

"hm... penatnya hari ni. berpeluh satu badan."
"penat ye. naiklah dulu. makcik buatkan air."
"eh! tak payah lah makcik. susah-susah je."
"tak apa la. kamu dua orang ni kan penat. makcik ke dapur kejap."
"tak apa, cik. kami tak haus."
aku mencapai tangan makcik Zalimah membuatkan makcik Zalimah akur. dia melabuhkan punggung di sebelah aku. perbualan bermula.
"apa yang kamu dapat hari ni?"
"hari ni kami survey tempat je dulu. masuk hutan, panjat bukit. tu yang penat tu."
Jaja membalas soalan makcik Zalimah.
"ouh... kamu duduk lah dulu. makcik nak ke dapur. nak siapkan makan malam."
"ouh... biarlah kami tolong."
"tak apa. kamu tu penat. kesian kamu."
"tak penat sangat pun. lepas kami mandi, kami turun tolong makcik, ye."

*****

'There I was again tonight. Forcing laughter, faking smiles. Same old tired, lonely place... Walls of insincerity. Shifting eyes and vacancy. Vanished when I saw your face... All I can say is it was enchanting to meet you.....'
jam penggera aku berbunyi menandakan pukul 3.30 pagi. terus aku bangun dan mandi. aku berwuduk dan menunaikan qiamullail. selesai qiam, aku membaca al-Quran. jiwa aku berasa tenang ketika itu. tidak semena-mena, wajah Ammar terbayang di minda. cepat-cepat aku memadankan imejnya dari minda aku. entah kenapa dia boleh muncul di kotak fikiran aku. azan subuh berkumandang dan solat subuh aku tunaikan.

*****

pejam celik, pejam celik, sudah seminggu aku berada di Pahang. kajian pun sudah siap. hanya tinggal kertas laporan saja untuk disiapkan. aku menyatakan hasrat untuk pulang ke Kuala Lumpur kepada makcik Zalimah.
"laaa.... da nak balik ke? tinggal la sini lagi dua, tiga hari.."
"tak boleh la, makcik. kami nak kena siapkan report pulak."
"ala... report-report tu kat sini pun boleh buat, kan... tinggal la lagi berapa hari. makcik seronok kamu berdua ada kat sini. maklumlah, makcik ni tak ada anak perempuan. nak harapkan menantu, erm.... entah bila dapat."
makcik Zalimah berkata sambil melirik kan matanya kepada Ammar. Jaja membalas sambil melirik kan mata kepada aku pula.
"tak apa, cik. tak lama lagi dapat la tu."
aku mencubit peha Jaja. Jaja mengaduh kesakitan. kemudian, aku bersuara.
"yela, makcik. kalau makcik nak kami stay sini, boleh juga. tapi, dua hari je la. tak boleh nak lama sangat."
"boleh, boleh... nak lebih hari pun boleh.."

*****

malam itu, aku rasa haus sangat. aku melihat jam, 12.45 malam. aku bingkas bangun menuju ke dapur. keluar dari bilik, aku sudah nampak Ammar menuruni tangga dapur. namun, lampu dapur sudah pun terpasang sebelum Ammar datang. tidak lama kemudian, aku mendengar Ammar bersuara.
"eh, mak! kenapa tak tidur lagi ni...?"
aku terus mendekati dapur, saja mahu mendengar perbualan mereka.
"belum... mata tak mengantuk pula. tekak pula haus. tu yang nak turun minum kejap. kamu kenapa tak tidur lagi?"
"tak boleh lelap lah, mak. mak, mana anggur yang Ammar beli siang tadi?"
"ada kat dalam peti sejuk tu. ambil, Mar. boleh kita duduk makan anggur kejap."
"malam-malam makan anggur pulak kita ye, mak"
"apa salahnya sekali-sekala. hm... Mar, bila agaknya kamu ni nak bagi mak menantu?"
"sekarang pun boleh, mak."
"mak tanya betul-betul ni. kamu main-main pula, ye."
"hehehe... mak ni. Mar belum nak bercakap pasal ni lah, mak. diri sendiri pun Mar belum terurus. macam mana nak kawin pula. nak uruskan anak orang pula."
"kamu tu tak terurus sebab kamu tak ada pengurus. kalau kamu kawin, ada isteri yang boleh urus kamu. jaga makan, pakai kamu."
"yela, mak."
"kamu suka budak Zira tu ea?"
soalan makcik Zalimah membuatkan aku yang sedang mencuri-curi dengar ini tersentak. Ammar bersuara.
"kenapa, mak? mak suka dia?"
"ha ah. mak suka budak tu. bagus, sopan, agama tak tinggal."
"hah! kalau macam tu, Mar ada idea baik. apa kata mak je yang kawin dengan dia. hahahahaha....."
"hish! budak ni..."
"hahahahahaha.. Mar gurau je lah mak. hmm... Mar pun minat budak tu sebenarnya. tapi, entah lah, mak. dia macam tak ada perasaan je kat Mar ni."
"mana kamu tau? kamu da baca isi hati dia?"
"tak tau la, mak."
"dari cara mak tengok dia, mak tau dia tu sebenarnya ada perasaan kat kamu. cuma kamu tu je yang slow sangat."
"hahahaha.. pandai-pandai je mak ni. tak ada maknanya, mak."
"Mar, mak ni orang tua. sekilas ikan di laut, mak da tau jantan betinanya."
"kalau macam tu, ikan kat dalam akuarium kita tu jantan ke betina, mak?"
"ish, budak ni..."
"hahahahahaa... habis tu, Mar nak buat apa, mak. Mar ni malu."
"macam ni la. kamu bagitau mak rumah mak ayah dia kat mana. mak nak hantar rombongan terus."
"fuhh.. mak, ni. betul punya gelojoh."
"ni bukan pasal gelojoh. mak tau kamu berdua ni memang ditakdirkan bersama."
"hahaha... macam ayat novel la mak ni. ermm.. yang dia pernah bagitau Mar, rumah ayah dengan mak tiri dia kat Perlis. mak kandung dia da meninggal."
"Perlis? Perlis kat mana?"
"Mar tak tau la. tak kan Mar nak tanya alamat penuh kot."
"tak apa la. esok mak tanya dia."
aku terdengar bunyi kerusi ditolak seperti orang sedang bangun. cepat-cepat aku membuka langkah masuk ke dalam bilik. di dalam bilik, hati aku berdebar-debar. aku tak tau apa perasaan aku sekarang. seronok? takut? entahlah. aku baring di atas katil tapi mata masih tidak boleh lelap memikirkan kata-kata makcik Zalimah tadi.

*****

pagi itu, aku turun ke dapur untuk menolong makcik Zalimah masak sarapan pagi.
"masak nasi goreng? mari, saya tolong."
aku mengambil sudip di tangan makcik Zalimah. dia kemudian duduk sebentar.
"hm... Zira. ayah kamu duduk kat mana?"
aku terdiam, teringatkan peristiwa malam tadi. tetapi, aku buat-buat tidak tahu dan menjawab dengan tenang.
"kat Perlis. kenapa makcik tanya?"
"saja nak tau. makcik ada jugak saudara kat sana. Perlis bahagian mana?"
"Arau. Kampung Batu Putih."
aku menyudip nasi goreng yang sudah siap ke dalam bekas makanan. jantung aku berdegup kencang. aku pun tak tau kenapa. tiba-tiba, makcik Zalimah menanyakan satu soalan.
"Zira, kamu suka anak makcik?"
aku terdiam.
'aduh... tak ada soalan lain ke?'
getus hatiku.
"orang tua-tua cakap, diam tanda setuju."
aku terus berpusing memandang makcik Zalimah. sambil membawa nasi goreng tadi, aku berjalan ke meja tempat makcik Zalimah duduk.
"makcik, saya suka Ammar macam kawan. seronok berkawan dengan dia tu,"
"betul sebagai seorang kawan je?"
aku terdiam. aku berjalan ke dapur masak. mengangkat cerek dan menuang air panas. aku bancuh satu teko teh O dan dua cawan milo untuk aku dan makcik Zalimah. selesai, aku datang semula kepada makcik Zalimah.
"betul, makcik... hm... kawan je. saya ni tak cukup baik untuk dia."
"mana kamu tau? kamu tanya dia?"
"eh, tak kan lah saya nak tanya dia. saya tau lah, makcik. dia boleh cari yang lebih baik daripada saya. hah?! lagipun hari dia cakap kat saya yang dia da jumpa seseorang istimewa."
"kamu tau siapa orang tu?"
"tak tau pula. dia tak bagitau pun hari tu."
"kamu lah orang yang dia maksudkan."
"hehehe... makcik ni bergurau pula, ye."
"tak, Zira... makcik tak bergurau. macam ni lah. apa kata kalau makcik nak hantar rombongan kat rumah ayah kamu?"
aku terdiam, tidak tahu apa patut aku jawab kepada makcik Zalimah. wajah makcik Zalimah kini serius.
"setuju?'
"entahlah makcik. saya dengan Ammar ni pun baru je berkawan."
"tak apa. makcik dapat rasakan yang kamu ni lah menantu yang makcik tunggu-tunggu selama ni. lagipun, bercinta lepas kawin tu lagi indah."
aku hanya tersenyum. makcik Zalimah juga tersenyum.

*****

"ya Allah... macam tak percaya ni... kawan aku naik pelamin hari ni...."
Jaja berkata di depan aku yang sedang disolek oleh seorang jurusolek. aku sendiri macam tak percaya . hari ni aku naik pelamin?
"apa kau rasa sekarang, hah?! excited tak? ke kau rasa blur-blur? tak pun, kau mesti rasa tak sabar, kan? eh, tak! kau mesti tengah takut, kan?"
"hey! rilex la.. aku yang nak menikah, kau pula yang overdose."
"tak ada la. aku betul-betul tak sangka kau da nak kawin."
"aku sendiri pun tak sangka. haha...'
Jaja tersenyum. selesai bersolek, aku terus bertolak ke masjid di mana akad nikah akan dilangsungkan. sampai di masjid, ramai orang sudah tiba lebih awal dari aku. kawan-kawan, saudara-mara. tapi, aku hairan. rombongan lelaki masih tidak muncul. kami tetap menunggu. satu jam menunggu, rombongan pihak lelaki masih tidak kunjung tiba. kami semua sudah mula cemas bertambah hairan. kami takut kalau ada apa-apa terjadi kepada mereka.
"Meng! aku rasa baik kau try call dia."
"tak apa la. mungkin jalan jammed ni."
aku memberi tanggapan baik. aku nampak tok kadi bangun dan pergi ke arah ayah.
"mana ni? pihak lelaki tak sampai-sampai? pukul 11.30 saya ada nak nikahkan orang kat tempat lain pula. sekarang da 10.50."
"hmm.. nanti, tok. mungkin jalan sesak."
"yela, tak mengapa. saya tunggu."
"Zira, kamu cuba call dia."
ayah memberi arahan dan aku menurutinya. Jaja terus memberi telefon bimbit kepada ku. lincah jemari ku mendail nombor. 012-7412043.. tutttt.... tutttt... tuttt...
'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi. terima kasih.'
aku semakin cemas. aku cuba untuk kali kedua.
'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi. terima kasih.'
aku bertambah risau.
"ayah... tak dapat la. mungkin dia off handphone.'
"astagfirullah... mana ni. nak kawin ke tak budak ni.."
"tak apa, encik. saya tunggu."
tok kadi bersuara tenang. tapi aku yang tak tenang pada saat ini.
'mana dia ni. kenapa lambat sangat. janji pukul sepuluh sampai.'
aku sudah tidak keruan di dalam hati. aku mula terdengar orang ramai tertanya-tanya mana pihak lelaki. jam berputar mengikut arahnya. pukul 11.20 pagi. tok kadi sudah mengangkat punggung dari tempat duduknya. dia pergi kepada ayah yang sedang membuat panggilan telefon di luar masjid. mereka berbincangkan sesuatu. tiba-tiba tok kadi bersalaman dengan ayah dan seakan mahu melangkah dari situ. ketika itu, air mata ku menitis ke pipi.
'awak, mana awak pergi? jangan buat saya macam ni...'
"assalamualaikum.."
tiba-tiba bergema satu suara yang amat aku kenali dari pintu belakang masjid. seisi masjid memandang ke arah suara itu. lelaki berpakaian baju melayu putih, kemas bersampin dan bersongkok.
'Ammar!!'
hati aku menjerit. syukur wajahnya muncul juga. dia terus berlari ke arah ayah dan tok kadi. bersalaman dan berkata.
"maaf, maaf terlambat. ada hal tadi.'
"Ammar ni.. buat kami risau je.."
"sorry sangat. nanti Ammar cerita apa yang berlaku."
"ok, ok.. tok, boleh kita mulakan sekarang?"
"boleh, boleh.. mari kita mulakan."
semua masuk ke masjid semula. suasana gempar seketika. masing-masing tertanya-tanya mengapa Ammar seorang diri, mana yang lain dan kenapa Ammar datang tanpa kenderaan? aku sendiri tertanya-tanya tetapi aku ketepikan dulu tanda tanya itu. Ammar duduk menghadap tok kadi dan yang lain-lain mengambil tempat masing-masing. upacara akad nikah berjalan dengan lancar. dengan sekali lafaz aku sudah sah bergelar isteri Ammar. selesai semuanya, tok kadi pun beredar. ramai yang datang kepada aku dan Ammar, mengucapkan tahniah. semakin lama, semakin ramai yang meninggalkan masjid.
"awak kenapa tadi?"
"astagfirulla... tadi jalan tutup sebab ada lori pasir accident dengan lori balak. melintang dua-dua lori kat tengah jalan. saya dengan yang lain da terperangkap kat situ. tak boleh keluar langsung."
"kenapa call tak angkat?"
"hah! tu lagi satu. kat kawasan tu tak ada line langsung."
"ouh, Ammar lalu jalan bukit tu ea?"
ayah bertanya dan Ammar hanya mengangguk.
"hm.. alhamdulillah sempat sampai sebelum tok kadi tu pergi. kalau tak, mana kita nak cari tok kadi bidan terjun pula."
"alhamdulillah, ayah. ni pun rombongan Ammar cakap dia orang terus ke rumah je. mungkin petang baru sampai."
"tak apa la kalau macam tu. majlis pun esok. untung dia orang tak sampai lusa. kalau tak, lagi parah. hahaha..."
"hahahaha..."
Ammar dan ayah ketawa. aku hanya mampu tersenyum.

*****

'selamat pengantin baru, semoga kekal abadi, bahagia ke anak cucu. semoga murah rezeki. alhamdulillah, bertemu jodohnya...'
lagu pengantin baru berkumandang semasa aku sedang bersanding. cahaya-cahaya lampu kamera yang banyak membuatkan aku sentiasa senyum di atas pelamin itu. Jaja yang menjadi pengapit aku juga tersenyum sambil mengipas-ngipas aku. selesai bersanding, kami turun dari pelamin dan memotong kek. semua pergerakan aku dan Ammar diiringi dengan cahaya-cahaya lampu kamera. aku hanya tersenyum. menjadi pasangan raja sehari membuatkan secara automatik senyuman tidak lekang di bibir.
"potong kek pula. comel-comel sikit. nak ambil gambar ni.."
salah seorang jurugambar memberi arahan. kami memegang pisau dan memotong kek bersama-sama.
"okey.. Ammar suap Zira... Zira suap Ammar.."
aku dan Ammar tersenyum. kami menuruti permintaan setiap jurugambar yang ada di situ. Ammar menyuap aku dulu.
"saya suap awak dulu..."
aku memakan kek yang disuapkan dan ketika itu juga Ammar berbisik sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dia menyebutnya.
"I LOVE YOU...."
aku tersenyum. kini, giliran aku pula menyuap Ammar.
"saya pula suap awak. cepat..'
"aaaaammmmm..."
semua bertepuk tangan. kami semua ketawa. seterusnya, makan beradab dan majlis berjalan dengan lancar. menjadi pasangan raja sehari pada ketika ini merupakan hari yang paling indah dalam hidup aku. kenangan yang memang tak akan dilupakan sepanjang hayat aku.

*****

kini, sudah 4 tahun aku bersama Ammar dan alhamdulillah, kami telah pun dikurniakan cahaya mata 'buy 1 free 1'. anak kembar kami telah selamat dilahirkan pada 20 oktober. Iqbal Muzammil dan Balqish Aqashah. nama yang indah diberikan kepada pasangan kembar itu. aku menyelak album gambar perkahwinan aku. aku tersenyum melihat semua gambar itu.
"ai, sayang... da malam-malam ni selak album, senyum sorang-sorang. kenapa?"
"teringat dulu-dulu..."
Ammar datang kepada aku dan memeluk ku dari belakang.
"kenapa nak ingat dulu-dulu. ingat la yang sekarang."
"tak ada la. kalau ingat yang dulu-dulu, seronok sikit."
"kenapa pulak?"
"yela. dulu-dulu abang tu handsome lagi. hehehehe...."
"ouh, sekarang ni abang da tak handsome la? yela, yela.. abang tau siapa abang."
"eley... mengada! sayang gurau je la. abang ni la yang paling handsome kat dunia ni bagi sayang."
"heh! yela tu. saja la tu nak amil hati. hmm.. da la. simpan la album tu. jom tidur. da malam ni."
Ammar menarik tangan aku dan aku mengikutinya. kami berbaring di atas katil, melepaskan kepenatan bekerja di siang hari. mata terus ku lelapkan dan kemudian memeluk ku.
"good night, sayang.."
satu kucupan singgah di pipi ku. aku tersenyum. kebahagiaan yang aku kecapi inilah yang dinamakan Keindahan Sebuah Percintaan.

_TAMAT_

No comments:

Post a Comment