Sunday, April 24, 2011

INI KETIGA KALINYA

erm.. mengambil masa yang amat lama untuk siap. idea kurang sejak meninggalkan zaman persekolahan. anyway, TERIMA LAH.......,,,,


CINTA MILIK KITA


aku duduk kat kerusi setelah penat round satu shopping complex ney. tade apa yang aku nak beli cuma nak release kan tension kat kepala ney. aku duduk sambil menonton pemandangan depan aku ; orang lalu lalang, pelanggan keluar masuk kedai. tapi dalam kepala, macam-macam yang aku fikirkan. semuanya tentang family aku. mama dan abah yang da tak sehati lagi. sering bertengkar menuduh masing-masing curang. mama mahu dilepaskan tapi abah tetap dengan ego jantannya. lebih teruk lagi, diorang da tak ambil kisah pasal anak-anak. ada abang tapi da 3 tahun menghilang entah ke mana. adik pula lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap mama dan abah yang selalu bergaduh. lagi senang aku klasifikasikan keluarga aku ibarat retak menanti belah. aku menghela nafas panjang.
"hai.. sorang je?"
tiba-tiba satu suara menyapa. aku pandang ke arah suara itu dan aku sangat terkejut. satu maskot A&W ada kat sebelah aku. aku tersenyum dan berkata.
"hm.. sorang.. err.. A&W? hm.. ade promosi??"
"ouh! yah! nah!"
maskot tu bagi aku satu pamplet. kemudian dia berkata.
"our new menu kat A&W ney. cubalah!"
"nantilah saya cuba."
"err.. sori kalau saya menyibuk. aa.. awak nampak sedih. awak ok?"
"saya ok. cuma tension kerja kowt."
"ouh.. hm.."
maskot tu keluarkan sesuatu dari poket dan memberikannya kepada aku.
"lolipop?! for me?!"
aku tanya dalam nada terkejut.
"ahah.. amek la. hope u like it. ok! saya kena pergi. saya nga kerja ney."
maskot tu bangun dan melangkah pergi tapi baru beberapa langkah, dia pusing dan berkata.
"bekerja jangan sampai tension. rehat-rehatlah sikit. lagi satu, kalau ada problem, jangan pendam. nanti diri sendiri yang merana. ok?! nice to meet u! bye!"
maskot tu terus berlalu. aku tersenyum seorang diri. aku pandang lolipop kat tangan aku dan baru aku perasan sesuatu.
"eh! awak! nama aw...."
pertanyaan terbantut kat situ bila aku tengok maskot tu da jauh.
"hm.. terima kasih, En. A&W.."
**********

"ok. tempat saya da booked. menu makanan saya da uruskan. pelamin akan siap insyAllah petang esok. baju pengantin yang cik berdua tempah tu saya akan ambil dari butik petang ney. da siap da pown."
"ouh.. bagoslah kalau macam tu. Cik Fea ney memang cepat buat kerja. the best wedding planner!"
"saya buat untuk menyenangkan dan menggembirakan pengantin, cik. raja sehari mestilah nak yang perfect untuk majlis mereka kan.."
"betul tu. ok la. kami balik dulu. kalau ada apa-apa perubahan, saya akan call Cik Fea. terima kasih."
2 orang bakal mempelai itu terus melangkah keluar dari kedai aku. aku duduk semula. aku menyeluk poket mencari handphone tapi lain pula yang aku jumpa, lolipop yang maskot A&W tu bagi semalam. aku pandang lolipop tu dan tersenyum. sedikit sebanyak dengan pemberian lolipop tu aku menjadi gembira dan tenang. aku sendiri tak tahu kenapa.
"hoi! yang ko tenung je lolipop tu pehal?! tak nak makan, bagi kat aku."
suara lantang Mia buat aku terkejut.
"Mia.. ko ney main sergah je. terkejut aku."
"hehe.. tade la. yang ko tenung je lolipop tu kenapa?"
"Mia.. lolipop ney bermakna sangat bagi aku.. special!"
"ouh.. yela.. memang special! sebijik RM2.50 aku boleh dapat kat 7E."
"ko ney.. ko ta paham, Mia.. semalam aku pergi shopping complex. time aku nga duduk sorang-sorang, otak pown nga serabut sangat, tiba-tiba ada satu maskot A&W datang kat aku. dia hulur aku pamplet promosi A&W. pastu dia macam paham je aku nga serabut masa tu. bila dia da nak gerak, dia bagi aku lolipop ney siap dengan nasihat sekali."
"and so?"
"so, aku rasa aku da fall in love dengan dia la..."
"fall in love dengan maskot A&W?? aduh.. aku rasa ko ney da parah ney. ada ke nak bercinta dengan maskot?!"
"weyh! weyh! apa ko merepek ney.. aku siuman lagi la.. aku jatuh cinta dengan orang di sebalik maskot tu."
"haha.. aku gurau je la. sape nama dia?"
"hah! tu yang aku nak tau. semalam nak tanya tak sempat."
"laa.. apa punya sengal la ko ney.. tak tau nama tapi nak jatuh cinta la konon."
"tu yang aku nak cari dia malam ney. jom! teman aku pergi shopping complex semalam."
"lah.. aku juga kena teman."
"Mia, please.. ko kan kawan aku.. kawan aku yang baik, cantik, pandai, comel, caring.. aa.. apa lagi ea?"
"lagi la.. tak cukup tu.."
"alah.. ngade-ngade pulak."
"haha.. yela.. yela.. aku teman ko."
"thanks, Mia.."
**********

di shopping complex, aku duduk di kerusi yang aku duduk semasa berjumpa dengan maskot A&W tu. Mia kat sebelah aku berkata.
"macam mana kita nak jumpa dia, Fea?"
"kita tunggu kat sini. mana tau dia nampak aku nanti."
"kalau dia nampak ko pown, belum tentu dia nak datang kat ko. entah-entah dia tak ingat pown muka ko."
"ish ko ney.. nanti kalau ada maskot A&W lalu, aku tahan la.. mesti dia ingat punya. baru semalam jumpa."
"hah! yela! entah-entah yang kat dalam maskot tu mat bangla ke.. mat indon ke.. padan muka ko.."
"Mia, ko ney jangan la negatif sangat.."
"hai!"
satu suara menyapa aku dari belakang. aku terus menoleh dan alangkah gembiranya bila yang menegur aku tadi adalah maskot A&W semalam!
"err.. awak girl semalam yang duduk kat sini kan?"
"erm.. ahah.. dan awak bagi saya ney.."
aku menunjukkan lolipop yang diberikan semalam.
"yah! betul awak! so, datang sini nak cuba menu baru A&W yang saya promote semalam?"
"ouh! no! bukan.. bukan.. saya datang sini nak jumpa awak."
"jumpa saya?"
"eh! err.. tade la... saya nak jumpa awak untuk say thanks pasal lolipop and nasihat semalam. erm.. saya Fea."
"ouh.. it's okay. saya Dani."
aku dan Dani bersalaman. tapi lebih tepat lagi kalau aku cakap aku dan maskot A&W tu yang bersalaman.
"ehem.. ehem.."
Mia berdehem dan aku paham maksudnya. aku meleraikan pautan tangan aku dan Dani lantas memperkenalkan Mia kepada Dani.
"ouh.. itu Mia. kawan baik saya."
Mia yang masih duduk di kerusi tadi hanya mengangkat tangan. Dani mengalihkan pandangannya kepada aku semula dan berkata.
"hm.. bila awak nak makan lolipop tu?"
"ouh.. saya tak nak makan pown. saya nak buat kenangan."
"kenangan?"
"yela.. kenangan yang lolipop ney dari orang yang saya tak kenal tapi bagi semangat kat saya."
"dan jatuh cinta dengan orang tu."
Mia tiba-tiba menyampuk. aku da terkedu kat situ. muka aku mula panas, merah kerana malu. Mia meyambung kata-katanya lagi.
"Dani.. boleh tak awak tunjuk muka awak. just nak make sure awak ney melayu. bukan mat bangla atau mat indon. yelah kat Malaysia sekarang ney kan ramai pekerja-pekerja asing."
"haha.. saya tak boleh bukak maskot ney. tengah bekerja. tapi saya ney melayu. dont worry. ok la. saya nak sambung kerja. saya pergi dulu. bye.."
Dani melangkah dari kami tapi tiba-tiba dia patah balik dan datang kepada aku lantas berkata.
"muka awak comel sangat bila merah tadi."
dia mencuit pipiku dan terus pergi. aku makin terkedu, tak berganjak dari tempat aku berdiri tadi.
"ha ah la, Fea.. awak ney memang comel."
Mia mengajuk kata-kata Dani tadi. aku pandang Mia. Mia bangun dan berkata.
"da! ko nak keras kat situ je ke?! jom balik.."
aku tersenyum dan melangkah pulang bersama Mia.
**********

aku meletakkan frame istimewa yang aku buat sendiri kat atas meja. aku pandang frame tu sambil tersenyum.
"hah! tu dia.. betul punya angau ko ney Fea.. siap frame lolipop tu?!"
Mia menegur aku. sambil tersenyum aku membalas.
"ney bukan angau, Mia.. ney namanya menghargai.."
"ouh.. menghargai ye.. yela, Fea.. suka hati ko la. asalkan ko bahagia."
DING!DING!
loceng pintu kedai berbunyi menandakan ada customer datang.
"Mia.. ada customer tu.. ko pergi la."
Mia terus melangkah pergi menyambut pelanggan. dari tempat aku duduk itu, aku dapat mendengar perbualan Mia dan pelanggan tadi.
"selamat datang, encik. boleh saya bantu?"
"erm.. saya nak wedding planning. kat sini ikut pakej or buat asing-asing?"
"ouh.. dua-dua ada, encik. encik nak yang mana?"
"saya nak ikut pakej."
"okay.. mari saya tunjukkan pakej-pakej yang kami ada."
Mia dan pelanggan tadi berjalan menuju ke meja tempat aku berada. kini, giliran aku pula menyambut customer tu.
"selamat petang, encik.. sila duduk. encik nak wedding planning yang macam mana?"
aku bertanya kepada pelanggan itu namun pertanyaanku dibalas dengan pandangan yang tak lepas-lepas. pelanggan tersebut kaku memandangku. macam nampak hantu pulak dia.
"err.. encik?!"
"ouh! sorry.. sorry.."
dia tersenyum dan nampak gelabah sikit dengan sergahan aku tadi. aku hairan dengan perangai dia tapi aku buat bodoh je. perangai pelanggan ney macam-macam ada.
"erm.. encik nak ikut pakej yang macam mana? kami ada beberapa pakej. encik boleh tengok ney."
aku menghulurkan buku katalog dan terus berkata.
"saya cadangkan encik amek pakej ney. pakej ney siap dengan katering, baju pengantin, pelamin, dewan, kek, andaman dan kad undangan. selalunya customer memang amek yang ney sebab complete."
aku menghabiskan kata-kata dan terus memandang customer tu. dia pown sedang memandang aku. pandangannya nampak seperti dia sedang berkhayal. cepat-cepat aku mematikan khayalannya. aku mengetuk meja dan memanggil.
"encik?!"
dia tersentak.
"ouh! yah! sorry.. sorry.. apa awak cakap tadi?"
sah! dia tak dengar apa yang aku terangkan tadi. asyik nak termenung je. tapi apa pown, customer is always right. aku menerangkan sekali lagi dengan penuh sabar.
"saya cadangkan encik amek pakej yang ney. pakej ney complete. andaman, baju pengantin, pelamin, katering, dewan, kek dan kad undangan. semua da ade."
habis penjelasan aku kali kedua. aku memerhatikan mata pelanggan tersebut tertumpu pada sesuatu di atas meja. dia kemudian bertanya.
"itu lolipop?"
"err.. ahah.."
"awak framekan lolipop tu? awak buat sendiri?"
"erm.. yah.."
"wow! so sweet and surprising."
dia memandang aku dengan senyuman yang sangat manis. apa yang aku boleh kata ketika itu hanyalah...
"thank you..."
"haha.. yela.. awak cakap awak nak buat kenangan. tapi saya tak sangka awak nak framekan lolipop tu. it's nice.."
"eh! wait the minute.. macam mana awak tau semua tu?"
"because i'm the one yang menyorok kat dalam maskot A&W tu and bagi lolipop tu kat awak."
aliran darahku bagaikan terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut dia. aku rasa macam nak menjerit sekarang. menjerit kegembiraan. gembira kerana bertemu dengan orang yang betul-betul telah membuatkan hati aku berdegup kencang. orang yang real, bukan maskot.
"oh my god! u're Dani?!"
"yah! that my name.. hehe.."
mata aku tak boleh lepas daripada terpaut pada wajahnya. 100% kacak dan gayanya memang gentleman.
"so, awak ney good-looking. why nak menyorok dalam maskot tu?"
"ouh.. haha.. actually, abang saya owner A&W tu. hari tu pulak saya tengah free. so, abang saya mintak tolong buat promosi. tu yang pakai maskot A&W. saya sebenarnya freelance photographer."
dia menghabiskan kata-kata dan terus tersenyum. aku pula sejak tadi memang tak lekang dari senyum dan memandangnya. aku rasa macam tak nak lepaskan pandangan ney daripadanya. aku gembira sangat. tak terkata gembira tu. tapi, secara tiba-tiba aku terperasan sesuatu. sesuatu yang membuatkan kegembiraan dan senyuman aku pudar begitu saja.
"so, awak datang sini nak satu pakej wedding planning?"
"ouh.. yah! sure! lupa pulak saya. pakej mana yang awak cadangkan tadi?"
ya! itulah yang aku baru perasan. dia datang ke sini untuk menggunakan khidmat aku sebagai wedding plannernya. dia menempah untuk satu pakej perkahwinan. PERKAHWINAN! dia akan berkahwin! luruh hatiku bila sudah menyedari semua itu.
"Fea!"
"ouh! sorry! okay.. saya cadangkan pakej ney. memang ramai customer amek pakej ney. semua ada. kad undangan, kek, pelamin, baju pengantin, katering, andaman and dewan. complete!"
"ouh.. hm.. majlis tu nak dibuat kat rumah. so, tak payah dewan la."
"ouh. ok. kalau macam tu, amek pakej yang lagi satu ney. sama macam tadi cuma tade pakej dewan. ok?"
"kalau macam tu, boleh lah."
"okay. saya akan make sure semuanya perfect. bila tarikhnya?"
"2 minggu lagi. 4th february."
"ok! 4th february 2012."
aku membulatkan nombor 4 di kalender sambil tersenyum. tanpa pengetahuan semua orang, aku sebenarnya sedang berpura-pura. berpura-pura seperti tiada apa berlaku padahal hati aku sudah mula hancur sedikit demi sedikit. hancur kerana orang yang aku suka dan cinta ini perlu aku lepaskan untuk pilihannya. aku bukan untuknya.
**********

"Fea, menu makanan untuk wedding anak Tan Sri tu ko da tempah belum?"
"da. baru semalam. knape?"
"ouh. ok la. tadi anak Tan Sri tu call, tanya da settle ke belum."
"untuk wedding dia semua da settle la."
DING!DING!
loceng pintu kedai berbunyi dan tak lama tu terdengar satu suara lelaki yang  amat aku kenali.
"hai, Fea! err.. boleh tak kita bercakap sikit?"
aku memandang lelaki itu, Dani. dengan senyuman, dia menyambung kata-katanya.
"err.. saya nak berterus-terang dengan awak. saya sebenarnya..."
"erm.. takpelah Dani. saya da lewat nak pergi rumah customer. ada banyak lagi hal belum settle. ok la. bye!"
aku terus keluar dari kedai, masuk ke dalam kereta dan pecut tanpa arah tuju. alasan pergi ke rumah customer sengaja aku reka untuk mengelak kebenaran yang akan diterangkan oleh Dani. aku tahu dia mesti nak berterus-terang yang dia akan berkahwin. aku da cukup kecewa untuk mengetahuinya. aku tak mahu menambah kekecewaan untuk mendengar penjelasannya sekali lagi. di dalam kereta, aku memandu dengan air mata yang mencurah keluar.
**********

da seminggu aku mengelak daripada berjumpa dengan Dani. dan seminggu itu juga mataku berendam dengan air mata. aku duduk memandang lolipop pemberian Dani yang aku framekan. mindaku mula melayang ke hari pertama pertemuan aku dan Dani. kenangan yang terindah bagiku. tapi ternyata aku salah memilih. bukan Dani yang ditakdirkan untuk aku.
"Fea!"
"Mia, ada apa?"
"kau ok ta? termenung je. da seminggu ko macam ney. da la tu."
"aku ok la, Mia."
"Fea.. ko kalau nak menipu, menipu la dengan orang lain. aku ney da lama kenal ko. ko tak boleh nak tipu aku."
aku terdiam dengan kata-kata Mia. betul juga apa yang dikatakan itu. tak mungkin aku dapat menipu dia dengan keadaan aku yang macam ney. Mia berkata lagi.
"ney mesti pasal Dani tu, kan?"
aku sekadar mengangkat bahu.
"Fea.. sudah-sudah lah tu. aku tak suka la tengok ko macam ney. masam je. tak ceria langsung."
aku masih berdiam diri. melihat keadaan aku begitu, Mia meneruskan kata-katanya.
"Fea.. ada masa, hidup ney penuh dengan kegembiraan tapi ada masa kegembiraan datang untuk sementara je. yang sementara tu datang untuk mengingatkan kita bahawa kegembiraan tu benar-benar wujud. aku paham, Dani datang dalam hidup ko dan bagi kegembiraan kat ko. tapi tu kegembiraan yang sementara. aku jamin, nanti akan datang kegembiraan yang lebih besar dari tu. cheer up, Fea!"
aku memandang Mia yang sedang serius memandangku.
"Mia.. aku nak tanya sikit."
"apa dia?"
"sejak bila ko jadik motivater aku? aku tak lantik pown.."
"ish! orang nak nasihatkan dia, dia main-main pulak. hah! da la! sambunglah termenung ko tu! menyampah aku!"
Mia terus berlalu. sedikit sebanyak aku tersenyum dengan gelagat Mia tu.
**********

"mama, abah.. minumlah. Fea buat air teh je."
"terima kasih, Fea."
"erm.. senang hati Fea tengok mama dan abah macam ney."
"mama dan abah nak mintak maaf sangat. kerana kami, keluarga kita jadik porak-peranda."
"ala mama.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak dalam keluarga, kan."
"tapi kami memang bersalah sangat. abaikan anak-anak sampaikan adik kamu lari dari rumah. yang Abang Long kamu pulak da 3 tahun hilang ke mana. anak-anak abah semua da berpecah-belah."
"ala abah.. tak jauh perginya adik tu. tak lama nanti baliklah dia. Abang Long pulak......"
"assalamualaikum..."
belum habis kata-kata ku memujuk abah, satu suara garau memberi salam dari luar rumah. aku bangun untuk menyambut siapa yang datang. aku berjalan ke pintu dan membukanya.
"walaikumsalam... aaaa..... aab.. Abang Long??!"
terkejut betul aku apabila mendapati abang yang berada di muka pintu. mama dan abah yang terdengar aku memanggil Abang Long tadi terus ke pintu juga.
"i'm back!!"
"Iqbal!! ya Allah... ke mana kamu pergi, Iqbal? lama kamu menghilang.. "
abah terus memeluk Abang Long dengan erat. nampak juga titisan air mata kerinduan di pipi abah.
"abah.. Iqbal mintak maaf, abah.. Iqbal menghilang pown sebab Iqbal nak berjaya. berjaya dengan cita-cita Iqbal. abah paksa Iqbal ikut jejak abah, jadik lawyer. tu bukan minat Iqbal, abah. tapi sekarang Iqbal balik sebab Iqbal da berjaya dengan cita-cita Iqbal. Iqbal da jadik arkitek sekarang, abah."
"takpelah, Iqbal. abah da tak kisah semua tu. yang penting sekarang kamu da balik semula."
"err.. Abang Long.. Abang Long balik bawak bakal akak ipar Fea ke? sape perempuan kat dalam kereta tu?"
aku bertanya sambil menunjuk ke arah kereta Abang Long.
"ish! kamu ney. bukanlah.. tak kan tak kenal sape tu."
perempuan yang di dalam kereta itu tadi perlahan-lahan keluar dari kereta dan berdiri tegak di sisi kereta. dari situ, aku dapat melihat jelas wajahnya. wajah yang amat aku kenali.
"adik??!"
aku terus berlari ke arah adik aku yang sedang berlinangan air mata di sisi kereta itu. aku memeluknya.
"adik! adik pergi mana?! akak rindu adik sangat!"
"adik pown rindu Kak Fea. adik mintak maaf, kak. adik tak tahan duduk rumah dengan mama dan abah yang macam tu. adik mintak maaf tinggalkan akak, mama dan abah."
"adik.. adik jangan buat macam ney lagi tau. akak risaukan adik. mama dan abah pown risau sangat."
"kak.. mama dan abah..."
belum pown adik aku menghabiskan kata-katanya, aku meleraikan pelukan dan menarik tangannya. perlahan-lahan aku membawanya berjalan ke arah mama dan abah. adik tertunduk apabila dia sudah berada di hadapan mama dan abah. mama dan abah masih terdiam memandang adik.
"mama, abah.. Qis... Qis mintak maaf... Qis mintak maaf tinggalkan rumah tanpa pengetahuan mama dan abah. Qis mintak maaf buatkan mama dan abah risau. Qis... Qis..."
tanpa berkata apa-apa, mama terus memeluk adik. air mata deras keluar dari mata mama dan adik. abah mengusap-usap belakang badan adik tanda sudah memaafkan adik. Abang Long tersenyum di sisi abah. aku pula, walaupun air mata masih mengalir, namun senyuman gembira terpapar di bibir. aku gembira keluarga ku kini telah bersatu kembali.
**********

"syukurlah family ko da ok semula, Fea."
"memang aku bersyukur sangat, Mia. ko tau, time aku nampak je Abang Long aku kat depan pintu, aku rasa gembira sangat. rasa gembira macam baru lepas keluar dari penjara tau."
"haha.. apa la penjara. haha.. hah! abang ko da jadik arkitek. adik ko tu macam mana?"
"5 bulan dia lari dari rumah tu, rupa-rupanya dia tinggal dengan Abang Long dan sambung belajar kat SEGi College. dia amek course hospitality. Abang Long yang tanggung kos belajar dia."
"wah.. bertanggungjawab betul Abang Long ko. berapa umur dia sekarang?"
"aku da 27. dia da 28 lah sekarang. kitorang beza setahun je."
"ouh.. dia da ade awek?"
"lah.. ney tanya lebih-lebih, ada hati ke?"
"hehe.. ada la sikit. hensem la dia tu."
"mana ko kenal pulak ney?"
"ko kan ade tunjuk gambar dia dulu. kat dalam fon ko."
"hah! yela. tu dulu. 3 tahun lepas."
"ala.. sekarang da berubah ke muka dia?"
"ha ah. berubah. da tua kerepot muka dia. hahaha.."
"ko ney Fea. agak-agak la nak kutuk abang pown."
"hahaha.. suka hati aku lah. weyh, aku nak pergi rumah Dani. nak settlekan pelamin kat rumah dia. wedding dia besok. kang tak sempat pulak nak hias cantik-cantik."
"nak ikut!"
"lah.. kalau ko ikut sape pulak nak jaga kedai. hah! lagipun Abang Long aku cakap kejap lagi dia nak datang."
"eh. ye ke? oklah. aku jaga kedai."
"eleh. gatal!"
Mia tersenyum tersipu-sipu. aku terus melangkah keluar dari kedai dan masuk ke dalam kereta. enjin dihidupkan dan aku terus meluncur ke alamat no 34, Jalan 10/3, Taman Putra, Ampang. di dalam perjalanan, aku ditemani suara riang dj radio je. dj tersebut sedang melayan satu panggilan dari pemanggil.
"okay. kat sini ada lagi satu pemangil. halo! sape tu?"
"halo! saya Dani."
'Dani?! Dani ke? ish. tak mungkinlah. ramai lagi orang nama Dani kat Malaysia ney. tak kan dia.'
hati aku berbisik setelah mendengar suara pemanggil itu memperkenalkan diri. dj tersebut terus berkata lagi.
"okaylah, Dani. salam era nak disampaikan kepada siapa?"
"saya nak sampaikan salam saya kat orang yang saya baru je jatuh cinta tapi dia da nak jauhkan diri daripada saya."
"laa.. macam mana tu? baru jatuh hati da kena reject ke?"
"entahlah. saya pown tak tau kenapa dengan dia. dia macam nak jauhkan diri dari saya. asal saya nak jumpa or terjumpa, mesti dia mengelak. banyak kerja katanya."
"laa.. kesian Dani. so, sekarang ney Dina bagi peluang kat Dani untuk cakapkan sesuatu kat orang tu. mana tau kalau dia dengar, lembut pulak hati dia nanti."
"okay.. saya nak mintak maaf kalau saya ada buat salah kat awak. saya tak tau kenapa awak jadik macam ney. terus terang saya cakap, saya memang da suka dan sayang kat awak. saya rindu awak. saya tau kita baru kenal. saya pown tak tau macam mana saya boleh fall in love dengan awak. saya nak jumpa awak, walaupun sekejap. please la.."
"hah. merayu betul Dani ney. sape nama orang tu, Dani?"
TUT!TUT!TUT!
"alamak.. talian terputus pulak. Dina baru nak tau sape nama orang yang Dani sayang sangat tu. okay! takpelah. kepada orang yang Dani maksudkan tadi tu, Dina harap bawak-bawak lah jumpa Dani dan berbincanglah apa yang patut. kalau still sayang, say it. tapi kalau dah takde pape perasaan, cakaplah perkara sebenar kat Dani tu. okaylah! Dina nak mainkan lagu permintaan dari Dani tadi. ini dia 'Grenade' daripada Bruno Mars. dengarkan di era."
lagu dimainkan dan otak aku pula mula terbayangkan Dani.
'tu Dani ke? orang yang dia baru jumpa? aku? fall in love? tapi dia da nak kawin esok. ahh!! tak mungkin Dani tu. Dani yang lain ney.'
aku bermonolog di dalam hati. aku meneruskan fokus kepada pemanduan aku. 20minit kemudian, aku sampai di rumah Dani. aku keluar dari kereta dan melihat kerja-kerja memasang khemah sedang dilakukan. mataku terus meliar mencari Dani.
"Fea! sampai pown."
"Auntie.. sorry lambat sikit. jalan jam tadi."
"eh, takpe. tak lambat pown. orang-orang yang nak pasang pelamin ney pown baru je sampai."
"ouh.. hm.. Dani mana, Auntie?"
"Dani? entah. awal pagi tadi dia da keluar. hah! sinilah Auntie kenalkan dengan pengantin perempuan."
Auntie Shila menarik aku terus ke bilik pengantin. aku masuk ke dalam bilik tu dan nampak seorang perempuan yang cantik sangat. perempuan tu sedang mencuba baju pengantin. belum lagi Auntie Shila memperkenalkan perempuan tu, aku da dapat agak yang dia adalah pengantin perempuan yang dimaksudkan. rautnya yang cantik menawan tu memang padan pown dengan Dani.
"Fea.. ney Auntie kenalkan pengantin perempuannya."
"hai, saya Fea."
"hai.. i Ninie. so, u wedding planner i, kan?"
"yup. kenapa, Cik Ninie. ada apa-apa yang tak ok ke?"
"no! semuanya perfect! baju ney pown cantik sangat. thank you very much buat wedding i macam ney. i tak sabar nak tengok u buat pelamin nanti. make sure betul-betul cantik tau."
"saya memang da aturkan yang paling cantik untuk wedding Cik Ninie ney. Cik Ninie jangan risau. pekerja-pekerja profesional da mula buat pelamin tu. insyallah petang ney siap."
"okay la. Ninie borak-borak dengan Fea ney. mama nak tengok orang buat pelamin."
Auntie Shila terus melangkah keluar dari bilik. Ninie tersenyum mendengar kata-kata ku tadi. aku tau perasaan dia macam mana. perasaan menjadi raja sehari. takut, gementar, gembira. semua ada.
"hm.. Fea. pelamin warna apa?"
"err.. pengantin lelaki, Encik Dani order warna purple."
"Dani? ouh. u kenal dia as Dani? okay.. kat rumah ney family dia panggil dia Hazeeq."
'Hazeeq? ouh.. maybe nama penuh dia Daniel Hazeeq. yela. manalah aku nak tau nama dia. hari tu pown kitorang kenalkan diri guna nama pendek je.'
aku berkata di dalam hati sambil mataku memerhatikan Ninie yang sedang menggayakan baju pengantinnya di depan cermin. aku memuji kecantikannya.
"erm.. cantik Cik Ninie pakai yang tu."
"ouh.. thanks. yang ney mama Hazeeq yang pilihkan."
"ouh.. yah! saya ada dengan Auntie time pilih baju ney. Cik Ninie ney cantik, pakai apa pown cantik."
"u puji i, u tu pown cantik jugak. u da kawin?"
"eh! belum lah."
"ouh. u da ade boyfriend?"
"hehe.. pown belum."
"hah! kalau macam tu, i suggest kat u, jangan carik boyfriend yang macam Hazeeq tu. obses sangat dengan kerja, sampai i ney pown kena tolak kat tepi kadang-kadang. wedding kitorang ney pown adik dia yang banyak uruskan. i pulak baru sampai dari UK. so, tak sempat nak tolong adik Hazeeq tu uruskan. but, luckily adik Hazeeq tu pandai cari wedding planner macam u ney. everything perfect!"
"kuat kerja baguslah, Cik Ninie. duit banyak masuk, senang hidup nanti."
"erm.. yela tu. tapi nasib baik Hazeeq tu setia orang nya. that why la i suka kat dia. nowaday, susah nak carik guy yang betul-betul setia."
aku sekadar mengangguk menunjukkan setuju. bertuah Ninie dapat Dani. setia, caring, kuat kerja. tiba-tiba aku teringat hari pertama aku berjumpa dengan Dani. dia prihatin dengan keadaan aku walaupun dia tak kenal aku. Dani sangat baik hati. bagi aku lolipop dan nasihat yang berguna. aku mula tertawan dengannya walaupun masa tu tak nampak lagi wajahnya. time tu jugak aku da dapat rasakan yang dia adalah orang yang tepat untukku. tapi, tekaan aku silap. ternyata, Ninie lebih memahaminya dan yang paling layak untuk Dani.
**********

"Mia! sini jap!"
"ape ko nak? aku tengah busy ney.."
"ala.. sini jap. kejap je."
"aku tengah susun event untuk wedding Dani esok."
"sekejap je lah."
Mia memandang aku dengan muka yang tidak berpuas hati dan kemudian berjalan ke arah aku sambil membebel.
"aduhai, Fea. aku tengah buat kerja lah. ape yang ko nak ney?"
"Mia.. semalam aku pergi rumah Dani, kan?"
"yelah ko pergi rumah dia. tak kan ko pergi rumah orang-orang tua plak. eh! hah! ko taw, time ko pergi rumah Dani, Abang Long ko datang, Fea. ya Allah, Fea. Abang Long ko tu hensem lagi macam dulu, Fea. lepas tu, kitorang duduk berborak sampai ke petang, Fea. happy giler aku, Fea. lagi tambah happy bila Abang Long ko cakap....."
"eh! jap! jap! nanti dulu. cerita ko tu tak best. ko dengar dulu cerita aku ney. lagi best. semalam aku pergi rumah Dani. tapi, Dani tak ade kat rumah. Auntie Shila cakap dia da keluar. pastu Auntie tarik aku pergi jumpa wife Dani. pergh! ko nak tau, perempuan tu memang cantik giler, Mia..."
"cantik giler?! ouh.. no wonder lah Dani reject ko.."
"Mia! sampai hati ko cakap camtu.."
"yelah. Dani nak perempuan yang cantik giler. yang ko ney cantik tapi tak giler. so, memanglah ko kena reject."
"Mia.. jap lagi kalau ade kasut saiz 7 kat dalam mulut ko tu, ko jangan salahkan aku ea.."
"eh! tak.. tak nak.. aku gurau je lah. hah! sape nama wife dia yang cantik giler tu?"
"Ninie.."
"ouh.. kenapa dia tak pernah datang sini discuss untuk wedding dia ney?"
"dia baru sampai dari UK. tapi, aku pelik satu benda ney. sampai hari aku pikir."
"ape?"
"Ninie cakap, Dani tu obses dengan kerja sampaikan wedding diorang ney pown adik Dani yang banyak uruskan."
"adik Dani? Dani ade adik ke? pernah ke adik dia datang discuss dengan kita?"
"hah! tu yang aku hairan sangat tu. setahu aku, Dani sendiri yang selalu datang discuss dengan kita. tak pernah ade orang lain. ade pown, Auntie Shila je. tu pown cuma time pilih baju kat butik-butik tu."
"erm.. aku rasa, Dani memang da jumpa wanita idaman dia lah."
"kenapa pulak?"
"yelah. dia nak perempuan yang cantik giler. tu da dapat lah tu. cantik dan giler. pakej! hahaha.. da sah-sah lah semua urusan Dani yang buat sendiri. ade ke cakap adik Dani pulak. hah! giler lah tu. betul tak?"
"hahahahaha.. ko ney, Mia. sesuka hati ko je nak mengata orang. Mia.. Mia.."
aku dan Mia ketawa . Mia kemudian pergi menyambung semula kerja yang tertangguh tadi. aku pula, duduk menyemak senarai bil-bil bayaran yang telah dijelaskan oleh pelanggan. tiba-tiba aku terpandang lolipop yang sangat istimewa bagiku yang telah aku framekan dulu. satu-satunya kenangan daripada Dani. tidak dapat aku nafikan, walaupun aku sudah cuba melupakan dia sepenuhnya, namun ada ketika dia datang menyerang mindaku. senyuman dan pandangan matanya kadang-kala membuatkan aku terbuai di dalam mimpi. mungkin itu yang dinamakan penangan cinta pertama. aku tersenyum bila memikirkan semua tu.
'sudah lah, Fea. da tade jodoh. nak buat macam mana...'
aku memujuk hati kecilku.
**********

kereta yang dipandu oleh Mia bergerak menuju ke destinasinya, majlis perkahwinan Dani. aku yang berada di sebelah Mia hanya berdiam diri. macam-macam bermain di minda. macam mana aku nak tunjukkan perasaan aku? boleh ke aku kawal emosi aku? macam mana kalau ade orang perasan? apa aku nak buat? lampu isyarat merah dan Mia memberhentikan kereta. aku masih berdiam diri. Mia menegur.
"Fea, kenapa diam je? ko okey?"
"hm.. aku okey.."
itu je yang mampu aku jawab. Mia terus memandang angka di lampu isyarat. 96 saat lagi. mungkin bagi orang lain, 96 saat itu begitu lama tapi bagi aku 96 minit pown terasa sekejap.
"Fea.. ko macam tak okey je? kalau ko tak sihat, aku hantar ko balik. ko tak payah pergi majlis Dani ney.."
"tak! tak! aku okey.. cuma tengah berfikir..."
"pikir ape?"
"pikir macam mana kalau aku tak boleh nak kawal emosi aku kat sana nanti. aku kena tengok orang yang aku sayang kat atas pelamin, bersanding dengan orang lain. aku kena buat muka gembira, ceria..tapi aku takut aku tak boleh nak sembunyikan apa yang aku rasa kat dalam hati ney."
"Fea.. ko cakap hari tu, ko da lupakan dia."
"hm.. not so easy, Mia. aku cuba sedaya-upaya tapi aku sedar, memang tak semudah itu."
"hm.. kalau macam tu, ko tak payah pergi. aku hantar ko balik."
"Auntie Shila suruh aku datang, Mia. dia nak jugak aku datang."
"okey.. takpelah.. kat sana nanti, aku cover ko kalau pape jadik. okey?".
aku hanya tersenyum. lampu isyarat bertukar hijau. Mia menekan minyak dan kereta bergerak semula menuju ke rumah pengantin.
**********

"assalamualaikum, Auntie Shila. sorry lambat sikit."
"takpe.. semua okey kat sini. mana Mia?"
"ouh.. Mia terus pergi kat katering. sure takde apa-apa masalah, Auntie?"
"takde apa.. semua under Fea ney perfect sangat. jap lagi da nak bersanding. Fea nak tengok Ninie dulu? dia ada kat dalam bilik, tengah make up."
"ouh.. takpe lah.. bia dia make up dulu. saya nak pergi kat katering.. jumpa Mia jap."
"okey.. Auntie kena stay kat sini. mak pengantin, kena sambut tetamu je lah. hehehe.."
aku tersenyum dan terus mengangkat kaki ke bahagian katering, jumpa dengan Mia.
"Mia.... jap lagi diorang nak sanding da.. ko pergi sana, aku tunggu sini. aku tak boleh tengok la, Mia.."
"lah.. okey. ko duduk sini, makan ke.. minum ke.. tak pown ko tolong Kak Izah tu masak. aku pergi tengok pengantin. nanti kalau Auntie Shila tanya pasal ko, aku cover. okey?"
aku mengangguk. Mia tersenyum dan ketika itu juga terdengar riuh rendah orang berkata yang pengantin sudah sampai. Mia berkata.
"hah! tu pown diorang. sure ko tak nak tengok?"
aku menggeleng.
"hm.. yelah. aku pergi dulu. ko stay sini jangan menangis pulak. control emosi tu."
Mia mengangkat kaki pergi. aku duduk di meja pekerja katering itu. seketika kemudian, bermain-main wajah Dani di fikiran. satu per satu reaksi wajah Dani berlegar di minda.
"erm.. Fea? nape duduk sini? tak tengok pengantin?"
Kak Izah, pengurus katering itu menegur aku.
"ouh.. erm.. erm.. saya.. saya.. saya lapar.. hah! lapar. saya nak makan dulu. dari pagi belum makan ney."
"ouh.. nape tak amek je kat situ.. ade makanan yang belum di bawak ke depan. takpe.. takpe.. akak amek kan ea."
Kak Izah berlalu mengambilkan makanan untuk aku. aku menghela nafas lega.
'fuh.... nasib baik reason aku menjadik.'
Kak Izah kemudian datang kepada aku semula dengan menatang sepinggan makanan dan segelas air.
"haa.. nah! makan ea. da kenyang nanti barulah boleh tengok pengantin.. okey lah. akak nak buat kerja sikit tu."
Kak Izah pergi dengan senyuman. kini apa yang ade di depan aku hanyalah sepinggan makanan dan segelas air. aku tenung kedua-duanya tapi apa yang aku lihat adalah lolipop! lolipop pemberian Dani. wajah aku serta merta berubah. aku memang tidak dapat mengawalnya lagi. aku tertunduk. air mata berlinangan apabila membayangkan Dani dan Ninie di atas pelamin.
"hei.. kenapa menangis kat sini?"
tiba-tiba satu suara menyapa aku. aku mengesat air mata tadi dan terus mengangkat muka. ketika itu juga aku terkejut teramat sangat apabila maskot A&W yang berada di depan aku. tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut aku. maskot tersebut kemudian menghulurkan sesuatu. lolipop! dia menghulurkan lolipop!
"nah! untuk awak.."
"err.. Dani?"
"yes! i am.."
"awak...."
"kenapa? pelik? sepatutnya saya kat atas pelamin, kan?"
mulut aku kembali terkunci. bagai tak boleh terbuka untuk berkata-kata.
"Fea.. Fea.. kadang-kadang, dalam hidup ney, kita salah mentafsir. tapi kita rasa tafsiran kita tu betul sangat. awak da salah anggap, Fea. hari ney adalah hari perkahwinan abang saya, Daniel Hazeeq. bukan saya..."
maskot tersebut menanggalkan kepalanya dan jelas kelihatan wajah Dani di dalam maskot itu.
"kenalkan, saya Daniel Rafeeq. adik lelaki pengantin yang tengah bersanding tu, Cik Sofea Adira."
Dani tersenyum. aku yang dari tadi tergamam di kerusi itu mula mendapat kekuatan untuk bangun. aku pandang tepat ke mata Dani dan aku terus memeluknya. terasa seperti ada sesuatu yang dapat aku lepaskan dari fikiranku. sesuatu yang membuatkan aku bingung selama ney. aku tersenyum di dalam dakapan Dani. dan ketika itu juga, tiba-tiba suara Mia kedengaran.
"Fea! Fea! aku... aku nak bagita... ouh.. okey.. sorry ganggu korang."
Mia terhenti langkah apabila mendapati aku bersama dengan Dani yang memakai maskot itu. aku meleraikan pelukan tadi dan terus memandang Mia.
"erm.. Mia.. apa ko nak bagitau?"
"aaa... aku rasa... ko pown da tau apa yang aku nak bagitau ney.. erm... hi, Dani!"
"hi.."
"hmm.. so.. korang tak nak pergi tengok pengantin ke?"
Mia bertanya kepada aku dan Dani. aku memandang Dani. dia terus berkata.
"mestilah nak. tu kan abang saya. jom!"
Dani menarik tangan aku berjalan ke dalam rumah, tempat pengantin bersanding. sampai di dalam rumah, kami berdiri di sudut rumah menyaksikan orang ramai yang sedang mengambil gambar pengantin yang sedang bersanding. aku lihat Dani tersenyum memandang abangnya di hari bahagia itu. dia kemudian membongkokkan badannya dan berbisik di telinga ku.
"kalau saya yang duduk atas pelamin tu, saya nak awak yang ada kat sebelah saya. i love you..."
aku tersenyum memandang Dani. walaupun hari ini merupakan hari bahagia untuk Daniel Hazeeq dan Ninie.. namun, hari ini adalah hari yang paling amat sangat gembira untuk aku, Sofea Adira.


_ _TAMAT_ _

Thursday, February 3, 2011

SETERUSNYA....

serba sikit :

kali ney kisah cinta yang bagi aku agak complicated sikit. hm.. agak menarik. tapi nama dan watak tade kena mengena dengan sape-sape.. sekadar hiburan.. enjoy!



SAYANG KAU

aku berjalan sorang-sorang kat tepi pantai tu. suasana petang kat sni buat aku macam da dapat lupuskan semua prob aku. memang tu pown tujuan aku bercuti kat sni. aku pandang sekumpulan kanak-kanak yang nga mandi-manda. seronok btol dorang. camtu la aku time kecik-kecik. mak nan abah memang selalu bawak aku dengan adik mandi-mandi kat pantai ney, pantai batu puteh. nga syok aku merenung budak-budak tu, tiba-tiba...
BUK!!!
"adoi!"
aku sikit menjerit coz kepala aku terkena layangan bola nta dari mana. ati aku berkata.
'ney sape punye bola ney? aku pecahkan karang..'
"miss!hm.. cik adik! bole tlg balingkan bola tu ke sini?"
aku memandang ke arah suara tu. de 4 orang laki nga pandang ke arah aku. dgn gaya dorang yang hanya pakai quater short tu, mang sah la ney bola dorang. aku yang nga marah ney terus tampar bola tu ke arah dorang. bola tu melayang terus ke belakang court bola tampar dorang. aku terus bla dari situ. tp sempat aku jeling dorang. muka dorang nmpk pelik dan kagum aku bole tampar bola sejauh tu.

**********

aku baru abes dinner kat mokmeng cafe. kebosanan yang dialami membuatkan aku terasa nk jenjalan kat tepi pntai. bayu lembut menyapa tubuh yang hanya dibaluti baju long sleeve dan slack putih.
'adus..sejuk nye.. tau td aku bawak shawl ke sweater ke.'
kata ati ku. nga aku berjalan kat situ, ade pulak org nga dating. dorang nga duduk sambil pandang laut . aku jln melintasi blkg couple tu. smbil tu aku pndg mke laki tu and time tu gak laki tu nga toleh kat aku. aku terus alihkan pandangan sambil otak ligat fikir.
'eh! ney bukan mamat ptg td yg main bola tampar tu ke?'
"cik! cik adik!"
dengar suara laki tu memanggil aku cepatkan langkah aku. ble aku pasti yg aku da jauh dari die, langkah ku atur longlai. menyedut udara malam masuk ke otak membuatkan aku rasa aman.
"hah! dapat pown kejar awak! pnat sy...."
sergahan daripada mamat td buat aku terkejut yg amat.aku nmpk die tercungap-cungap kat sbela aku. tp aku pelik. nape aku ta dengar bunyi tapak kaki berlari kat blkg aku td. mamat td yg da nmpk rilex sket mulakan perbualan. die perkenalkan diri die.
"hai. sy Faruq. awak sape nama?"
die menghulurkan tangan ingin bersalaman tp aku ta sambut. soalannya pown aku ta balas. die cakap lg.
"ouh. sori. hm.. ta pe la.. sy cuma nak berkawan je."
mamat tu da cam segan sorang-sorang. tgok kan die macam tu, aku membuka mulut.
"sy Anees."
"ouh.. nice name..hm.. sori pasal petang td.. ta sangka bola tu boleh kne kepala awak. sakit ta?"
aku hanya membisu. kedinginan malam membuatkan aku berpeluk tubuh. mamat tu membebel lagi.
"hm.. tapi awak tampar bola td kuat la. awak memang main volleyball ke?"
aku hanya menggeleng. aku rasa malas gila nak layan mamat ney. kami berjalan beriringan kat persisiran pantai tu dalam keadaan masing-masing membungkam. tiba-tiba aku teringat sumtinx.
"eh! mana awex awak tadi? awak tinggal dia macam tu je?"
"awex?? awex mana pulak?"
"awex awak la. yang duduk nan awak td."
"ouh. tu bukan awex sy la. tu akak sy. sy ta de awex pown. akak yg suruh sy kejar awak td."
aku diam. mamat tu tersenyum tp aku ta. aku pown ta tau nape aku ta bole bg secalit senyuman kat die. tiba-tiba mamat tu memberhentikan langkah membuatkan aku pown terhenti juga.
"Anees.. sy nak tnye sumtinx awak jangan marah ea.."
"ape?"
"awak ney ade problem ke? dr ptg td sy nmpk awak ta ceria. hm.. ade pape yg awak nak kongsi nan sy?"
aku diam. aku ta tau aku nak cite atau ta masalah aku kat die. aku baru je knal die. ta tau pown die macam mana.
"k macam ney.. sy tau awak nga ada masalah. sy paham law awak ta nak cite pown. ye la. kita baru knal kan. tp ape kata law sy tlg riliz kan sikit masalah awak tu. nak??"
aku pandang Faruq nan muka kehairanan. dia sambung berkata lagi.
"besok. hm.. after awak breakfast, sy bawak awak kat satu tempat ney. sy rasa kat situ insyAllah dapat riliz tension."
"ta pe la. sy malas la."
"k! sok sy tunggu awak kat lobi. jangan risau. sy bawak akak temankan skali."
aku terdiam. mungkin aku akan setuju law die bawak akak die skali.
"k la. da lewat ney. awak ta nak balik chalet?"
"hm.. ye la. sy nak balik la."
"sy temankan.."
"eh! ta pe. sy bole balik sendiri."
"ouh. ok! ingat tau esok! selamat malam."
aku beredar dari Faruq, berjalan menuju ke resort. kaki melangkah laju pulang ke chalet.

**********

¯Tolong ingatkan aku.. Kisah kau tersedar.. Dengan saku penyeluk masa.. Kau dampingi aku.. Setiap detik jantungku berdetak.. Setiap nota jiwaku berlagu-lagu¯
lagu Ana Raffali yang aku set menjadi nada alarm kat fon aku bergema.
'hm.. da pkol 9. mls nye nak bangon..'
aku menekup muka ke bantal semula. lebih kurang 2 minit kemudian, aku teringat sumtinx. aku terus mengangkat muka aku semula.
'alamak! ari ney Faruq ajak kuar. aduh! aku da lambat.'
bingkas aku bangun dari katil, capai tuala dan terus ke bilik air.

**********

aku menuju ke lobi. dr jauh aku da nampak Faruq nan akak die duduk kat sofa lobi. sampai kat dorang aku terus memohon maaf.
"eh! sori! sori! sy terlambat. de hal td."
"ta pe. ta pe. kenalkan, ney Kak Kautsar. akak yang awak nampak malam td."
"Kak  Kautsar, sy Anees"
aku tersenyum sambil bersalaman dgn akak yg kelihatan masih muda tu.
"pggil Kak Sar je."
"akak ney owner resort ney. so, law awak nak duduk free kat sni, awak bodek la die. hahahaha..."
Faruq cuba wat lawak. aku tersenyum la jugak. Kak Sar berkata.
"hm.. da la. jom!"
"eh! Kak Sar. kte nak pegi mana sbenanye?"
"la.. Faruq ta ckp ke nan Anees?? Faruq... nape ta ckp nan Anees lg. akak igt Anees da tau."
"ala.. owg nak buat surprise sket... shh! ta ya bgtau dlu kak."
aku menjeling Faruq. Faruq tersenyum nakal. kitorang berjalan ke kereta Peugeot yang berwarna hitam. cermin pown 90% tinted. mang nampak class la. Faruq memandu. Kak Sar duduk kat sbela dan aku duduk belakang. kereta pun bergerak tanpa aku tau destinasinya.

**********

"wow! cantiknye tempat ney!"
aku sikit teruja melihat keindahan yang berada kat depan mata.
"hm.. nama tempat ney Gunung Lumut. cantik kan tempat ney."
"ha ah. tapi kenapa ta ramai orang ea?"
"ta ramai orang tau tempat ney."
"im ready!"
tiba-tiba suara Faruq masuk eardrum aku. aku dan Kak Sar pandang Faruq yang hanya pakai boxer. kitorang gelak.
"adoyai Faruq. da ta saba sgt la tu. hah! kmo g la terjun dulu, nanti akak nan Anees dtg."
"ok!"
Faruq terus berlari ke air terjun.
"hm.. Anees bwk baju nak buat mandi?"
"Anees ta bawak. Anees ta tau pown nak gi sini."
"tu la. Faruq ta bagitau. ta pe. amek baju akak dalam beg tu. pakai."
"laa.. akak nak pakai baju ape plak?"
"ta pe. akak da salu dtg sni. Anees kan first time sampai sni. mesti la Anees nak merasa air terjun ney kan. da! amek baju akak. g salin kat sne tu. akak g kat Faruq dulu."
aku menuruti. aku terus ke bilik persalinan yang ta jauh dari situ. selesai salin, aku terus ke adik-beradik tu. Kak Sar nga duduk kat atas batu besar. Faruq plak nga duduk kat bawah curahan air terjun. seronok tengok air terjun tu menghentak-hentak kepalanya. aku mencecah kaki kat air. sejuk. dingin. aku berjalan dalam air menuju ke Kak Sar. Kak Sar yang sedar akan kehadiran aku menyapa.
"hah! da salin. g join Faruq kat bawah tu. sonok  sgt die. cam budak-budak. g la kaco die."
"hah! ta nak la. bia la die."
"ta pe. g je kaco."
aku pergi juga ke arah Faruq memandangkan Kak Sar da suruh sangat-sangat. setapak demi setapak aku berjalan, akhirnya sampai kat die jugak. Faruq masih di bawah limpahan air terjun membiarkan air terjun tersebut menghentak kepalanya. mata ditutup rapat, menahan kesakitan. aku duduk kat batu di hadapannya. kaki ku celup ke dalam air dan tak semena itu, datang ikan kecil-kecil mengerumuni kaki aku tu. time tu, fikiran aku melayang memikirkan masalah yang aku hadapi. aku ta tau masalah tu bsr atau kecil. tp bg aku, aku ta kan lupa apa org tu buat kat aku.
"hei!"
sergahan Faruq membuatkan kabus ingatan aku hilang. aku pndg die.
"sni la. letak kepala kt sni.seronok."
aku sekadar menggeleng. Faruq kemudian bangun dan menuju ke arah aku. dia duduk kat sbela aku.
"asal ney? cam ta epi je sy bawak awak g sni?"
"eh! ta la. suke. sy suke sgt tempat ney. tanx sgt bwk sy ke sni."
"da tu. muka cam jeruk je ney asal?"
"muka jeruk?! hahaha.. hm.. ta de la. sy teringat sumtinx."
"mslh awak??!"
aku diam tp Faruq seakan memahami.
"awak story la kat sy. mana tau sy bole tlg."
"sbenanye, sy ney da bertunang dgn sorang mamat ney. 3bulan lpas. nme die Syuk. bg sy, Syuk ney mang da perfect. baik.caring. fhm sy. tp, kawan-kawan sy ckp sbenanye Syuk ney bukan yang macam apa saya fikirkan. diorang cakap Syuk sebenarnya player. dgn Syuk yg mcm tu, sy lgsg ta percaya apa yang member sy bgtau. smpai la 2minggu lps, Syuk da mula tunjuk belang. pdhl tarikh kawen kitorang ta lme je lg."
"ble tarikh tu?"
"2minggu lg."
"ouh. hm.. dia buat apa sbenanye?"
"die kne tgkap khalwat dgn pompan lain."
"wow! so, awak...."
"sy mintak putus la. ta kan sy nak bersuamikan laki yg macam tu."
"btol gak tu."
"tu ta pe la lagi. after ptus tu, die salu cari sy, jumpe sy dan ugut sy utk smbung blk nan die. that why sy lari ke johor ney. law ta mesti die asek cari sy je."
"ouh.. hm.. cian awak. ta pe. maybe pasney die da ta caik awak lg kan."
"hope so."
SPLASH!! SPLASH!!
Faruq menyimbah-nyimbah air kat muka aku. muka aku yang td nya kering, da basah die kerjakan.
"hey! stop it! basah la sy."
"ta kan pergi air terjun ta nak main air kowt. baik awak pergi taman permainan je."
menyirap dgn kata-kata Faruq, aku pown turut menyimbah-nyimbah air ke arahnya.

**********

kereta Peugeot milik Faruq parking di depan resort. kitorang kuar dr kereta. Kak Sar berkata.
"sonok kan. lain kali kte bole pergi lagi."
aku sekadar tersenyum.
"k la. akak nak g kaunter jap."
aku mengangguk. Faruq yang tadinya berjalan kat blkg aku mula melajukan langkah menyaingi aku. die berkata.
"Anees.. ptg ney sy de latihan volleyball kat tempat aritu. nak join?"
"bole gak."
"hey! Anees!"
tiba-tiba ada satu suara memekik memanggil aku dr jauh. aku pandang dan memang terkejut gila bila aku nampak Syuk nga berlari ke arah aku.
"Anees.. ta sangka jumpa kat sni. kan i da kata. kte memang ada jodoh.. hehe.."
"u buat apa kat sni?"
"i join team volleyball member i. esok de competition kt sni. hm.. sape mamat ney?"
"ouh.. ha.. knalkan ney Faruq. hm.. boyfriend Anees."
Faruq memandang aku dengan muka terkejut. aku buat memek muka sikit dan Faruq faham.
"boyfriend u??"
aku mengangguk. di dalam ati aku berharap dengan cara tu bole membuatkan Syuk menjauhi aku. Syuk pula seperti ta percaya kata-kata aku.
"i ta percaya die boyfriend u."
"nape ta percaya?"
"i memang ta percaya..."
Syuk mula menarik kolar baju Faruq. aku panik.
"i ta percaya ada org lain yang bole ambik hak i tanpa permission i."
"hey Syuk! kte da putus! i bukan hak u. lepaskan  die."
malangnya, Syuk langsung ta menghiraukan kata-kata aku. dia mengepalkan satu penumbuk dan...
DUSHH!!
Faruq tersungkur kat lantai dan Syuk dengan muka yang tidak puas hati tu terus bla dari situ.

**********

"hei! sorang je."
aku menyapa Faruq yang sedang duduk seorang diri kat bar kafe tu. Faruq menoleh ke arah aku. sambil tersenyum, dia berkata.
"ouh, awak. hm.. sorang je la. awak ta nak teman. hehe.."
aku tersenyum nipis mendengar kata-katanya. jauh kat dalam hati, aku rasa bersalah sangat dengan dia.
"awak ok?"
"ok la. biasa je."
"saya nak mintak sori pasal siang tadi. sori sangat-sangat coz saya da libatkan awak dalam hal ney."
"ala.. ta de apa pown. hidup lagi saya ney. hm.. petang tadi nape ta turun tengok saya training?"
"saya terlelap la. penat sangat."
"ouh.. Syuk datang kat court bola tampar tadi."
"hah?! dia buat apa kat sana?"
"laa.. training la. dia kan join competition tu."
aku terdiam. Faruq bersuara lagi.
"abes training kitorang berselisih and terlanggar. saya tau, dia sengaja langgar bahu saya. dendam betul dia tu kat saya."
"Faruq. im really really sori. saya ingat kan dengan cakap camtu kat Syuk this problem boleh selesai. but, ney pulak yang jadik."
"ta pe. rilex.. rilex.. maybe ney boleh membantu gak."
"memang boleh bantu."
tiba-tiba Syuk muncul dan terus duduk kat kerusi sebelah kiri Faruq. aku terkejut.
'bila masa pulak dia datang?'
"hahaha.. merpati dua sejoli la korang ney. aku da agak da. korang ta de pape sbena nye kan. ta payah la nak kencing aku. aku da makan garam dulu sebelum korang."
Syuk berkata sambil memanggil waiter dan lantas memesan minuman. aku dah diam tertunduk memandang meja bar kafe tu. Faruq bersuara.
"k la bro. macam ney la. aku memang ta de pape nan Anees. aku kawan Anees and kitorang baru jumpa kat sini. aku da tau kisah korang dua orang ney. so, bro! aku rasa baik la ko lepaskan je Anees. lu pown da ta de pape dengan dia kan."
"hey! ko sape nak cakap camtu nan aku, hah?!"
"aku bukan nak campur tangan hal korang tapi aku ta sanggup la tengok perempuan ney terseksa pasal lelaki macam lu, bro. hey bro! kalau lu nak perempuan tapi setakat nak buat main je, lu pergi carik orang lain la. Anees tu lu tolong la lepaskan. dia bukan perempuan yang untuk dibuat main."
Syuk bangun dari tempat duduknya. api kemarahan membara di hati nya setelah mendengar kata-kata pedas Faruq. Faruq pantas memberi amaran lagi sebelum Syuk sempat melayangkan tumbukan ganasnya.
"bro! jangan bikin panas tempat ney. aku ta nak gaduh kat sini. kalau lu berani, kita selesai cara jantan la."
Syuk duduk semula dan menyedut minumannya sambil bersedia mendengar apa yang Faruq nak cakap.
"ok! kalau lu nak sangat Anees ney, kita deal. kalu lu menang bola tampar esok, lu amek la Anees ney. kalau lu kalah, lu lepaskan Anees dan jangan kacau dia lagi. berani?"
aku tersentak. Faruq buat deal camtu macam la aku ney barang yang suka-suka boleh dijadikan hadiah untuk siapa yang menang. keadaan menjadi senyap seketika. tiba-tiba Syuk bersuara.
"ok! deal! dan aku nak bagi amaran kat kau. kau da boleh jauhkan diri daripada Anees sebab da memang ternyata team aku yang akan menang. hahahaha...."
Syuk ketawa besar dan terus bla dari situ. aku masih berdiam diri kat tempat duduk aku. Faruq yang perasaan keadaan aku yang hanya membungkam, bertanya kepada ku.
"Anees.. ok tak?"
aku terus bangun dari tempat duduk aku dan beredar dari situ menuju ke chalet. Faruq menjerit memanggil nama aku tapi aku ta endahkan. dia terus mengejar aku.
"Anees! awak kenapa?"
aku dengar suara Faruq dari belakang. sampai kat chalet, aku terus masuk dan menutup pintu. tatkala itu juga, air mata aku berjurai tanpa aku tau apa sebabnya. aku terduduk menyandar pintu.
TUK!TUK!TUK!
pintu chalet aku diketuk dan lantas kedengaran suara Faruq.
"Anees.. Anees.. sori saya pertaruhkan awak. tapi tu satu-satunya cara awak nak lepaskan diri dari dia."
aku masih diam menangis seorang diri kat pintu tu. Faruq menjerit lagi dari luar.
"Anees percayakan saya. awak jangan risau. team saya boleh kalahkan team Syuk. saya jamin."
"kalau awak kalah jugak camne?!"
giliran aku pula menjerit dari dalam.
"ta kan punya. saya jamin. awak jangan risau. Anees jangan nangis. buka pintu."
aku masih terduduk membiarkan air mata membasahi pipi.
"Anees.. maaf la. jangan menangis. buka pintu jap."
suara Faruq merayu. aku bangun dan memulas tombol pintu. pintu terbuka. Faruq nga berdiri di depan.
"Anees...."
aku terus memeluk Faruq. air mata yang tadinya membasahi pipi kini membasahi baju Faruq. dalam sedan, aku berkata.
"Faruq... tolong saya... "
Faruq meleraikan pelukan dan memegang bahu aku. dia mengesat air mata yang ta kering kat pipi tu. sambil tersenyum dia berkata.
"saya tolong awak. jangan risau."

*********

aku duduk merenung handphone aku. renungan aku kosong. hari ni adalah hari competition bola tampar besar-besaran kat resort ney. dan hari ni jugak hari penentuan aku. penentuan antara aku akan bersama Syuk atau bebas dari dia. aku teringat kata-kata Faruq sebelum dia pergi ke tempat perlawanan.
"Anees.. awak mesti pergi tau. kalau ta de awak, saya ta boleh main pulak."
aku hanya diam menunduk. Faruq menolak dagu aku, mengangkat muka aku. dia pandang dalam ke mata aku.
"awak ta payah risau. saya mesti menang demi awak. saya harap awak boleh datang ke sana. tolong bagi sokongan untuk team saya. boleh?"
"insyAllah."
ringkas aku menjawab tapi sudah mampu membuatkan Faruq tersenyum.
"k la. saya nak pergi dulu. game start pkul 8.30 tau. jangan lambat."
Faruq terus berlari dari anjung chalet aku.
¯When I see your face.. There's not a thing that I would change.. Because you're amazing, just the way you are.. And when you smile.. The whole world stops and stares for a while.. Because girl you're amazing, just the way you are...¯
deringan handphone membuatkan aku tersentak. aku jawab panggilan daripada Faruq itu.
"hello."
"hello, Anees. da gerak lom? game da nak start."
ake menoleh ke arah jam. 8.15 pagi.
"ouh! ok! ok! nanti Anees sampai."
"hah, bagos la kalau camtu. datang tau."
"ye.. ok la. saya nak siap-siap ney."
"ok. saya tunggu ney. bye!"
aku mematikan talian dan terus melangkah ke cermin. aku betul-betul kan baju aku. setelah sempurna, aku melangkah keluar dari chalet. buka je pintu.....
"hai, Anees."
aku terkejut tengok Syuk yang terpacul kat depan pintu tu.
"Syuk! apa u buat kat sini?"
"i datang nak cakap. u da sedia ke nak jadik hak i semula? dalam masa bape jam je lagi, sayang. u akan jadik milik i dan ta kan ada siapa yang akan rampas u dari i."
"Syuk, kenapa u jadik macam ney? dulu u ta macam ney pown."
"ala sayang. sedangkan pantai lagi kan berubah, inikan pula i ney."
"Syuk. i da ta suka u, ok? so, plez la jangan kacau i."
aku menolak Syuk ke tepi, membuat laluan untuk melarikan diri. namun, Syuk lebih pantas menarik tangan aku.
"sayang.. ta payah la sombong sangat. dalam masa bape jam je lagi, u akan jadik milik i. jantan bodo tu pown satu. berani sangat nak pertaruhkan u."
"nama dia Faruq, ok! and now, lepaskan tangan i sebelum i menjerit."
"boleh lepas. tapi nan satu syarat. kiss me."
"jangan harap!"
aku terus memijak kaki Syuk sekuat hati. perbuatan aku membuatkan Syuk menjerit kesakitan dan terus melepaskan tangan aku yang dia pegang tadi. aku terus berlari ke tempat perlawanan bola tampar.

**********

"yah!!! selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke pertandingan bola tampar piala Meng'z yang ke sebelas. seperti biasa, saya selaku wakil daripada pihak penganjur iaitu Batu Putih Beach Resort sangat berbesar hati ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan."
suara pengulas sukan untuk pesta sukan ini berkumandang di seantero pantai. aku cepat-cepat mengambil tempat duduk yang di atas sekali. dari situ aku dapat melihat court bola tampar dengan clear.
"yah!!! kita akan mulakan pertandingan ini dengan kumpulan The ABC'z Boy menentang Budaq Pulau."
aku pown menonton sume perlawanan. team Faruq, TheStalker dan team Syuk, The Three Lion nampak sama-sama handal. team mereka masih belum berlawan antara satu sama lain. aku semakin cuak melihat perlawanan demi perlawanan. persaingan hebat jelas nampak antara team Syuk nan team Faruq. sampai la ke peringkat final.
"nampak nya kita da sampai ke final. hah! seperti yang dijangkakan dari awal lagi, TheStalker akan menentang The Three Lion. perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua. baiklah tuan-tuan dan puan-puan, perlawanan final antara team The Stalker dengan The Three Lion akan bermula pada pukul 5 petang."
lantas aku melihat jam tangan aku. 4.30. lebih kurang setengah jam lagi perlawanan akan bermula. semua penonton yang tadinya khusyuk menonton mula meninggalkan tempat duduk mereka. masing-masing berangkat ke gerai-gerai berdekatan membeli makanan untuk dijadikan santapan ketika menonton perlawanan akhir nanti.aku duduk termenung sorang-sorang. ati aku cuak, berdebar. aku tataw apa nak jadik nan idop aku. macam-macam terbayang kat minda kalau team Syuk menang.
"hei!"
suara garau menyapa membuatkan aku keluar dari kotak imaginasi tadi.
"ouh, Faruq."
"hm.. i thought u're not coming."
"hm.."
"risau?"
"bodoh la kalau saya ta risau."
"hm.. ta yah risau la. saya boleh menang."
"janji kat mulut ta boleh dipercayai."
"awak ta percaya saya?"
"nta la Faruq. kepala saya ney da bayangkan yang macam-macam tau."
"bayangkan apa, sayang?"
tiba-tiba Syuk muncul dan bersuara. Faruq yang tadinya berdiri di hadapan aku kini membelakangi ku.
"bro! lu nak ape?"
"hahaha.. ta de ape. saje nak tengok sayang aku ney."
"weyh! ko jangan harap la. Anees ta kan jadik ko punye la."
"hahahahahahahaha... ko pikir aku takut ke setakat gertak macam budak-budak ney."
"perlawanan akan bermula dalam 15minit lagi. harap peserta dari team TheStalker dan The Three Lion lapor diri di meja pendaftaran. terima kasih."
pengumuman bergema memecah gegendang telinga aku. Syuk berkata.
"k la sayang. panggilan kemenangan da memanggil i. i gerak dulu."
Syuk terus beredar dari situ. Faruq pandang aku.
"awak dun worry."
aku hanya mampu diam.
"hey! trust me!"
"panggilan terakhir untuk peserta dari team TheStalker. sila lapor diri di meja pendaftaran sekarang. harap maklum."
pengumuman kedengaran lagi dan kali ni hanya ditujukan khas untuk team Faruq.
"Anees.."
"awak pergi la. dia da panggil tu."
"bagi saya satu senyuman dulu. jadi semangat untuk saya main nanti."
nak ta nak, aku terpaksa la tersenyum dekat Faruq. Faruq senyum semula kepadaku dan terus beredar. tempat duduk penonton yang tadinya agak lengang kini telah penuh semula. suasana agak riuh dengan suara-suara dari orang ramai. dalam banyak-banyak suara, aku dapat menangkap satu perbualan.
"weyh! team TheStalker ney budak-budak lagi. kompom kalah."
"btol cakap ko. The Three Lion tu team da lama. ta silap aku da 5 kali diorang menang piala ney. cuma tahun lepas je dorang kalah. tu pown sebab 3 orang pemain dorang yang terer tu injured. kalau ta, memang 6 tahun berturut-turut diorang ney juara."
"hahaha.. aku rase kalah teruk ah team budak-budak tu."
perbualan dua orang lelaki tu da cukup buat dada aku berkocak, berdebar dengan laju.
"perlawanan akan bermula sebentar saja lagi. nampaknya kedua-dua team sudah memasuki gelanggang...!"
aku menonton setiap pergerakan Faruq dan Syuk. kedua-dua team bersalaman. Faruq dan Syuk juga bersalaman dan aku nampak ketika mereka sedang bersalaman, Syuk sengaja menggenggam tangan Faruq kuat-kuat. selesai bersalaman, mereka mengambil tempat masing-masing. Syuk yang menjadi penghantar bola sudah bersedia di belakang garisan.
PRREEETTTTT!!!!!!!!!!!!!
wisel dibunyikan dan Syuk menghantar bola ke gelanggang team lawan. bola diselamatkan. kini bola di bawah kawalan team TheStalker. TheStalker membuat tamparan tajam ke dalam gelanggang The Three Lion tapi berjaya diselamatkan pemain barisan hadapan The Three Lion. bola ditampan tinggi dan seorang lagi pemain bersedia untuk menghantar tamparan tajam ke dalam gelanggang TheStalker. tamparan tajam dibuat memasuki gelanggang TheStalker dan ta sempat diselamatkan. The Three Lion mengaut mata pertama.
"itu dia!! mata pertama untuk The Three Lion!!"
aku nampak Faruq memandang aku dari dalam gelanggang. mukanya masih memberikan harapan yang cerah kepadaku. permainan diteruskan. persaingan amat sengit antara kedua-dua pasukan. aku hanya mampu menyaksikan perlawanan tersebut.
"kini, team The Three Lion mendahului dengan 14-10. masih tidak jauh untuk TheStalker mengejar. hantaran dilakukan oleh The Three Lion... Cantik hantaran tu tapi masih mampu diselamatkan oleh TheStalker. bola kini dalam kawalan TheStalker. bola ditampan, dan tamparan tajam ke dalam gelanggang The Three Lion dan masih mampu di selamatkan oleh The Three Lion. bola di dalam kawalan mereka. mereka melakukan tampanan sempurna. bola dinaikkan. tamparan hebat akan dilakukan dan...... itu dia!!! mata ke lima belas untuk The Three Lion."
aku terus bangun dari tempat duduk ku. ta sanggup lagi aku melihat perlawanan itu. aku terus melangkah beredar. langkah ku atur ke chalet.

**********

aku mengeluarkan semua pakaian ku dari dalam almari. pantas aku memasukkan semua barang-barang ku ke dalam beg. air mata dari tadi tidak henti mengalir. aku rasakan dunia aku sudah sampai ke penamat. aku ta taw apa yang aku fikirkan sebenarnya. yang aku taw aku na keluar dari resort ney secepat mungkin. aku ta mahu melihat wajah manusia yang akan menghancurkan hidup aku. dan aku ta mahu melihat wajah kekecewaan manusia yang telah banyak membantu aku. selesai mengemas, aku terus melangkah ke pintu chalet. membuka pintu dan...
"Anees, na pergi mana ney?"
Syuk di depan pintu dengan kehairanan bertanya.
"Syuk, please jangan kacau hidup i lagi. i da penat. i da ta larat da."
"i just tanya u na pegi mana? balik KL?"
"nta la. i sendiri ta taw na pergi mana. but Syuk, please jangan kacau hidup i lagi. u da menang game tu, da laa. tapi satu ney yang i mintak. tolong lepaskan i."
"okay. i bole lepaskan u. tapi dengan 1 syarat."
aku memandang Syuk. Syuk menyambung kata-kata.
"u letak balik barang-barang u tu. u duduk resort ney. u punya cuti pown lama lagi kan."
"Syuk, i na pergi. i ta sanggup na tengok Faruq. i.."
"u sayang dia kan?"
aku tergamam bila Syuk menanyakan soalan tersebut. Syuk tersenyum kemudian menyambung kata-katanya dengan nada yang lembut.
"Anees, kalau u sayangkan Faruq, u jangan tinggalkan Faruq macam ney. i akan lepaskan u untuk Faruq."
"Syuk..."
"Anees..."
tiba-tiba Faruq datang dan berdiri di sebelah Syuk. aku melihat kedua-duanya.
"sayang.."
Syuk memanggil aku dan menarik tangan ku.
"team i kalah, team Faruq yang menang. so, i datang sini na tunaikan janji i. Faruq bukan je menang game tu, tapi dia menang hati u jugak. sekarang i na lepaskan u untuk Faruq. i taw, i da banyak buat salah kat u. so, i na tebus balik kesalahan i dengan menyerahkan u kat orang yang sepatutnya."
Syuk menghabiskan kata-kata dan memberikan tangan ku yang digenggamnya tadi kepada Faruq. Faruq memegang tangan ku lantas tersenyum.
"i da tunaikan janji i. tapi 1 je yang i harap."
"apa?"
"i harap kita stil boleh berkawan."
"okay. kita stil kawan."
"ok la. Syuk ada hal nan member. Faruq! ko jaga dia betul-betul! anything happen kat dia, ko yang aku belasah."
"haha.. ok! thanks bro!"
"ok! eh! owner resort ney, akak ko kan? hm.. dia da ada pakwe ta?"
"asal?! ko na masuk line ke?"
"boleh gak! aku da single. sunyi ah beb!"
"akak aku not available laa.. haha.."
"adoi.. melepas aku. k, la. bye! bye, Anees!"
"bye..."
aku memerhatikan Syuk yang berlalu pergi. aku hairan kenapa hati Syuk ta sekeras dulu?
"hey!"
suara Faruq membuatkan aku tersentak daripada memandang Syuk.
"tengok Syuk cam na telan je."
"eley.. biarlah."
"so, tunggu apa lagi?"
"tunggu? tunggu apa?"
"tu, barang semua da siap packing. bila na check out? haha.."
Faruq ketawa. aku taw dia menyindir aku. aku menjeling.
"yela! saya na check out sekarang. tepi la!"
"kalau Anees check out sekarang, sape la nak teman adek akak kat sini?"
tiba-tiba Kak Sar datang entah dari mana.
"eh! Kak Sar."
"biar lah, kak. orang tu ta sayang kita kat sini."
Faruq bersuara sindir bercampur kecewa. Kak Sar kemudian berkata.
"betul na pergi? Anees book chalet ney untuk tiga minggu. ada seminggu lagi."
"erm.. Anees.."
"akak taw Anees pown ta nak tinggalkan Faruq."
aku mengakui kata-kata Kak Sar tapi fikiran aku kosong ketika ini. hanya ada satu tempat yang aku na pergi ketika ini.
"erm.. ta pe la, kak. Anees rasa, Anees na balik kampung. Anees da puas duduk kat resort ney. dengan layanan akak dan Faruq yang baik ney. masalah Anees dan Syuk pown da selesai. Anees na balik jumpa mak, abah."
Kak Sar memandang Faruq. Faruq tersenyum hambar dan berkata.
"ta pe la. kalau awak na balik kampung, pergi la. hm. hati-hati bawak kereta."
Faruq terus berlalu dari situ. aku serba salah. Kak Sar bersuara.
"hm. kalau Anees da cakap camtu, yela. jom la kita pergi kaunter. check out."
aku berjalan bersama Kak Sar. tiga tapak melangkah, aku menoleh ke Faruq yang sudah jauh dari ku. tapi Faruq langsung tidak memandang belakang. aku taw, dia mesti kecewa dan sedih.

**********

"assalamualaikum..."
aku memberi salam lantas terus masuk ke dalam rumah.
"walaikumsalam.. laa.. along balik. knape ta bagitaw awal-awal. cuti ke?"
"ha ah, mak. along amek cuti. abah mana, mak?"
"abah pergi bandar jap. bawak kan adik kamu na beli barang sekolah."
"ouh.. "
aku terus berjalan ke ruang tamu mengekori mak. aku duduk menonton television. mak bersuara lagi.
"berapa hari cuti ney?"
"along amek cuti tiga minggu. tapi tinggal seminggu la. hehe.."
"laa.. dua minggu aritu kamu pergi mana?"
"along cuti kat Resort Batu Putih tu. rehat kat situ. penat keje, mak"
"hmm.. baik la kamu rehat kat rumah ney jep."
"ala, mak. along saje duduk sana. na ingat balik zaman kanak-kanak. mak dengan abah kan salu bawak along ke sana dulu."
"hm.. yela. Syuk ade jumpa kamu lagi?"
aku tersenyum mendengar nama Syuk disebut. aku teringat segala yang berlaku di resort. pertemuan aku dengan Faruq, pertandingan bola tampar. dan segalanya.
"laa. mak tanya, kamu senyum sorang-sorang ney knape?"
"eh, mak! haa.. ade. Syuk pown ada kat resort aritu."
"hah?! dia buat apa kat sana?"
"dia masuk pertandingan bola tampar yang ada kat situ."
"ta kacau kamu?"
"kacau, mak. tapi mak jangan risau. masalah along dengan Syuk da selesai."
"alhamdulillah..."
aku tersenyum. tapi di minda ku masih teringatkan Faruq.
"eh, kamu da makan? hari ney mak masak mee kari. jom la ke dapur. kita makan."
"waa.. da lama ta makan mee kari mak. "
"kamu yang jarang balik kampung. sesekali cuti pown, duduk resort. bukannya na balik kampung. da la. jom!"
aku hanya tersenyum. aku bangun dari sofa dan mengikut mak ke dapur.

**********

"nta. Suha na pergi mana? barang sekolah semua da beli kan?"
"da. semalam keluar nan abah. Suha da beli semua."
"hm. na pergi mana lagi ney? cepat sebelum along na drive balik ney."
"hm.. pergi kfc jom."
"kfc? sape belanja? Suha belanja?"
"ala. along la belanja. Suha belum keje, poket pown salu kering."
"hahaha.. asek na mintak along belanja je. lain kali, suruh lah pakwe Suha lak belanja."
"ala.. dia keje la ari ney.."
"ouh... da ade pakwe la ea..??"
"ops... terlepas suda.."
"hahaha.. kan da kantoi nan along. hahaha..."
"hehehe.. along diam-diam je la."
"ha.. pakwe, pakwe jugak. blaja tu jangan lupa. tahun depan da SPM."
"aip! aip! kapten!"
aku terus membelok ke simpang untuk pergi ke restoran kfc itu. biasa lah, sesekali balik kampung kena la belanja adik aku seorang ney. sampai di kfc, aku mengambil tempat di tepi cermin kaca restoran itu manakala Suha memesan hidangan. beberapa minit kemudian, Suha datang.
"nah! Suha belanja. haha.."
"eley, yelah Suha yang belanja tapi pakai kad kredit along."
kitorang ketawa seketika dan kemudian terus menikmati kfc tadi. sambil makan, aku dan Suha bercerita tentang itu dan ini. dan tiba-tiba, Suha bertanya.
"so, along sekarang single la?"
"hm.. nta. kowt..."
"la.. mana datang kowt plak. cakap la betul-betul."
"haha.. hm.. Suha na taw, aritu along bercuti kat resort Batu Putih tu. and kat situ ade sorang mamat tu baik sangat nan along."
"then, along da sangkut dengan dia?"
"ish, kamu ney. ta.. dia la yang tolong along solve kan problem along dengan Syuk."
"abang Syuk tunang along dulu? dia ikot along pergi resort tu ke?"
"tade la ikot. dia join competition bola tampar kat situ."
"then?"
"then, macam-macam berlaku kat situ. pernah sekali tu, Syuk tumbuk mamat tu kat depan orang ramai."
"eei.. ta gentleman la abang Syuk tu. da tu, macam mana mamat tu tolong along solve masalah along nan abang Syuk tu?"
"mamat tu pown join competition bola tampar tu. dia buat deal nan Syuk, sape menang, dapat along. gila ape! ingat along ney apa bole dijadikan hadiah macam tu. masa tu la along marah sangat dengan mamat tu. tapi nasib baik team mamat tu yang menang. Syuk pown da mintak maaf. dia da lepaskan along and ta kan kacau along lagi."
"mamat tu hensem ta, along?"
"amboi.. na yang hensem jep. hm.. hensem la. chinese look."
"waaa... bole jadik abang ipar Suha laa."
"banyak la kamu.. mamat tu baik sangat la."
"abis, along tinggal dia macam tu je?"
"hm. rase cam berat gak na tinggalkan dia, tapi bagi along, dia terlalu baik untuk along. hari last along kat resort tu, along ta sempat pown na ucap terima kasih kat dia."
"apa la along ney. da ade yang terbaik depan mata, ta na sambar."
habis saja Suha berkata-kata, telefon ku berdering, panggilan daripada mak.
"hello, along... kamu kat mana ney?"
"hm.. along kat kfc. Suha ajak makan sini tadi."
"ouh.. lame lagi ke?"
"hm.. ta la. kenapa mak?"
"hm.. along bole balik sekarang ta? ade hal penting ney."
"hah?! hal apa mak?"
"kamu balik la. nanti kamu taw."
"haa.. okay, mak."
aku mematikan talian dan terus berkata kepada Suha.
"Suha, jom balik. mak kata ade hal penting."
"hal apa?"
"entah. mak suruh balik dulu. jom la."
"okay.. okay.."
aku dan Suha terus bangun meninggalkan restoran itu. kami terus pergi ke kereta dan aku terus memandu kereta ke rumah.sampai di halaman rumah, aku terkejut melihat banyak kereta di halaman rumah mak.
"along, kenapa ade banyak kereta ney?"
"entah. along pown ta taw. sape datang ney."
aku dan Suha saling berteka-teki. kami terus melangkah masuk ke rumah. aku memberi salam.
"assalamualaikum..."
"walaikumsalam..."
terkejut aku apabila melihat ramai orang yang aku ta kenali di dalam rumah. semua memakai baju kurung, baju melayu. walau kehairanan, aku tetap tersenyum kerana semua mata sedang memandang aku dengan senyuman. mak bangun dan datang kepada ku. sambil berbisik, mak berkata.
"along ikot mak masuk bilik jap. Suha, kamu masuk bilik kamu ea."
aku dan Suha hanya menuruti. sementara itu, aku melihat abah sedang rancak berbual dengan orang yang datang ke rumah aku tu. di dalam bilik, aku bertanya kepada mak.
"sape ramai-ramai tu, mak? dorang na ap?"
"tu rombongan meminang kamu."
"hah?!! meminang?!!"
"haa.. yela."
"sape pulak datang meminang ney, mak?"
"mana la mak taw. kawan kamu."
"kawan along?! kawan along ramai, mak. tapi tade sorang pown kata na masuk meminang. diorang ney sala rumah kowt, mak"
"hish, kamu ney. ade pulak diorang na sala rumah."
tiba-tiba, telefon ku berdering. panggilan dari Faruq. aku menjawab panggilan.
"hello."
"hello, Anees. saya da buat apa yang sepatutnya saya buat. sekarang tinggal awak je na terima ke ta?"
"hah?! buat apa? terima apa?!"
"saya da hantar rombongan meminang awak. saya tunggu jawapan daripada awak."
"awak ney biar betul."
"betul la. awak ingat saya main-main ke? saya sayang awak. first time saya nampak awak, saya da rase perasaan saya lain terhadap awak. bila saya cakap dengan Kak Sar, Kak Sar cakap mungkin awak yang saya caik selama ney. dan, memang betul apa yang Kak Sar cakap. saya baru sedar. saya ta bole hidup tanpa awak."
"apa yang awak cakap ney, Faruq? awak buat ney secara tiba-tiba taw."
"hm.. sebab saya baru sedar, saya sayang awak dan saya ta bole hidup tanpa awak. saya tunggu jawapan daripada awak je ney. saya nga tunggu kat depan rumah awak ney."
aku terus menyelak langsir tingkap ku dan melihat di hadapan rumah terdapat sebuah kereta Peugeot hitam milik Faruq. tingkap kereta itu diturunkan dan Faruq yang berada di dalam kereta itu tersenyum. aku menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum. aku bercakap di dalam talian.
"awak ney gila la, Faruq."
"ta la, saya ta gila. saya suka buat surprise."
aku terus mematikan talian. mak memandang ku dan bertanya.
"sape call?"
"orang yang datang meminang ney laa.."
mak tersenyum.
"haa.. da tu macam mana ney? along na ke ta na?"
"hm.. mak macam mana?"
"mak ta kisah. mak cuma na anak mak ney bahagia. dan mak da nampak along bahagia time along jawab call tadi. mak rase memang ney jodoh along."
aku tersenyum dan terus memeluk mak.
"sayang mak!"
"haa.. da. da. mak na uruskan yang kat luar tu. abah sensorang je. kamu tunggu sini. jap lagi mak budak tu na datang sarungkan cincin."
"erm.. mak borak lama sikit bole ta? along na pergi jumpa Faruq kat bawah tu."
"ouh.. nama menantu mak tu Faruq ea."
"baru tunang, mak."
mak keluar dari bilik dengan senyuman. aku terus keluar dari rumah melalui pintu belakang. aku berjalan ke kereta Faruq. aku terus masuk ke dalam kereta itu, duduk di sebelah Faruq dan terus berkata.
"awak ney kenapa? tiba-tiba je."
"saya ta na awak terlepas kat orang lain."
"awak ney betul-betul gila la."
"ta la. saya taw saya sayang awak dan awak pown sayang saya. saya buat ikot gerak hati saya."
"awak fikir gerak hati awak je. gerak hati saya?"
"gerak hati awak pown fikir ney yang terbaik untuk kita kan?"
aku hanya tersenyum memandang Faruq yang tersenyum gembira.
"mana awak taw rumah mak, abah saya ney? awak spy saya ea?"
"hehe.. ta la. saya tanya Syuk. kata orang, nak seribu daya."
"hm.. ye la. k la, saya na masuk rumah. nanti kang mak awak tersarung cincin kat adik saya pulak."
aku terus keluar dari kereta.
"eh, Anees! so, awak terima la ney?"
aku membongkokkan badan, menjenguk melalui tingkap kereta.
"bila saya balik rumah ney, saya teringat awak. saya rasa bersalah kat awak. awak da banyak tolong saya. tapi saya macam ta hargai semua tu. dan saya ta taw kenapa, bila saya jauh dari awak, saya rasa macam ada kekurangan. dan sekarang baru saya sedar. kekurangan tu adalah awak. saya ta kan kecewakan awak lagi sebab saya da sedar yang saya sayang awak jugak. saya terima peminangan ney."
aku mengakhiri kata-kata ku dengan senyuman. aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. di dalam rumah, adat meminang berlangsung dengan sempurna dan ringkas. dengan tersarungnya cincin di jari manis aku, maka sudah sahlah aku bertunang dengan Faruq. aku rasa kan hari itu merupakan hari paling bahagia dan bermakna dalam hidup aku. akhirnya aku telah menjumpai seorang yang betul-betul dijodohkan untuk ku. seorang yang telah mencurahkan sayangnya tanpa aku sedari. seseorang yang amat menyayangi dengan seadanya aku. aku sayang kau..


- - - TAMAT - - -